BAB 62

976 14 0
                                    

BARU SAHAJA MAHU bermanja manja dengan suami tersayang , madunya tidak habis habis menelefon Azrul . Asyik berdering telefon pintar milik Azrul . Naik bingit telinga mendengarnya . Nak marah , tapi kena sabar !

" You , I tengah ada kerja ni . Jangan call I lagi . You faham tak ni ? " Lembut Azrul cuba memujuk isteri kedua di corong telefon .

" Tapi I rindu you sangat sangat . I nak you . " Gedik suara Asyifa kedengaran merengek seperti kanak kanak .

Afshin yang berada di sebelahnya hanya mampu mendengar . Sakit hati mendengar suara madunya . Sesekali Azrul menjenguk isteri pertamanya yang berada dalam pelukan . Kini , pelukan dileraikan . Afshin memeluk tubuh menjauh dari Azrul . Cuba memberi privasi kepada sang suami dengan isteri kedua . Azrul mengeluh berat . Asyik pok pek sahaja isteri keduanya . Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri sahaja Azrul .

" Nantilah I balik . I tak lari mana pun . Bye . " Azrul menekan punat merah mematikan talian telefon .

Azrul beralih ke arah Afshin . Kepala dibaringkan diatas paha Afshin .

" Abang baliklah tengok Asyifa . Rasanya dah lama abang tak balik rumah Asyifa . " Ujar Afshin tegang .

" Taknaklah . Abang nak dengan sayang dulu . Lagipun dah lama abang asyik dekat Asyifa je . Abang kenalah adil , kan ? " Jawab Azrul .

" Tak payahlah nak adil sangat . Dari dulu abang memang sayang Asyifa lebih dari Afshin . " Spontan Afshin menjawab .

Azrul berdiri . Merenung tajam wajah Afshin . Mencabar keimanan jiwa betul isteri pertamanya . Semenjak ingatan Afshin kembali , Afshin semakin menjadi keras kepala . Kadang , hampir meletus dia dengan karenah Afshin .

" Pergilah balik rumah Asyifa . Selama ni Af jaga diri Af sendiri . Even , masa Af pregnant sebulan baby ni abang langsung takda dekat Af . " Bertambah panas hati Azrul mendengar .

Seakan akan bergeliga hatinya di rudum kesakitan . " Afshin ni dah kenapa ? Kita baru jer nak berbaik . Kenapa tiba tiba nak ungkit pasal masa lalu ? Kan Afshin yang cakap , jangan ungkit kisah lalu . Yang Afshin buat pula kenapa ? "

" Betulkan apa yang Af cakap . Berbulan bulan abang tak balik rumah . Abang tinggalkan Afshin sorang . Asal balik rumah ja , asyik gaduh . Kalau ikutkan Afshin , Afshin taknak abang tahu yang Afshin mengandung . Supaya senang Afshin berpisah dengan abang . " Jawab Afshin dengan suara yang dingin .

" Kenapa ya ? Kenapa susah sangat dengan Afshin yang sekarang ni ? Abang nak Afshin yang dulu . Isteri abang yang terima seadanya . Selalu positif . "

" Afshin yang dulu dah lama mati . Sejak abang bunuh anak kedua kita . "

Azrul tidak tahan amarah . Merah mata menahan marah . Tumbukan padu melekat di cermin ruang tamu . Afshin terkejut tapi masih lagi ego . Tangan Azrul yang penuh darah Afshin amati . Tiada sebarang reaksi . Azrul menyusun langkah keluar rumah . Kereta berderum laju menandakan Azrul memandu ke luar rumah .

Afshin mengeluh perlahan . Sakit kepalanya . Sampai bila dia hendak bertahan ? Afshin bukanlah perempuan simpanan buat Azrul . Datang bila ada keperluan sahaja . Selebihnya , berlaga sahaja .

Mak Mah hanya mampu menggeleng kepala . Sudah berbagai usaha yang mereka berdua lakukan . Ada sahaja yang tidak kena .

" Afshin , Mak Mah bukan apalah . Tapi Azrul tu suami kamu . Kamu tak patut cakap dia macam tu . " Ujar Mak Mah .

" Tapi Mak .... "

" Takda tapi tapi . Pergi cari Azrul sekarang . " Arah Mak Mah .

Telefon dicapai Afshin mendail nombor telefon suaminya . Berkali kali di dail tiada yang mengangkat . Sudah malas hendak mendail , Afshin kembali ke katil . Biarlah suaminya itu . Pandai juga balik . Pintu rumah tidak pernah lari !

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now