WAJAH AFSHIN MASIH lagi kelihatan mogok kerana dengan keputusan ayahnya. Secara tiba tiba pula dia mendapat berita bahawa syarikat milik papanya bakal menjadi milik suaminya. Bukan dia tidak suka, rasanya patut dibincangkan bersama sama. Azrul pula hanya berdiam diri melihat wajah isterinya.
"Dah, dahlah tu merajuk. Jelek muka tu, tau tak!" Ujar Azrul.
"Mana ada Afshin merajuk." Afshin menafikan kata suaminya.
"Eleh, yelah tu. Okay lah, aku kasih kau kerja esok ." Ujar Azrul bersahaja .
Afshin yang mendengar lantas tersenyum girang. "Huwaa thanks abang ! " Afshin memeluk lengan Azrul.
"Tapi, ada tapinya . Kalau aku tengok kau sakit , aku tak kasih kau kerja lagi . Faham?" Tambah Azrul.
Afshin tersenyum. " Okay ! Deal ."
"Okay . Deal . Dah, jom makan ." Ajak Azrul.
"Tak naklah , jom singgah office Afshin . Afshin nak buat kerja Afshin yang tertunggak lama dekat meja Afshin ." Ujar Afshin.
"Nilah aku tak suka. Baru je cakap nak kasi dia kerja terus nak kerja sekarang ." Azrul menjeling tajam wajah Azrul.
"Heheheh, maaflah. Janganlah marah. Afshin minta maaf, okay? " Pujuk Afshin.
Azrul memaling muka . Sengaja berpura pura merajuk . Afshin pula masih lagi memandang wajah suaminya. Berfikir cara memujuk suaminya .
" Abang yang hensem lagi kan kacak. Janganlah merajuk. Mak buyung ni tak tau nak buat apa kalau abang merajuk . Please !" Afshin membuat muka comel.
Azrul lama merenung wajah Afshin. Comel. Sengaja lagi dia membuat mimik muka merajuk.
"Jom makan. Aku lapar." Azrul menarik tangan Afshin.
"Jom! Abang nak makan apa?" Tanya Afshin.
"Makan apa apa jelah yang ada dekat restoran tu. Kenapa? Kau ada nak makan something ke?" Tanya Azrul.
Afshin menggeleng kepala. "Bukannya abang ada meeting ke jam 3 ni? " Tanya Afshin lagi.
Azrul berdiam diri. Malas mahu menjawab percakapan Afshin. Banyak sangat soalan yang dilontarkan kepadanya. Nanti dijawabnya, seribu satu persoalan diberinya lagi.
Selang beberapa minit kemudian, telefon bimbit Azrul berdering. Azrul mencapai telefon bimbitnya dan mengangkat panggilan.
"Hello. Kenapa? Okay , 5 minit lagi aku sampai." Azrul mematikan talian telefon.
"Kenapa?" Tanya Afshin.
"Kalau kau jaga mama dekat hospital rasanya takde hal , kan?" Pertanyaan dibalas pertanyaan.
Afshin mengangguk kepala. "Okay, good. Sekarang ni aku nak ke office aku. Ada hal. Kau jaga mama dekat sini, okay?" Arah Azrul.
"Okay, hati hati memandu." Afshin menyalam lembut tangan suaminya.
"Nanti aku suruh Khai datang sini teman kau." Tambah Azrul lagi.
"Ehh , tak payahlah abang. Pergilah cepat. Nanti lambat pula." Ujar Afshin.
Lama Azrul merenung wajah isterinya. Tangannya mengusap lembut kepala isterinya dan beralih ke kandungan Afshin.
"Kau takecare. Kalau kau ada apa apa , just call aku. Faham?" Afshin mengangguk laju.
Azrul lantas berlalu pergi. Memang berat juga hatinya untuk melepaskan Afshin bersendirian, tapi bila difikir balik takkanlah Afshin dihiritnya kehulur kehilir.
Afshin mengorak langkah ke wad ibu mertuanya. Belum sempat dia hendak memasuki wad tersebut, tangan seseorang menyambarnya dahulu untuk masuk ke dalam wad. Sungguh tidak disangka , tangan Me yang menyambar tangannya.
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romantizm"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...