BAB 47

920 37 29
                                    

PUCAT WAJAH AFSHIN dapat dilihat jelas dari cermin tandas . Asyik muntah sahaja dia hari ini . Pening pun ada dirasainya . Makan pun sikit sahaja . Tiada selera pula dia sejak dua tiga hari ni . Afshin keluar dari bilik air .

Azrul hanya membuat seperti tiada apa apa yang terjadi dengan Afshin . Dia terlihat biasa sahaja melihat Afshin berulang alik ke bilik air . Takut dia dengan tekaannya . Segala simptom yang dia lihat dengan Afshin seperti orang berbadan dua . Tidak mahu dia Afshin mengandungkan zuriat nya buat kali kedua . Takut seperti zuriat nya dengan Afshin yang pertama . Takut berulang kembali peristiwa yang paling dibencinya .

Lama kelamaan , Azrul berdiri bersiap siap . Hairan Afshin. " Abang nak pergi mana ? " Tanya Afshin lembut .

" Suka hati akulah nak pergi mana . Bukan kau je isteri aku . " Jawab Azrul sambil berlalu pergi .

Afshin terdiam . Betullah , kata Azrul . Bukan dia seorang sahaja isteri Azrul . Kalau dulu , biasa sahaja Afshin apabila Azrul meninggalkannya sendirian . Tetapi kali ini , dia berkecil hati pula . Entah kenapa dia sedikit dilanda emosi pula kali ini .

" Abang , Afshin nak minta izin keluar boleh ? " Tanya Afshin .

" Kau nak buat apa pula ? " Azrul menanya Afshin kembali .

" Afshin ingat nak pergi beli groceries . Gula , garam semua dah nak habis . " Ujar Afshin .

" Bak sini kunci kereta kau . Kau ni asyik merayap je semenjak ada kereta ! " Azrul mengambil kunci kereta milik Afshin dengan kasar dari tangan Afshin dan berlalu pergi .

Bertambah sedih hatinya . Hadiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka Azrul rampas . Tidak tahu sama ada Azrul izinkan ataupun tidak . Afshin nekad keluar tanpa izin dek kerana sakit dihati .

DISEBABKAN AFSHIN TIDAK lagi menerima rawatan dari Ifgan , terpaksalah dia mencari doktor untuk rawatan selanjutnya . Hasil pemeriksaan kesihatannya memberikan kejutan besar buat dirinya . Entahlah , dia gembira ataupun gelisah . Perasaannya bercampur baur .

kandungannya yang berusia 1 bulan diusapnya . Takut dia tentang reaksi suaminya nanti . Adakah Azrul gembira ataupun kesal dengan beritanya itu . hembusan nafas keluh dibuatnya . Kusut dia buat sementara waktu .

Tiba tiba , tangannya ditarik kasar . Terkejut dia tika itu . Untung tidak terjatuh dia . Dilihatnya yang menariknya itu sosok yang sangat dikenalinya , Me .

Mereka berhenti di hadapan cafe . " Kenapa kau rahsia kan sakit kau selama ni ? Dah lama ke kau sakit ? " Me bertanya serius .

Afshin menjeling dan berlalu pergi . " Kalau kau melangkah sekali lagi , aku bagitahu Azrul yang kau sakit . " Ugut Me .

Afshin menghentikan langkahnya . Benci dia Azrul menjadi ugutan Me . Lama dia berdiri disitu . Selang beberapa minit , dia berbalik ke hadapan Me .

" Apa lagi yang kau nak ? " Dingin Afshin berkata .

Tangan Me hinggap di bahu Afshin . Afshin menepis kuat tangan adik iparnya itu . Gatal !

" Afshin , sakit kau ni bukan biasa biasa . Boleh bawa mati ! Kau tahu tak ?! " Risau Me .

" Suka hati aku lah ! Aku juga yang sakit . Aku juga yang berhadapan dengan kematian . " Malas Afshin mahu melayan .

" Memang . Memang kau yang hadap semua tu . Tapi kau kena ingat juga baby dalam kandungan kau tu . Kau tak nak ke dia hidup ? Kau nak kejadian yang dulu berulang lagi ? " Ujar Me.

Afshin menahan tangis . Peristiwa dulu kembali segar didalam kotak fikiran . " Me , tolong jangan bagitahu sesiapa . Pasal Azrul , aku tahulah nak buat macam mana . "

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now