BAB 40

1.5K 84 49
                                    

SAKIT DIHATI MASIH lagi menyergah perasaan duka Afshin . Sudah hampir sejam dia duduk di sudut sofa menangisi segala kesedihan . Kali ini dia sudah putus asa dalam mengejar cinta Azrul . Kasih cintanya terhadap Azrul pelan pelan dia lupakan .

Sakit kepalanya memikirkan segalanya . Badannya yang keletihan di gerakkannya ke bilik untuk mengambil minyak angin lalu disapu ke kepalanya . sebaik itu , terus dia membaringkan dirinya dan cuba melelapkan mata .

Cuaca hujan yang sejuk membuatkan Afshin menyelimuti badannya kerana kesejukan . Air mata turut mengalir seperti hujan yang tidak henti henti mengalir membasahi bumi .

Sudah tiada harapan dia mahu berharap dengan suaminya . Dia cuma seorang isteri diatas kertas dan seharusnya dia sedar akan perkara itu lama dulu lagi .

Lama kelamaan , Afshin terlelap juga . Penat sudah dia mahu menangisi segala perjuangan yang sia sia selama tiga tahun dia bersama Azrul . Martabatnya sebagai seorang isteri tidak lagi wujud didalam dunia Azrul .

AZRUL TERMENUNG JAUH memikirkan tentang peristiwa semalam diantara di dan isteri pertamanya . Tidak tidur satu malam dia berfikir tentang itu . Hampir sahaja dia menjatuhkan talak dengan Afshin . Namun disebalik benci terhadap Afshin , dia juga menyayanginya.

Asyifa masih lagi lena di sebelahnya dilihatnya. " Asyifa , bangun . Jom , solat subuh. "

Asyifa tidak bergerak walau sedikit pun. Masih lagi dibuai mimpi . " Asyifa , bangun I cakap . " Azrul menggoyangkan badan Asyifa sekali lagi .

" Oh my god , Azrul ! You tak nampak ke hah I tengah tidur ni ?! Yang you kacau I ni dah kenapa ?! Lagipun masih awal lagi kan you nak pergi kerja . " Marah Asyifa.

Rimas dia di kacau oleh Azrul. " Hey , yang you liat sangat nak bangun ni dah kenapa ?! Azan lah , you . I bangunkan you sebab nak ajak you solat subuh je , kan . Yang nak marah sangat ni dah kenapa ? Dah bangun cepat , pergi ambil air wuduk sana . "

" Eish , dahlah you . I period . " Jawab Asyifa.

" Haa , tu jelah alasan you . Period tak sudah. Asyik period memanjang ! " Tegur Azrul.

" Diam lah , I nak tidur . Kalau you nak solat , solatlah sendiri. Dah , jangan kacau I . I nak tidur pun susah . " Asyifa kembali nyenyak.

" Suka hati you , lah . Malas nak cakap lebih . " Azrul bergegas ke bilik air mengambil air wuduk .

Suis lampu dibuka Azrul . " You boleh tak jangan nak cari pasal dengan I ? Tutup balik lampu tu. " Arah Asyifa.

" Diamlah . I nak solat pun susah . " Balas Azrul .

Asyifa yang mendengar balasan Azrul panas sendiri. Asyifa berdiri dan berjalan keluar dari bilik . Pintu bilik di hempasnya kuat. Azrul hanya tersenyum melihat Asyifa.

" Suruh solat tak nak . Bila aku solat , kau marah pula. " Azrul hanya membiarkan Asyifa dan terus mengerjakan solat fardhu subuh diikuti solat sunat .

Asyifa pula pergi ke bilik lain dan sambung tidur . Geram dengan Azrul kerana membuka suis lampu.

SAKIT KEPALA AFSHIN beransur hingga ke pagi . Sakit tidak tertahan kepalanya . Digerakkan dirinya ke bilik air untuk menyiapkan diri solat fardhu subuh . Selepas habis solat fardhu subuh disertakan dengan solat sunat , Afshin mengambil ubat panadol dan menelannya .

Sakit kepala ditambah dengan rasa letih membuatkan dia tidak seimbang diri . Habis jatuh ke lantai dia tika itu . Tidak sanggup dia mahu berdiri lagi. Letih yang teramat dirasanya . Sama juga dengan kepalanya yang sakit tidak terhingga .

Selepas setengah jam dia berada di lantai dapur , dia cuba menggagahkan dirinya untuk bangun semula . Dia terduduk seketika dan menyandar ke dinding. Bila dia rasa dapat menyeimbangi dirinya barulah dia berdiri gagah ke sofa ruang tamu .

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now