BAB 17

1.4K 41 14
                                    

SUDAH TIGA HARI berlalu. Afshin sudah mulai bekerja seperti biasa selepas dua minggu cuti berkahwin. Begitu juga Azrul.

"How's your day in bali?" Tanya Ayeen.

"Eh, makcik ni sesat ke dalam office aku?" Gurau Afshin.

"Makcik kau kata? Cantik macam ni kau kata aku makcik? Buta ke apa kau ni." Jawab Ayeen.

Terkekeh kekeh Afshin mendengar jawapan Ayeen. "Amboi, berbunga nampak kau harini. Dah kenapa happy semacam?" Tegur Ayeen.

Dari tadi dilihatnya Afshin tersenyum manis sahaja. Seperti tiada sebarang masalah dalam hidupnya.

"Salah ke aku nak senyum cik kak oi!" Afshin memberikan senyuman manis kepada Ayeen.

"Tak salah, cuma cer cite kenapa kau gembira sangat harini." Ujar Ayeen ingin mengetahui apa yang membuatkan sepupunya tersenyum gembira.

"Kau dah janjikan yang kau takkan bagitahu mama papa aku pasal Azrul." Ayeen mengangguk.

"Okay, cerita dia macam ni. Actually bila kami dekat bali, Azrul tinggalkan aku seorang while dia pegi malaysia balik nak madukan aku. Azrul dah kahwin lagi satu." Ujar Afshin tenang.

"What!? Are you kidding me!?" Terkejut Ayeen.

"I'm gonna tell the truth about Azrul! It's too much, Afshin!" Marah Ayeen.

"Eh, eh jangan! Jangan macam tu Ayeen. Kau dah janjikan yang kau takkan bagitahu." Afshin menghentikan niat Ayeen.

"Yes I am. But is too much, Afshin. Dia kahwin dengan siapa? Macam mana pula kau boleh setenang ni. Apa yang buat kau tenang sangat!?" Sakit hati Ayeen.

"Okay, I'll tell you.  He's got married with Asyifa Fadilah. Konon ex dia yang kita nampak dia bersembang dengan Azrul haritu. Aku tenang sebab aku tak tinggal sebumbung dengan Asyifa. Azrul tumpangkan aku dekat kondo dia." Cerita Afshin.

"Oh my god! Seriously, you don't mind dimadukan!? Bila diorang kahwin? "Tanya Ayeen lagi mengalahkan FBI.

"Ya, aku tak kisah dimadukan. Diorang kahwin enam hari lalu." Jawab Afshin.

"Af, kau tak takut ke kalau si Asyifa tu ugut kau buat tu, buat ni." Ujar Ayeen.

"Terpulang dari ugutan dia. Aku tak kisah, selagi Azrul suami aku selagi tulah aku jadi isteri sah Azrul." Afshin masih lagi tenang dengan situasinya.

"You are crazy. Tak pernah aku jumpa perempuan macam kau ni yang sanggup kena madu." Afshin tertawa.

"Dah jadi, kan? Nak buat macam mana. Lagipun, sharing is caring right?" Terlopong Ayeen mendengar kata kata Afshin.

"Kau sakit ke apa ni? Dahlah, kau gila agaknya ni sebab tulah kau cakap benda mengarut. Aku keluar dulu." Ujar Ayeen.

Berfikir dia dengan kata kata Afshin. Gila ka apa sanggup dimadukan? Lepastu sanggup pula dia kongsi suami. Huh, otak orang gila mana yang Afshin pakai ni!

TEKS PESANAN DARI Afshin dibiar Azrul tidak terjawab. Afshin meminta izin ke kerja. Tiba tiba telefon Azrul berdering. Cepat cepat dia menjawab panggilan.

"Hello, you. I nak pegi shopping dengan kawan kawan. Jangan lupa bank in kan 10k dalam akaun I." Ujar Asyifa si pemanggil.

"You nak buat apa dengan 10k? Banyak sangat tu." Ujar Azrul.

"You ni, takkan 10k you taknak bagi? You kan suami I, salah ke I nak minta duit banyak sekalipun?" Marah Asyifa.

"Okay, okay nanti I bank in." Lembut Azrul.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now