BAB 12

1.5K 49 10
                                    

"HAI SAYANG! SORRY I lambat. Tadi I pegi shopping dengan kawan kawan." Asyifa melabuhkan punggung di kerusi meja cafe.

"It's okay." Singkat Azrul.

Asyifa memandang Azrul lama. "You okay ke tak ni? You gaduh lagi dengan perempuan tak guna tu lagi ke?" Tanya Asyifa.

"Hm, I tak tahulah apa yang dia nak dekat I." Azrul menghembus nafas berat.

"Alolo, sayang tak payahlah fikir sangat dengan perempuan tak guna tu. Dia tu nak harta you je." Hasut Asyifa.

Azrul diam.

"Don't worry, I akan buat you happy. Dah jangan muka bonyok je terus. Senyum sikit." Azrul tersenyum.

"You ni pandai je buat I happy. Bukan macam orang rumah I. Asyik menyusahkan I je kerja dia." Ujar Azrul.

"Hm, tulah. Lain kali cepat cepatlah kahwin dengan I. I jamin hidup you akan lagi senang." Asyifa tersenyum penuh makna.

Azrul mendekati Asyifa dan menyuruhnya duduk dipangkuannya. "You jangan risau. Pasal kahwin ni, I dah uruskan. You just goyang kaki je." Azrul mengusap rambut Asyifa.

"Okay, sayang. I love you!" Asyifa memeluk manja Azrul.

Azrul pula hanya membiarkan mata mata disekeliling memerhati mereka. Tersenyum sinis dia buat seketika.


JIWA DAN RAGA Afshin terlalu perit. Air mata masih lagi membasahi pipi gebunya. Kata kata sang suami sudah membuatkan dirinya tidak lagi bermaya. Baru sahaja mereka seminggu hidup bersama, Afshin sudah berhadapan dengan duka dan lara. Azrul terlalu kejam. Afshin pula hanya membiarkan Azrul terus menerus menyakiti Afshin. Sepatutnya, percutian mereka ke bali merupakan hal yang bermakna buat Afshin. Namun, Azrul pula meninggalkannya bersendirian didalam bilik hotel.

Telefon Afshin yang berdering lantas diambilnya menjawab panggilan dari Ayeen. "Ayeen, Azrul tak cintakan aku." Afshin tersedu sedan.

"Af, kau janganlah nangis macam ni. Kau kena kuat." Pujuk Ayeen. Kasihan dia akan kakak sepupunya.

"Macam mana aku nak kuat kalau dia buat aku macam ni. Aku tak tahu nak cakap apa lagi dekat dia." Tambah Afshin.

"Kalau kau cinta dia, kau layan je dia macam suami kau. Biarpun dia tak layan kau macam seorang isteri. Lambat laun, tahulah dia apa salah dia dekat kau." Ujar Ayeen.

"Thanks Ayeen. Kau memang sepupu yang baik." Afshin berterima kasih.

"Takpelah. Aku okay je. Kau kalau ada apa apa, call je aku. Aku ada kerja nak disiapkan ni, nanti sambung okay?" Kata Ayeen.

"Okay, bye. Assalamualaikum." Ucap Afshin.

"Bye, waalaikumussalam." Mereka memutuskan talian.

Afshin melihat jauh tingkap hotel yang permandangannya sangat menenangkan hati. Lantas dia mengenakan tudung dan turun menenangkan diri. Sampai sahaja di persisiran pantai, Afshin menarik nafas dan menghembus dengan lega.

Desiran ombak membuatkan dirinya tenang. Pasir yang diinjak menambah ketenangan. Semakin lama afshin berjalan disekitar bahagian pasir, dia beralih ke laut. Hempasan ombak dapat dirasakan. Tersenyum sendiri Afshin sebaik kakinya terkena air laut. Sejuk!

Tidak salah tempat Dato' Azlansyah memberikan tiket bulan madu ke bali. Cukup menenangkan hati. Memang dia sangat kenal dengan anaknya yang suka sangat dengan pantai.

Didalam ketenangan, telefon Afshin sekali lagi berdering. Dia menjawab telefon dari Azrul.

"Kau kenapa tak bagitahu aku yang kau nak keluar!" Bentak Azrul.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now