AFSHIN DUDUK DIAM diatas sofa yang berada didalam pejabat Azrul. Azrul pula sibuk dengan kerjanya. Afshin meluru kearah Azrul dan melabuhkan punggungnya dikerusi yang berhadapan dengan meja pejabat Azrul. Afshin menongkatkan dagunya dengan tangan.
"Abang, Afshin nak tolong boleh?" Tanya Afshin.
"Boleh, tolong diam." Jawab Azrul.
"Alah, takkan Afshin nak duduk diam dekat sofa tu tak buat apa apa. Afshin bosanlah." Ujar Afshin.
"Renung wajah aku." Afshin merenung wajah suaminya.
"Hah, stay macam tu. Kau tengok je muka aku, confirm tak bosan." Tambah Azrul lagi.
Afshin ketawa. Boleh pula Azrul buat lawak bodoh. "Abang, Afshin betul betul bosan ni. Kalau Afshin nak keluar pergi beli makanan boleh tak?" Afshin meminta izin.
"Kau mengidam apa pula kali ni? Jangan yang pelik pelik sudah." Ujar Azrul.
"Heheh, Afshin nak pergi beli aiskrim je. Dah lama rasanya tak makan aiskrim." Jawab Afshin.
"Kau jangan banyak sangat makan aiskrim. Nanti kencing manis baru tahu!" Kata Azrul.
"Ya,ya. Afshin makan sikit je. Boleh ke tak ni saya keluar beli makanan?" Tanya Afahin lagi.
"Boleh, kau tunggu jap." Azrul mencapai telefonnya.
Nombor seseorang didailnya. Afshin hanya melihat Azrul dihadapannya yang tengah berhubung dengan seseorang.
"Okay, kau boleh pergi beli makanan. Tapi.. bodyguard aku jaga kau. Kau tak kisah kan?" Azrul berkata dengan Afshin.
"Hah? Apa pula? Tak keterlaluan ke nak ber bodyguard segalanya." Ujar Afshin. Malu pula dia mahu diperhatikan setiap masa oleh pengawal peribadi Azrul.
"Bukannya guard tu makan kau pun. Dah, jangan banyak tanya. Tu guard kau dah sampai." Azrul menunjuk seorang lelaki yang tubuhnya sasa.
'Wuish, rasa VIP pula macam ni. Tengok guard Azrul ni macam peninju negara. Sekali tumbukan, mesti menyengat!' bisik hati Afshin. Afshin menyalam tangan Azrul dan mengikuti langkah pengawal peribadi Azrul dari belakang.
"Nama saya Khai. Panggil Khai jelah takde nama lain dari tu lagi. HAHA, gurau gurau." Pengawal tersebut memperkenalkan dirinya.
Afshin ketawa kecil. Lucu pula dia melihat gelagat Khai. "Panggil saya Afshin je." Balas Afshin.
"Ouh, puan ni cool juga eh? Tak macam puan Asyifa tu, asyik minta duit tuan Azrul je." Ujar Khai.
"Awak jadi guard Asyifa juga ke?" Tanya Afshin.
"Eh, taklah. Saya kan selalu ikut Tuan Azrul." Jawab Afshin.
Afshin mengangguk faham. Puan nak pergi mana? Takkanlah kita dekat kereta je tak jalan dekat mana mana." Gurau Khai.
Afshin ketawa mendengar gurauan dari Khai. "Awak ni luculah, Khai. Kita pergi dekat market je. Ingat nak beli aiskrim je." Balas Afshin.
"Okay, puan." Khai mula memandu ke destinasi.
TERKEJUT ME DENGAN kata kata Asyifa. Afshin mengandung? Tidak mungkin!
"Kau jangan nak reka cerita, Asyifa. Kau biar betul." Tangan Me mengepal tumbukan.
"Apa? You ingat I tipu you? Takde masalah I nak tipu you pasal benda ni." Jawab Asyifa.
Me terdiam. Dalam diam dia menyimpan amarah. Mama papanya tahu tentang Afshin mengandung namun tiada siapa yang memberitahunya.
Me bergegas ke keretanya memandu ke Syarikat Azrie's Group. Laju kereta dipandunya. Kereta tidak diparkirnya dengan betul. Hanya membiarkan kereta ditengah tengah dihadapan pintu utama syarikat tersebut. Seperti orang tidak waras, Me memanggil nama Azrul dengan amarahnya. Pintu bilik pejabat Azrul di bukanya luas. Azrul masih lagi ralit dengan kerjanya. Membiarkan Me menguasai kemarahannya.
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Lãng mạn"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...