" KENAPA KAU TAK bagitahu aku yang kau jumpa mama kemarin ? " Tanya Azrul sambil memeluk dirinya bersandarkan dinding sambil melihat Afshin yang ralit mencuci pinggan .
' Alamak , aku lupa pulak nak bagitahu . ' Keluh Afshin dalam hati .
" Heheh , maaf abang . Afshin lupa nak bagitahu abang . " Jawab Afshin .
" Haa tulah kau . Semua benda kau lupa . Sebab tu kau skandal dengan Ifgan , kan ? Kau lupa yang kau tu isteri orang . " Perli Azrul .
Afshin menelan pahit perli dari suaminya . Suasana bertukar menjadi lengang buat seketika .
" Kenapa kau diam . Betulkan cakap aku ? " Azrul tersenyum suka .
Suka dia memerli isteri pertamanya itu . Afshin tersenyum kekok . Tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana . Usai dia mencuci pinggan , Afshin hanya melintasi Azrul tanpa sepandang kilas . Sakit hatinya Azrul memerli .
Tangan Afshin Azrul capai . Tangannya laju mengusap pipi Afshin . " Aku gurau jelah . Janganlah nak serius sangat . "
Afshin memandang lama wajah suaminya . " Abang tak demam ke tiba tiba baik dengan Afshin ? "
" Apa ? Jadi kau nak cakap selama ni aku jahatlah . Macam tu ? " Balas Azrul sambil menarik muka ketat .
" Eh , bukanlah . " Afshin tertawa. Lucu melihat Azrul sebegitu rupa .
" Abang , tak jahat pun . Afshin tahu , semua yang abang buat ni mesti ada sebabnya . " Tambah Afshin lagi .
Azrul tersenyum . Tangan Afshin dikucup Azrul . " Nur Afshin Khalida binti Dato' Azlansyah , I love you . "
Afshin terkedu . Pelik dia dengan perangai suaminya . Tiba tiba sahaja perangai Azrul bertukar 360 darjah . Entah ini luahan hati Azrul yang sebenar , ataupun tidak . Lama mereka berpandangan antara satu sama lain .
Azrul mula ketawa memecahkan suasana dingin . Berkerut dahi Afshin melihat Azrul ketawa terbahak bahak . Sungguh dia keliru tika itu .
" Hei , kau ingat aku nak sayang kau ke bodoh . Perempuan macam kau ni senang je aku goda . Asal nampak yang kaya hensem , mesti dah jatuh cinta . " Azrul menggeleng kepala sambil mengorak langkah ke ruang tamu .
Panas hati Afshin mendengar kata kata dari mulut Azrul . Berlinangan air mata Afshin . " Tengok tu . Baru je aku kacau sikit . Dah mental koyak . Bosanlah dengan kau ni . Cengeng ! Dah , janganlah kau nak sedih sedih dekat situ . Kau pakai tudung sekarang . Aku tunggu dekat bawah . " Azrul keluar dari kondo .
Afshin mengorak langkah mengambil tudung sambil menyarungkan ke kepalanya . Pelik betul dia dengan suaminya ini . Sekejap baik , sekejap jadi jahat . Macam split karakter kata orang !
Afshin turun kebawah seperti yang Azrul perintah . Dilihatnya Azrul menaiki kereta berjenama Audi RS5 berwarna hitam .
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Lãng mạn"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...