BUKAN SENGAJA AFSHIN tidak mahu mengikuti kehendak Azrul . Melihat situasi di meja makan petang tadi , membuatkan dia tidak senang duduk . Sebab mereka bergaduh pun Afshin sama sekali tidak tahu . Mungkin , dengan cara mereka bermalam di rumah mertuanya , Azrul dan Me boleh berbaik .
Azrul masih lagi dingin dengan Afshin . Tidak suka dengan keputusan Afshin ingin bermalam di rumah keluarganya . Kini , tinggal mereka berdua sahaja yang berada di dapur . " Abang , jom pergi beli bahan untuk masak lauk malam ni . Afshin masak . "
Azrul masih lagi merenung wajah isterinya . Tangan Azrul dicapai . " Abang , Afshin minta maaf . Tak tanya abang sebelum buat keputusan . Af tahu , Me baik orangnya . Sebab kembar dia pun baik sangat sangat . Both of you no need to gaduh gaduh lagi . I'm trying to solve your problem with Me . Abang tak kesian ke dekat mama ? She's trying so badly . Dia nak twinies dia berbaik . But both of you , just turn to egos all the time . So , please . Cuba berbaik dengan Me . Mana tahu abang lebih terbuka dengan Me lepas kenal rapat dengan Me ? Please . " Afshin membuat muka comel sambil blinking matanya berkali kali dengan tangan dilekap bersama .
Azrul mengeluh perlahan . Betul juga dengan kata isterinya itu . " Fine , kita tidur sini . Plus , jangan buat muka macam tu lagi . Your to cute too rejected . "
Afshin tersenyum riang . " Dah , jangan senyum sangat . Abang tak kuat . Cantik sangat . "
Afshin tertawa . " Haa , Afshin ketawa lagilah abang tak kuat . Comel ! " Tambah Azrul . Semenjak Afshin belum lagi sedar dari koma sungguh dia mahu melihat Afshin tersenyum gembira sebegini rupa . Cantik sahaja senyuman Afshin . Senyuman yang sangat manis baginya . Bersyukur dia kepada Allah yang maha kuasa masih lagi memberinya peluang kedua untuk berbahagia dengan isteri pertamanya . Biarlah dia dengan Afshin kali ini . Kini , rindunya terubat . Buat selama lamanya .
AISKRIM CANTIK TERSUSUN di dalam tempat tersedia . Afshin meneliti aiskrim dengan penuh ceria . Aiskrim vanilla menjadi pilihan . Tidak cukup satu , perisa lain lagi diambilnya . Azrul menggeleng sambil tersenyum . Dari awal berkenalan , aiskrim lah yang memenangi hati Afshin . Niatnya mahu mencari bahan masakan . Ini pula , tersodor ke peti aiskrim .
" Amboi , borong ya . Borong banyak banyak sapa nak habiskan ? " Tanya Azrul .
Afshin tersenyum kambing . " Afshin lah yang habiskan . "
" Banyaklah Afshin habiskan . Dulu , Afshin beli aiskrim . Afshin langsung tak habiskan . " Teringat pula Azrul dengan Afshin dahulu .
Aiskrim yang ada dalam peti sejuk teratak 'AfRul' langsung tidak terusik semenjak Afshin menetap di kondominium milik Azrul . Bukan kerana Afshin tidak mahu makan . Namun , tuan punya badan tiada di rumah . Mahu mengharapkan Asyifa yang makan , memang taklah . Punggung pun tidak pernah melekat di rumah . Hari hari jalan entah kemana . Kalau boleh di rantainya Asyifa , mahu sahaja dia rantai .
" Yaka ? Manalah Af ingat . Af kan hilang ingatan . " Afshin memberi jelingan maut kepada Azrul dengan tangan yang gagah mengangkat dua bekas aiskrim . Aiskrim diletakkan di dalam troli lantas ditolaknya ke kaunter pembayaran .
Azrul tertawa suka melihat jelingan maut dari Afshin . Comel sahaja dia melihatnya . Mahu sahaja dia mencubit pipi gebu isteri nya . Geram !
Azrul mengikut langkah Afshin dari belakang sambil memegang bahu Afshin seperti kereta api . " Ish , tak payahlah pegang pegang . Kita ni kan hilang ingatan , mana ingat orang tu . " Perli Afshin menepis tangan Azrul .
" Alolo , comelnya tengok sayang merajuk ni . Meh sini abang peluk . " Kuat Azrul memeluk Afshin .
Naik malu Afshin dengan hadiah pelukan dari suaminya . Terkejut bukan kepalang . Banyak mata yang memandang . Ditolaknya tubuh sasa Azrul perlahan .
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...