"AFSHIN ! KENAPA KAU tampar Asyifa hah?! Kau tak puas lagi ke. Dah hilang anak pun masih lagi tak sedar diri ke?! " Azrul menerjah masuk ke dalam bilik wad Afshin. Azrul menarik rambut Afshin sekuat hati.
Air mata Afshin mengalir deras. "Astaghfirullahalazim , Azrul! Apa yang Azrul buat dengan Afshin !" Datin Aisyah datang menarik Afshin dalam pelukannya .
"Argh! Tak guna kau , Afshin! Memang patut pun anak tu kau gugurkan sebab aku pun tak rasa nak sayang kau! Kau ingat dengan gugurkan anak tu dengan sengaja kau boleh dapat perhatikan aku? Huh, tak Afshin Tak! " Jerit Azrul dan lantas berlalu pergi.
Datin Aisyah menenangkan hati anaknya. "Apa yang dah jadi , Afshin. Cuba cerita dekat mama. Siapa Asyifa? " Ujar Datin Aisyah.
"Ma.. Afshin tak salah , ma. Afshin tak pernah pun tampar Asyifa. Baby ni , semua rancangan jahat Asyifa." Afshin menangis tidak keruan.
"Mengucap nak, mengucap. Afshin tak salah pun, sayang. Sudah , jangan nangis . Nanti Afshin sakit. " Pujuk Datin Aisyah.
ME DAN FARID bergegas masuk ke dalam wad Afshin. Me membawa sejambak bunga mawar beserta bubur ayam ditangan . Dilihatnya Afshin terbaring diatas katil. Pucat sahaja wajah Afshin dilihatnya. Tangan Me laju mengusap ubun ubun Afshin perlahan.
"Kau jangan buat benda bodoh , Me. Kau kena ingat , kita dekat sini cuma nak jaga Afshin. " Ujar Farid. Kurang senang dengan perilaku Me.
"A.. abang. " Sayup sayup kedengaran Me mendengar suara Afshin.
Me menjauhkan tangannya daripada terus mengusap ubun ubun Afshin. "Aku Me. " Ujar Me.
Afshin lantas menjauhkan dirinya dari Me. "Ke- kenapa korang datang sini?" Ujar Afshin dingin.
"Mama suruh kitorang pergi sini. Tengok kau." Farid mendekati Afshin.
"Tipu ! Kau tipu kan !" Afshin tambah menjauh dari Farid.
"Tak , Afshin. Tak. Sumpah, mama suruh kitorang pergi sini jaga kau. " Farid menenangkan Afshin.
Me hanya berdiam diri. "Kitorang ada bawa bubur ni. Makanlah." Tambah Farid lagi.
"Mana Azrul?" Tanya Afshin.
Farid melihat wajah Me. Me menghembus nafasnya . "Azrul ada dekat teratak. " Jawab Me.
"Kau tak payahlah fikir pasal dia tu . Kau fikir pasal diri kau tu dulu." Ujar Farid.
Afshin berdiam diri. "Makanlah , Afshin. Bubur tu masih panas lagi." Ujar Me.
"Takpelah. Korang baliklah. Aku okay je dekat sini sorang sorang." Afshin memaling muka kearah tingkap bilik.
"Jangan layan sangat perasaan bodoh kau tu. Banyak lagi lelaki dekat luar nakkan kau. " Me bersahaja.
"Tolong jaga tepi kain diri sendiri. " Ujar Afshin dengan tegas .
"Afshin , kami balik dululah kalau macam tu. Esok kami datang lagi." Farid menarik lengan Me.
"Jangan datang lagi. Saya okay je tanpa korang semua. " Kata Afshin.
"Stop , Afshin ! You're not okay ! Kau ingat aku nak ambil kesempatan ke selepas kejadian ni ?! Kau ingat aku rancang semua ni ?! Tak , Afshin tak ! " Me melepaskan amarahnya .
"Ya ! Memang saya salahkan awak atas semua kejadian ni?! Awak suka kan yang anak dalam kandungan saya ni mati ?! Now , dia dah mati. Sekarang ni , awak dah puas tengok semua ni ! Tengok abang awak kembali menderitakan hidup saya sebagai seorang isteri tak guna ?! " Dalam marah , air mata Afshin sedikit demi sedikit tumpah ke pipi nya.
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...