BAB 23

1.4K 50 2
                                    

"YA ALLAH, MAK Mah. Azrul mabuk teruk ni. Jom kita bawa dia ke tandas." Mak Mah dah Afshin memapah Azrul kedalam bilik mandi.

Mereka mendudukkan Azrul tepat diatas shower dan menghidupkan shower tersebut supaya menghilangkan bau alkohol yang melekat pada tubuh Azrul. Selepas itu, mereka menyiapkan Azrul dan memapah Azrul naik keatas bilik tidurnya. Mak Mah turun ke bawah mengambil air mineral untuk Azrul. Afshin pula menggantikan pakaian Azrul yang sudah basah terkena air. Mak Mah yang baru sahaja naik lantas memberikan air mineral yang diambilnya dari penapis air. Afshin lantas mencapai begnya dan mengambil Non-steroid anti-inflammatory drugs (NSAID). Non-steroid anti-inflammatory drugs (NSAID) adalah sejenis aspirin yang sering digunakan untuk meredakan sakit kepala apabila mabuk.

Afshin menyuapkan Air mineral dan Non-steroid anti-inflammatory drugs (NSAID) kedalam mulut Azrul. Azrul menelannya dan selang beberapa minit, Azrul nyenyak diatas katil.

"Terima kasihlah, Afshin sudi datang malam ni. Kalau tak, tak tahulah Mak Mah nak minta pertolongan dengan siapa. Kalau dulu, ada Datin Iza tolong Mak Mah uruskan Azrul bila dia balik dengan keadaan mabuk macam ni. Tapi sekarang, dah takde dah. Nak diharapkan Asyifa. Dia sendiri pun selalu takde kat rumah. Selalu balik mabuk juga dia tu. Kalau tak pukul 4, pukul 5 subuh baru dia balik rumah." Leter Mak Mah.

"Alah, Mak Mah. Biasalah fitrah manusia. Mungkin dia dah biasa balik subuh." Jawab Afshin.

"Afshin, kenapa dengan muka Afshin tu? Azrul pukul Afshin lagi ke?" Ujar Mak Mah sebaik sahaja melihat wajah Afshin yang penuh dengan lebam dan luka.

Muram wajah Afshin apabila wajahnya ditegur Mak Mah. Afshin mengangguk perlahan mengiyakan kata kata Mak Mah. Mak Mah menggeleng kepala. "Kamu sabar ye, Afshin. Mak Mah yakin Azrul tu akan baik dengan kamu. Tak semestinya dia akan buat Afshin derita macam ni. Dia mesti balas cinta kamu dengan setulus hati." Ujar Mak Mah memberikan semangat yang tinggi dihati Afshin.

"Terima kasih, Mak Mah. Jangan risau, Afshin takkan sesekali berputus asa untuk buat Azrul cintakan Afshin. Mak Mah doakan Afshin supaya berjaya, ya." Afshin tersenyum.

"Afshin nak air? Kak Mah boleh buatkan." Ujar Mak Mah.

"Takpelah, Mak Mah. Afshin nak jaga Azrul dekat sini je. Mak Mah rehat rehatlah dekat bilik Mak Mah. Rasanya mesti banyak kerja Mak Mah esok." Kata Afshin.

"Baiklah, Afshin. Mak Mah tidur dulu. Lenguh juga bahu Mak Mah angkat suami kamu ni. Sasa betul badan dia." Mak Mah mengurut urut bahu kirinya.

Afshin tertawa. "Mak Mah nak Afshin urut kan?" Tanya Afshin.

"Eh, tak payahlah. Nanti sakit ni hilanglah juga esok pagi. Mak Mah turun dulu." Jawab Mak Mah sambil berlalu pergi.

"Good night, Mak Mah." Ujar Afshin.

Matanya kembali tertancap ke wajah Azrul yang nyenyak tidur bersebelahan dengannya. Afshin yang duduk disebelah Azrul mengusap lembut rambut suaminya. Matanya sayup melihat keadaan Azrul. Selama mereka berkahwin, cuma sekali dia melihat Azrul mabuk. Itupun tidak pernah semabuk pada hari ini. Hari ini Azrul mabuk teruk disebabkan Afshin. Hanya satu cara yang membuatkan Azrul kembali tenang jikalau dia merasa dirinya terlalu serabut iaitu pergi ke kelab malam dan mabuk seteruk teruknya. Menangis Afshin teresak esak disebelah Azrul. Sayup sayup kedengaran suara Afshin menangis dicuping telinga Azrul.

Azrul membuka matanya seketika. Separuh sedar dia dengan realiti. Tangannya perlahan lahan mengusap air mata Afshin yang tersisa dipipi. Terkejut Afshin dengan Azrul yang tiba tiba mengusap air matanya.

"Jangan nangis sangat. Bengkak mata kau nanti." Ujar Azrul perlahan.

Afshin ketawa kecil. "Abang tidurlah, dulu. Rehatkan badan." Kata Afshin sambil berdiri diatas lantai bersebelahan katil. Takut dia Azrul memarahinya lagi.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now