" KAU SEDAR TAK apa yang kau dah buat ! Kaulah lelaki paling tak guna ! " Segala caci maki yang Ayeen keluarkan diendahkan Azrul .
Kakak sepupunya masih lagi dalam bilik rawatan . Tiada satu pun yang keluar dari bilik tersebut . Seluruh keluarga sudah tahu dengan keadaan Afshin . Datin Aisyah yang baru sahaja datang ke hospital lantas memukul Azrul .
" Jauh kau dari anak aku ! Aku tak nak kau jadi menantu aku ! Kamu memang tak guna ! Sampai hati kau buat anak aku macam tu ! " Benci Datin Aisyah melihat wajah menantunya yang bertopengkan syaitan .
Dato' Azlansyah cuba menenangkan isterinya . Azrul ditolak jauh dari Datin Aisyah . Datin Iza mendekati Datin Aisyah sambil memegang tangannya .
" Maafkan , saya Datin . Disebabkan anak saya , anak Datin boleh jadi begini . " Ujar Datin Iza .
Datin Aisyah hanya membatu . Tidak tahu mahu berbuat apa . wajah anaknya tersemat di fikiran . Seharusnya , dari dulu lagi dia menjauhkan anaknya dari serakah jahanam yang sudah memberi luka yang parah buat puteri kesayangannya . Dalam hatinya tidak habis habis berdoa anaknya selamat .
" Keluarga Puan Afshin Nur Khalida binti Dato' Azlansyah ? " Panggil doktor yang merawat Afshin .
" Ya , saya . " Azrul menjawab bergegas ke arah doktor tersebut .
Namun , tubuhnya ditolak kuat oleh Me . " Kau tak patut ambil tahu orang yang kau dah pukul . Balik , tanda tangan je surat cerai . "
Azrul menolak badan Me semula . " Dia isteri aku . kau tak berhak nak halang aku . "
" Not this time , Azrul . You're too much ! Afshin dah macam mayat hidup baru kamu nak fikir pasal dia ?! Balik . Hubungan Azrul dengan Afshin sampai sini je . Jangan panggil aku mama . Aku tak kenal kau . " Datin Iza mengikut langkah Datin Aisyah dari belakang .
Dia juga cukup benci dengan anaknya itu . Kasihan dia dengan menantu nya itu , menyayangi Azrul sepenuh hati , namun disiksa sesuka hati . Azrul melabuhkan punggung diatas kerusi semula .
Betul . Rasa bersalah di dalam hati kali ini menyiksanya . Lama dia termenung atas segala perbuatannya yang cukup menderitakan Afshin .
" Azrul baliklah dulu . Papa nanti mesej Azrul kalau ada perkembangan pasal Afshin . " Ujar Dato' Azri yang kasihan dengan anak sulungnya itu .
" Tap - "
" No worries , Azrul . I'm on your side . " Balas Dato' Azri .
" Balik , mandi pastu rehat . " Tambah Dato' Azri .
Azrul mengangguk lemah .
BAJU AZRUL BERWARNA putih bertukar merah kerana cecair darah daripada Afshin . Cermin memantul dirinya . Masih lagi dia teringat detik detik Afshin kemalangan . Betul betul di
depan matanya . Dirinya seakan akan kecil tika itu . Tidak boleh lagi dia berbuat apa apa selain menyaksikan Afshin yang jauh terdampar dari kereta yang melanggarnya .Semuanya salah Azrul . Kalau bukan Azrul mengejar Afshin , sudah lama perkara ini tidak berlaku . Jikalau perkara ini tidak berlaku juga , Azrul sama sekali tidak menyedari kesalahannya . Azrul seakan singa yang mencengkam rusa menggunakan gigi taringnya apabila memukul tubuh isteri pertamanya .
Pintu bilik dikunci . Azrul terperuk didalam bilik . Baju kemeja berlumuran darah masih lagi dia pakai . Baju yang putih itu membuatkan dirinya betul betul berasa seperti seorang suami yang dayus . Jahat !
" TUAN AZRUL MAKANLAH . Takkan tuan nak macam ni ja terperuk dalam bilik . " Kak Mah mengetuk pintu bilik majikannya yang sudah dua hari tidak keluar dari bilik .
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...