BAB 9

1.5K 61 1
                                    

KETUKAN PINTU MEMBUATKAN Afshin terjaga dari tidur. Bergegas dia membuka pintu tersebut.

"Afshin okay?" Tanya Mak Mah.

Afshin memeluk Mak Mah. Mengalir air matanya. Tidak sangka dia suaminya akan berbuat demikian.

"Shh, sudah sudah. Jangan nangis. Afshin nak makan?" Afshin menggeleng.

Tiada selera Afshin tika itu. Sakit di seluruh badan masih lagi terasa.

"Nak Mak Mah ubatkan?" Afshin masih lagi tidak melepaskan pelukannya.

"Sudahlah nak, Tuan Azrul memang macam tu. Selagi Afshin tabah, Afshin tabah ya nak." Ujar Mak Mah.

"Mak Mah, sakit Mak Mah." Afshin meraung.

"Dah dah. Nanti Tuan Azrul nampak Afshin macam ni, lagi dia marah." Mak Mah cuba menenangkan diriku.

Mak Mah membawa Afshin kembali ke katil dan membaringkannya . "Afshin rehat dulu, ya. Jangan sedih sedih." Mak Mah mengusap ubun Afshin lembut.

"Terima kasih Mak Mah." Mak Mah mengangguk.

"Mak Mah turun dulu, ya." Mak Mah meminta diri.

Afshin mengangguk sambil menutup mata. Air mata yang tersisa di kelopak mata masih lagi membanjiri pipi gebunya.

Tidak lama kemudian, pintu dibuka oleh Azrul. Di dekatinya isterinya.

"Afshin, bangun." Arah Azrul.

Afshin mengikuti arahan Azrul. Terkejut Azrul melihat muka Afshin  sebegini rupa penuh dengan bengkak. Di ambilnya tangan Afshin dan disapunya ubat dibahagian yang biru.

"Stt,.." Afshin menahan sakit.

"Kalau kau tak nak macam ni lagi, jangan ulang perkara tadi. Faham?" Afshin mengangguk.

"Kau dah makan?" Afshin menggeleng lagi.

"Kau dah bisu ke? Tak menjawab apa kes?" Afshin tersenyum tawar.

"Awak dah makan?" Tanya Afshin.

"Dah turun bawa. Kita makan." Afshin dan Azrul turun ke bawah.

"Bik, hidang makanan." Ujar Azrul.

Afshin lantas menolong Mak Mah. "Eh, Afshin tak payahlah bantu. Mak Mah boleh buat sendiri, takpe." Mak Mah menolak pertolonganku.

"Takpe Mak Mah." Afshin tersenyum.

Mak Mah menerima pertolongan Afshin.

AFSHIN DUDUK DI sofa ruangan tamu sambil menikmati aiskrim yang dibelinya. Biar sakit badan, aiskrim mestilah nak kena makan juga! Itulah salah satu prinsip Afshin. Sangat gila dengan aiskrim. Lagi lagi aiskrim perisa pudina. Memang tak boleh go lah jawabnya!

Azrul memintal mintal rambut Afshin. Afshin hanya membiarkannya. Azrul memandang Afshin. Manakala Afshin yang menyedarinya dipandang memandang Azrul kembali.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Afshin.

Azrul mendekati Afshin. Afshin segera menjauhkan diri dari Azrul, akan tetapi Azrul sudah menguncikan dirinya dari bergerak bebas.

"Awak dah kenapa ni?" Tanya Afshin lagi.

"I.."

"Want..."

"You.." Azrul berbisik kepada Afshin.

Azrul tambah mendekatkan dirinya dengan Afshin. Semakin terasa degupan cinta dihati Afshin. Dia menutup matanya untuk menenangkan hatinya yang berdegup kencang dek kerana terkena panahan cinta Azrul. Azrul tersenyum melihat wajah Afshin. Layu hatinya melihat wajah Afshin. Penuh lebam bengkak wajah mulus Afshin dibuat olehnya. Rasa bersalah mula terbit didalam hatinya. Akan tetapi, hasrat tersebut sekali lagi dibuangnya jauh. Ego setinggi gunung everast menawan hatinya. Tidak mahu dia menyayangi perempuan yang ada di hadapan matanya ini, hanya seorang wanita yang mendapat takhta dihati. Cepat cepat dia menjauhkan dirinya.

