AWAL PAGI LAGI Me mengetuk pintu . Tiada sahutan dari Afshin . Mahu tidak mahu Me terus menerjah masuk ke dalam bilik . Takut sahaja dia terjadi apa apa terhadap kakak iparnya itu .
Dilihatnya , Afshin sedang tertidur lena diatas katil . Wajah Afshin ditatap lama . Sedikit pertanyaan kemas dihatinya . Kenapa abangnya berkelakuan kejam terhadap Afshin . Susah sangatkah Azrul nak terima Afshin . Afshin menggeliat . Me kembali ke realiti . Mujur Afshin tertidur balik . Kalau tidak , mesti Afshin kurang senang melihat dia dan Me berduaan .
Dia keluar kembali . " Khai , kau jaga Afshin . Aku nak solat subuh . "
" Baik , tuan . " Ujar Khai .
Kakinya melangkah ke surau yang disediakan oleh hospital . Khai pula menunggu kedatangan Me untuk giliran dirinya solat . Selang beberapa minit , bayangan Me dilihatnya .
" Pergilah kau solat . " Ujar Me .
" Baik tuan . " Khai lantas mengorak langkah .
Me melihat Afshin dari tingkap pintu bilik . Dilihatnya Afshin bangun . Cepat cepat dia masuk ke dalam bilik .
" Kau nak pergi mana ? " Tanya Me .
" Aku nak masuk tandas . Ambil air wuduk . " Jawab Afshin .
" Ouu , yelah . Kalau ada apa apa , kau panggil je aku . " Afshin mengangguk .
Me keluar semula . Afshin pula berjalan ke bilik air . Air yang sejuk dipagi hari mengena di kulitnya . Sejuk ! Selepas itu , sejadah dibentang ke arah kiblat . Solat subuh , hajat dan dhuha dikerjakan Afshin . Tidak putus putus Afshin berdoa kepadaNya supaya hati suaminya lembut .
Matahari mulai naik ke permukaan . Cahaya matahari mulai kelihatan . Afshin kearah tingkap melihat keindahan yang telah Allah cipta . Sungguh luas langit terbentang . Burung mulai bersiulan menyedarkan pagi telah menjelang . Awan yang putih seperti salji mulai kelihatan .
Hatinya kembali bersuara . Cubalah Azrul berada di sampingnya . Tentu lebih baik daripada bersendirian . Air mata cuba ditahan . Tidak mahu lagi dia dilihat lemah .
Me mengetuk pintu . Afshin tersedar dari lamunan . " Masuk . "
" Kau nak sarapan ke ? " Afshin menggeleng kepala.
" Khai mana ? Dah balik ke ? " Afshin bertanya .
" Dah . " Jawab Me .
" Kau betul betul taknak sarapan ke ? " Afshin mengangguk kepalanya .
" Erm , Me . Bila aku boleh keluar ? Rasanya aku dah okay dah ni . " Ujar Afshin .
" Memang kau dah okay . Tapi dalaman kau tu belum siap lagi nak hadap pukulan Azrul . " Jawab Me .
" Aku . Sampai bila bila pun Azrul nak pukul , aku redha je . Tak kisah manapun sebenarnya . Aku percaya , takdir Allah tu dah elok dia rancang . " Afshin masih lagi merenung diluar tingkap .
" Kau ni cantik Afshin . Tapi kenapa orang sebodoh Azrul tu juga kau nak ? Beruntung abang aku dapat isteri macam kau ni . Dahlah baik , cantik pula tu . " Puji Me .
Afshin tersenyum . " Aku taklah baik , cantik manapun . Sederhana jelah semua tu . "
" Ya , sederhana tu jugalah buat aku jatuh cinta dekat kau . Kau jangan risau . Aku masih waras lagi nak rampas kau dari abang aku . Aku tak akan paksa kau cintakan aku . Aku akan tolong kau dapat kebahagiaan dari abang aku . As you deserve . Kau kemaslah barang kau . Tengahari nanti kita gerak balik . " Me keluar dari bilik .
Afshin menoleh kearah Me . Baik sungguh hati Me . Tidak pernah lagi dia berjumpa dengan jejaka sebaik itu . Cubalah Me yang pertama dia jumpa . Mesti Me yang dicintainya sekarang dan bukan Azrul . Hanya sebuah andaian yang dapat dikatakan . Masa tidak boleh kembali berputar .
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...