AFSHIN DUDUK DIATAS katil wad nya . Menyesal . Sedih . Marah pun ada . Air matanya mengalir laju . Sudah 3 hari dia seperti itu sahaja . Makan tidak mahu , mandi tidak mahu . Perasaan dendam dengan Azrul kuat dirasainya .
Kandungannya sudah gugur buat kali kedua . Baru sehari Afshin mengetahui tentang kandungannya , Azrul sudahpun menggugurkannya dengan kejam . Dengan tangannya sendiri . Tergamak Azrul berbuat demikian terhadap anak kandung nya sendiri . Kali ini seratus peratus salah Azrul . Dia menyesal menjadi isteri kepada Azrul . Menyesal juga jatuh cinta dengan Azrul . Benci dia dengan dunia . Tiada yang menyebelahi nya .
Ayeen , menjadi penemannya semenjak Me menolong Afshin tiga hari lalu . Dialah yang menyelamatkan Afshin daripada Azrul yang buas memukulnya tiga hari lalu .
" Afshin , makanlah biar sikit . Supaya kau tak gastrik . Kang gastrik , satu lagi masalah . " Pujuk Ayeen .
" Aku nak balik kondo . " Ujar Afshin .
" Afshin , buat masa ni kau dekat sini dulu . Kau belum sihat lagi ni , okay ? " Balas Ayeen . Risau dengan kakak sepupunya itu . Sudah seperti mayat hidup dilihatnya .
" Aku nak balik juga . Kalau kau sayang aku , kau keluarkan aku sekarang . Kalau tak , aku takkan jumpa kau lagi . " Ugut Afshin .
Ayeen berdiam diri . Tidak tahu mahu berbuat apa . " Janganlah macam tu Afshin . Aku nak kau sihat , barulah kau balik . At least ada tenaga kau kumpul untuk lawan Asyifa . Kalau kau nak juga balik , nanti aku cuba tanya Me . Makanlah sikit . Tak sukalah aku tengok kau macam ni . "
Air mata Ayeen berderai laju . Kakak sepupunya sangat tidak bermaya tika ini . Wajah dan badan yang penuh dengan lebam disertakan dengan kehilangan zuriat dek kerana buasnya seorang suami kerana versi keras membenci isterinya . Kesalahan Afshin setahunya tidaklah terlalu berat daripada si celaka yang kurang kain itu . Entah kenapa abang sepupu iparnya itu sangat menyayangi isteri keduanya yang hanya mahukan duit semata mata .
AZRUL CUBA MENDAIL nombor telefon Afshin . Tetapi tidak terjawab . Mungkin dia terlalu kejam memukul Afshin sebegitu rupa . Namun ego tetap menguasai dirinya . Telefonnya dia letak ke tepi . Asyifa yang menggunakan jubah mandi melabuhkan punggung diatas paha Azrul . Tangannya meliar ke bahu Azrul dengan menggoda .
" Thanks honey bawa I honeymoon ! " Sempat lagi Asyifa meninggalkan ciuman di pipi .
Azrul tersenyum suka . " anything for you hon' "
" You , jom club malam ni ? " Tanya Asyifa .
" Sayang , kita baru je honeymoon . Takkan you nak pergi clubbing terus . " Jawab Azrul .
" Alaa , please . " Pujuk Asyifa menggoda .
" Okay , fine . " Azrul mengikut kata .
" KAU DAH MAKAN ? " Tanya Me .
Afshin hanya mengangguk . Layu sahaja dia diatas katil . Tiada lagi harapan untuk dia meneruskan hidup .
Me menghulurkan telefon Afshin . " Incase kau nak tengok apa apa . "
Afshin hanya membiarkan telefonnya diatas katil . " Afshin , say something please . I guess , we need to tell your family about this . This problem is much serious . "
" Jangan ! " Keras Afshin berkata .
" Kalau kau bagitahu family aku pasal perkara ni , aku lari dari hospital ni . " Ugut Afshin .
Me mengeluh . Sayangnya Afshin terhadap Azrul masih lagi terlihat jelas . Kekerasan yang abangnya buat terhadap Afshin sangatlah perih dalam diri Afshin sebagai isteri Azrul . Afshin trauma lepas kejadian itu . Makan pun hendak dipaksa . Untung ada Ayeen yang dapat menolong Me dalam mengurus Afshin seharian di hospital .
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...