AYEEN AKHIRNYA TIBA ke tanah air tepat jam 10 pagi. Dicarinya kelibat dua lelaki di ruangan lapangan terbang. Di kecilkan matanya untuk memastikan setiap lelaki yang dilihatnya.
"Abang! Ayeen dekat sini!" Dilambaikan tangannya kepada lelaki yang kacak bergaya memakai baju selangor.
"Eh, adik abang!" Jerit lelaki tersebut.
"Assalamualaikum abang Ayeen yang hensem tak seberapa ni!" Gurau Ayeen selepas menyalam tangan abangnya, Farhan.
"Amboi, tahulah dia tu lawa! Taknak kawanlah!" Rajuk Farhan.
"Aiyoyo, abang ni! Tak habis habis nak mejok dekat Ayeen. Abang tak rindu adik kesayangan abang ni ke?" Ujar Farhan.
"Eleh,mestilah rindu! Dia tu kot yang tak rindu abang dia sorang ni. Ingatkan tak balik balik kesini." Perli Farhan sambil mengusap rambut Ayeen.
"Hisy, abang ni! Apa pula cakap macam tu. Adik rindulah abang abang Ayeen, mama, papa and semualah! By the way, mana abang Naim?" Tanya Ayeen.
"Heheh, abang gurau jelah! Eee, adik abang satu ni manja betul! Abang Naim ada dalam kereta tu tengah tunggu kita. Jomlah, panas ni." Farhan bergegas mengorak langkah ke tempat parkir kereta.
"Oh. Okay, okay." Ayeen menarik bagasinya mengikuti langkah Farhan.
Ayeen meletakkan bagasinya dibonet kereta. Dilihatnya Naim termenung jauh keluar dari tingkap kereta. "Assalamualaikum, termenung apa tu?" Ayeen menyergah Naim a.k.a abang keduanya daripada terus termenung.
Terkejut Naim dibuatnya. "Ayeen, jangan buat macam tulah! Sakit jantung abang dikerjakan!" Ujar Naim.
"AHAHAHAHA, tulah jauh sangat termenung." Gelak Ayeen disertakan dengan menyalam lembut tangan Naim.
Farhan menggeleng kepala melihat gelagat adiknya. "Macam mana dekat London? Okay juga?" Tanya Naim sambil memandu kereta.
"Okay juga." Jawab Ayeen.
"Ayeen nak tahu tak?" Tanya Farhan.
"Apa?" Jawab Ayeen.
"Suami Afshin tu kaya gila! Entah mana Af jumpa suami dia tu." Pakcik bawang mula beraksi.
"Amboi, membawang nampak?" Senyum Ayeen.
"Hehehe, adik ni kan!" Jawab Farhan tersenyum kambing.
"Abang cakap kak Af jumpa suami dia? Abang salah! Kahwin paksa adalah!" Ujar Ayeen selamba.
"What?!" Terkejut Farhan dan Naim serentak.
"Betulkah?" Tanya Naim.
"Ya, betul. Tapi jangan bagitahu orang lain, okay?" Ujar Ayeen.
"Okay," Serentak Naim dan Farhan.
Setibanya mereka dirumah milik keluarga Ayeen, terus dia berlari kearah Datin Annessa dipeluknya erat. Rindu benar dia akan mama tersayangnya itu. Sudah lima tahun dia tidak menatap wajah tersebut. Air mata dua beranak itu berjuraian dipipi.
"Baru sekarang nak balik,yah?" Datin Annessa menyekat air mata anaknya.
"Sorry,ma. Mama janganlah nangis nanti mama tak cantiklah." Gurau Ayeen menyekat air mata mamanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...