BAB 2

2.9K 70 11
                                    

"AFSHIN IKUT MAMA, okay? Kita cari bahan mentah buat kenduri esok." Ujar Datin Iza a.k.a ibu kepada Azrul.

"Okay mama." Senyum Afshin.

"Sayang jangan nakal nakal tau. Ma, tolong jaga Af, okay?" Lakon Azrul sambil mengusap lembut kepala Afshin.

Afshin mengangguk lembut sambil menyalam tangan Azrul. 'Sayang? Nak termuntah aku, buek!' Bisik hati Afshin.

"Ya, jangan risaulah. Dah, dah pergilah tolong papa kamu apa yang patut." Azrul sempat lagi tersenyum palsu melihat Afshin dan lantas kearah Dato' Azri.

Awal jam 10.00 pagi pasangan suami isteri tersebut sudah bertolak pergi ke rumah keluarga milik Azrul. Belum sempat Azrul hendak menunaikan hasratnya hendak membuli Afshin, Datin Iza sudah membawa isterinya pergi. Sedikit perasaan hampa digambarkan oleh Azrul. 'Takpa, malam mesti jadi punya!' Bisik hati Azrul.

Afshin dan Azrul mengikut haluan masing masing. Afshin mengikut Datin Iza ke pasar, manakala Azrul menemani Dato' Azrie bermain golf.

Setibanya Afshin dan Datin Iza di pasaraya, mereka terus mencari bahan mentah untuk majlis kenduri selamat esok. "Ma, garam mama tak nak belikah?" Afshin mengambil beberapa kampit garam.

"Ambil dua bungkus." Ujar Datin Iza.

"Okay!" Afshin meletakkan dua kampit garam diatas troli.

"Afshin,.." Datin Iza memegang tangan menantunya dengan erat.

"Terima kasih tau sebab terima Azrul dalam hidup Afshin. Walaupun perkahwinan ni secara paksa." Afshin tersenyum.

"Takpelah ma. Lagipun perkara dah jadi dah pun. Afshin dah pun sah jadi isteri Azrul, and Azrul pun dah sah jadi suami Afshin. Afshin terima je apa kekurangan dalam diri Azrul." Ujar Afshin.

"Azrul tu nakal tahu! Tapi nakal nakal dia, ada baiknya." Afshin mengangguk tanda setuju.

"Ya, saya tahu ma. Insyaallah saya akan jaga dia sebaik mungkin." Janji Afshin.

Sejuk hati Datin Iza apabila dapat menantu yang baik seperti Afshin. Tiada lagi yang hendak dirisaukan tentang anak kedua nya itu. Dia yakin bahawa Afshin dapat ubah anaknya itu kearah yang baik.

"Afshin ada apa apa nak dibelikah? Kalau takde jomlah kita bayar. Semua barang dah ada." Ujar Datin Iza.

"Takde apa apa pun nak dibeli. Yalah, jom kita bayar!" Afshin menolak troli ke arah kaunter pembayaran.

Habis mereka membayar ke semua barang yang dibeli, lantas mereka pulang ke banglo milik keluarga Azrul .

"Afshin masuklah. Azrul dengan papa belum pulang lagi ni." Pelawa Datin Iza.

'Wah, besarnya rumah ni! Luar dalam semua dihias cantik.' Bisik hati Afshin.

"Bik, ambil barang dalam kereta. Afshin, jom mama tunjukkan bilik rul." Datin Iza memanjat anak tangga diikuti Afshin dari belakang. Datin Iza membuka pintu bilik.

"Masuklah, rehat rehat. Mama turun dulu,okay?" Afshin melangkah masuk kedalam bilik.

"Baiklah ma. Kalau ada apa apa yang nak ditolong, panggil je Afshin." Balas Afshin.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now