"Hisy, apa kau tengok ni? Drama? Bosanlah!" Azrul merampas alat kawalan televisyen dari Afshin.

"Amboi, merampas nampak?" Afshin cuba merampas alat kawalan kembali.

Azrul tidak semena menanya berdiri sambil mengangkat tinggi alat kawalan tersebut. Manakala Afshin melompat untuk mendapatkan alat kawalan kembali.

"Ambillah, pendek!" Ejek Azrul.

Sakit hati Afshin. Penat dia melompat. Satu cara sahaja yang dapat difikirnya, menggeletek Azrul. Lantas dia menggeletek tubuh sasa Azrul dan alat kawalan tersebut jatuh ke tangan Afshin.

"Ouh, main kotor ya! Sini kau!" Mereka berlari berkejaran.

Habis satu rumah mereka teroka. Azrul masih lagi mengejar Afshin. Gelak ketawa dapat menghilangkan sedikit rasa kesedihan yang berada di lubuk hati Afshin. Bibirnya mengukir senyuman.

Kini tinggal satu tempat sahaja. Tidak boleh lagi dia pergi kemana mana. Kolam dibelakang semakin lama, semakin mendekat kepadanya. Begitu juga Azrul. Semakin dekat mendekati Afshin.

"Now, you're stuck." Azrul berlari kearah Afshin.

                      SPLASH!

kini mereka bersama didalam kolam. Afshin lantas berpaut dengan Azrul. Manakala Azrul tertawa suka melihat Afahin ketakutan.

"Alahai, sang isteri tak reti berenang ke? Kesian." Azrul menyambung gelaknya.

"Ish, jomlah kita naik balik." Rayu Afshin.

"No,no,no. Kau puji aku dulu, barulah kita naik balik." Afshin mencebik.

"Kalau kau tak buat, aku tinggalkan kau dekat sini sengsorang!" Azrul acah acah meninggalkan Afshin bersedirian dikolam.

"Azrul, janganlah macam ni! Okaylah, awak lelaki paling hensem dekat dunia ni. Pastu suami paling baik hati dalam dunia ni. Dahlah jom naik!" Afshin memuji Azrul dengan bersaja.

"Puji biar ikhlas. Ni tak, setakat nak cakap macam tu, aku pun boleh cakap dekat diri sendiri." Azrul tersenyum suka.

"Okaylah, awaklah lelaki paling hensem, suami mithali dan banyak lagilah! Awak segalanya yang baik baiknya." Afshin memuji lebih.

Akhirnya Azrul memutuskan mereka naik semula ke daratan. Afshin bergegas naik keatas mengambil tuala untuk Azrul. Bunyi deringan telefon dapat menarik perhatian Afshin.

Dicapainya telefon tersebut dan melihat siapakah pemanggil tersebut. 'SAYANG 'A''  dipaparkan di skrin telefon tersebut. Afshin terus turun kebawah memberikan tuala dan telefon milik Azrul.

"Nah, sayang gred A awak dah call tu." Ujar Afshin.

Azrul lantas membelek skrin telefonnya. Sebanyak 79 kali telefon dan 198 kali mesej dari orang yang sama. Terus Azrul mendail pemanggil tersebut.

"Hello, sayang. Sorrylah tadi I mandi." Ujar Azrul.

Afshin naik menyampah melihat Azrul lebih mesra dengan perempuan tersebut. Perasaan cemburu mulai tumbuh dilubuk hatinya.

"Helo, sayang. Sorrylah tadi I mandi." Afshin mengejek Azrul dengan suara yang menjengkelkan.

"Eleh, jealouslah tu." Azrul tertawa kuat.

Afshin menjeling. 'Memanglah aku jealous! Aku isteri kau kot!'

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now