AZRUL MENGENDAHKAN PANGGILAN telefon dari Asyifa. Malas dia hendak menjawab, kalau tidak habis bernanah telinganya mendengar bebelan dari Asyifa. Afshin yang ralit membaca novel memberikan perhatian sepenuhnya kepada telefon bimbit. Mahu benar dia tahu siapalah yang menelefon suaminya dikala mereka berasa mesra bersama. Sekali sekala matanya tertancap ke telefon bimbit suaminya melihat nama si pemanggil.
Asyifa syg🥰.
Nama Asyifa tertera di skrin telefon. Tersenyum kelat Afshin. Jikalau Asyifa tahu yang Azrul berdua duaan dengan Afshin mesti dia mengamuk.
"Abang tak nak balik ke? Kesian Asyifa duk call abang, tapi abang tak jawab pun. Jawablah, mana tahu urgent." Ujar Afshin.
Azrul menghela nafas berat. Telefonnya dimatikan dan memandang kearah wajah mulus isteri pertamanya. Sebenarnya, dia tidak mahu Afshin berasa cemburu dengan Asyifa yang asyik dengan perhatiannya. Afshin pula asyik menjadi mangsa pukulannya dikala dia mahu melepaskan geram.
"Kau ni, macam takde perasaan. Kau cakap kau cintakan aku. Kau tak sakit hati ke? Kau tak cemburu ke Asyifa duk mesra dengan aku?" Tanya Azrul.
Afshin meletakkan novelnya diatas meja dan memandang mata Azrul yang berwarna coklat cair. "Abang, bukan saya takde perasaan. Cuma, buat apa saya nak cemburu. Asyifa tu kan isteri abang juga. Jadi, takde hal lah kalau dia nak bermanja dengan abang sekalipun." Jawab Afshin tersenyum kelat.
Cemburu? Siapa yang tidak cemburu apabila melihat suaminya dengan perempuan lain? Tetapi, bila Afshin fikir balik tak salah rasanya Asyifa dengan Azrul nak bermanja lebih sekalipun. Sakit macam manapun hati Afshin, dia tidak boleh melawan takdir yang dia itu sudah dimadukan. Harapannya untuk dicintai Azrul seakan akan tidak pernah pupus. Dia berdoa tanpa putus semoga Azrullah menjadi teman hidup sematinya.
"Hmm, yelah. Bina ayat nampak?" Afshin tertawa kecil.
Afshin kembali dengan dunia novelnya. Azrul pula bosan asyik melihat rancangan tv yang sama disiarkan. Azrul yang asyik melihat Afshin ralit membaca novel dirampasnya novel tersebut.
"Novel apa kau baca ni? Tak bestlah." Azrul berdiri dan membelek-belek muka surat novel tersebut.
"Abang, bagilah balik." Afshin cuba menangkap novelnya dari pegangan Azrul.
"Hah, takde takde. Aku bosan ni. Kau asyik sangat dengan novel engkau." Balas Azrul.
"Apa pula kaitannya bosan abang dengan novel saya ni? Bagilah balik abang." Rayu Afshin.
Azrul menggeleng. "Kau kata takde kaitan? Novel Nilah buat kau lalai jadi seorang isteri kau tahu tak? Sampai aku kau tak layan." Azrul memeluk tubuh dan memalingkan muka dari Afshin.
Afshin tertawa. 'Cemburu sebab aku tak layan rupanya.' "Alolo, buku tu punyalah kecil yang nak cemburu dekat dia dah kenapa?" Afshin menyambung tawanya.
Azrul pula geram. Geram pula dia digelakkan oleh Afshin. Jangankan buku, semut dengan Afshin pun dia rasa cemburu! Azrul menarik muka.
"Okay, okay. Maaflah kalau Afshin tak layan abang. Salah Afshin juga sebab lalai sangat. Abang janganlah merajuk. Alah jeleknya muka dia macam tu." Afshin tergelak sakan.
"Hm, tu bukan pujuk namanya! Perli adalah!" Azrul mengetap gigi menahan geram.
Lama kelamaan dia geram melihat Afshin yang tergelak tak ingat dunia tu, cubitan padu mendarat ke pinggang Afshin. "Auch," Afshin mengadu kesakitan.
"Geram nampak. Alah, Afshin main main jelah. Okay, okay Afshin janji takkan abaikan abang lagi. Janji!" Afshin menunjukkan jari kelingking tangannya.
Comel Azrul melihat Afshin tersenyum. "Kau nak aku maafkan ke tidak?" Tanya Azrul.
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...