SIANG BERGANTI MALAM, Afshin masih lagi berada di teratak 'AfRul'. Jam sudahpun menunjukkan pukul 8.36pm.
"Abang, boleh Afshin balik kondo?" Tanya Afshin yang berasa tidak selesa di teratak.
"Kau kenapa nak balik sangat dekat kondo tu? Buat masa sekarang ni, kau tak payah balik kondo." Arah Azrul.
"Tapi baju Afshin.."
"Nanti ada masa aku ambilkan lah baju engkau dekat kondo." Azrul memotong percakapan Afshin.
"Baiklah, Afshin masuk bilik dulu." Afshin bergegas masuk ke dalam bilik tetamu.
"Ehh, kau teman aku dekat sini." Azrul menarik tangan Afshin duduk diatas sofa ruang tamu.
"Movie apa ni?" Tanya Afshin ingin tahu.
"Tak tahulah, aku tengok je." Jawab Azrul.
Afshin tersenyum. Pelik juga dia, Azrul yang sudah tonton televisyen dari tadi langsung tidak tahu apakah judul filem tersebut. Asyifa cantik berpakaian ketat, baju paras atas lutut turun ke ruang tamu. Azrul yang melihat Asyifa terus sahaja ke daun pintu utama lantas berkata.
"You nak pergi mana?" Tanya Azrul.
"I nak jumpa kawan." Jawab Asyifa sambil menyarungkan kasut tumit tinggi di kakinya.
"I tak izinkan." Ujar Azrul dingin.
"Takkan you nak I terperuk dalam rumah ni tak buat apa apa. I kan dah cakap sebelum kita kahwin I tak nak you control hidup I!" Jawab Asyifa keras.
"Kalau you keluar juga malam ni, I sekat kad kredit you!" Balas Azrul.
Asyifa dengan keadaan terpaksa menghentakkan kakinya naik semula ke biliknya. Afshin berdiam diri. Rahsia Asyifa masih lagi tersimpan kemas difikirannya. Masih memikirkan sama ada dia patut memberitahu suaminya ataupun tidak.
PUKUL 12 TENGAH malam, Azrul akhirnya memutuskan masuk tidur. Afshin yang berada disebelahnya sudahpun lena tidur bersandarkan bahunya. Lama Azrul merenung wajah Afshin yang dulu cantik berseri sekarang penuh dengan luka lebam olehnya. Rasa bersalah selalu bertandang dihatinya sebaik sahaja melihat wajah Afshin yang luka lebam. Namun dirinya terlalu susah untuk mengucapkan maaf kepada Afshin. Memang selama ini dia mempunyai perasaan dengan Afshin namun ditolak jauhnya.
Tubuh Afshin yang kurus dicempungnya masuk ke dalam bilik tetamu. Dibaringkan tubuh isterinya perlahan lahan dan diselimutkan. Suis lampu ditutupnya dan menutup daun pintu bilik tetamu.
"AFSHIN, DATANG PUN kau kerja. Risau kitorang takut jadi apa apa dekat kau. Kau cuti seminggu kot." Ujar Ayeen.
"Papa aku ada cari aku?" Tanya Afshin.
"Ada, sekarang Nilah juga dia suruh engkau masuk office dia." Arah Ayeen.
Afshin berlalu pergi ke bilik pejabat Dato' Azlansyah. "Assalamualaikum, papa." Ucap Afshin.
"Waalaikumussalam, masuklah. Ni, kenapa anak papa sorang ni banyak cuti? Kamu sakit ke? Ka kamu dah mengandung?" Tanya Dato' Azlansyah kerisauan melihat anak perempuannya yang semakin lama semakin mengurus.
"Afshin tak mengandunglah, papa. Haritu je Afshin demam. Papa tak payahlah risau." Jawab Afshin.
"Ke Azrul tak kasih kamu kerja?" Tanya Dato' Azlansyah lagi.
"Taklah, Azrul okay je kalau Afshin kerja. Cuma, dia tak suka sangatlah kalau Afshin jumpa klien lelaki." Ujar Afshin.
"Ouh, biasalah tu. Dia cemburu dengan lelaki lainlah sebab anak papa ni kan cantik, mestilah banyak orang suka." Usik Dato' Azlansyah.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA MR. COMPLICATED
Romansa"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...