BAB 8

1.4K 58 15
                                    

AFSHIN MENOLAK TROLI keruangan beku sejuk. Diambilnya beberapa kontena aiskrim berperisa vanila, coklat dan yang lagi penting pudina. Itulah barang terakhir yang ada dalam senarai barang yang hendak dibeli. Lantas disorongnya troli ke kaunter pembayaran.

"Hey, Afshin kan?" Ujar seorang lelaki yang cukup bergaya.

"Hey, buat apa dekat sini!" Balas Afshin.

"Buat rumah, Af." Gurau Faisal.

"Ouh, baguslah tu. Senang kau nak membeli. Keluar rumah je, dah dapat." Tergelak Faisal.

Ada ada je otak Afshin nak bagi gelak Faisal. Sumpah dia tidak makan hati apabila Afshin bergurau senda dengannya. Paling paling, perasaan cintanya bertambah. Ya, dia mencintai Afshin dalam diam. Semenjak mereka mengusahakan syarikat A&A holdings iaitu syarikat milik Dato' Azlansyah bersama, Faisal memang menyimpan perasaan terhadap Afshin. Akan tetapi, Afshin sudahpun dimiliki orang lain, Pengasas Syarikat terkenal, Azrul Khalid. Hancur hatinya tatkala mengetahui perkara tersebut. Dia cuba melupakan Afshin, tetapi tidak bisa dia melupakan hal tersebut.

"Daripada kau tergelak sakan ni kan, apakata kau belanja aku makan! Kenyang jugak aku!" Ujar Afshin.

"Hisy kau ni! Kau yang kaya, aku juga yang sponsor kau!" Senyum Faisal.

"Eleh, macam tak biasa belanja aku!" Tambah tergelak Faisal.

"Yalah, yalah aku belanja." Tersenyum lebar Afshin sebaik mendengar Faisal membelanjanya.

"Okay, jom kita pergi restoran tu! Senang sikit aku nak bagi kau pokai!" Tersenyum Faisal.

Afshin lantas masuk kesebuah restoran yang tidak terlalu mewah. Hanya restoran biasa. Mereka melabuhkan punggung ke kerusi yang disediakan.

"Ya cik nak makan apa?" Tanya seorang pelayan restoran.

"Erm, Faisal aku tak boleh lama ni. Aiskrim aku mencair ni!" Takut pula dia aiskrim mencair.

Tergelak Faisal. Boleh pulah dia risau aiskrim cair. "Dek, boleh tak pinjam peti sejuk. Nak bagi keras aiskrim ni." Pinta Faisal.

"Boleh, boleh." Afshin memberikan kontena aiskrim kepada pelayan.

"Thank you, thank you!" Pelayan itu tersenyum.

"So, kau nak makan apa?" Tanya Faisal.

"Mee goreng mamak jelah dengan air lemonade." Jawab Afshin.

"Okay, saya bagi nasi goreng kampung satu dengan juice mango." Ujar Faisal.

Pelayan itu bergegas berlalu pergi selepas mengambil order dari mereka. " how's your day with your husband?" Tanya Faisal kelat.

"We fine! Kau bila nak naik pelamin? Tak jumpa lagi ke?" Tanya Afshin.

"Ada tu ada. Cuma, she's already have their life." Jawab Faisal.

"Who? Makcik guard syarikat kita ke?" Gurau Afshin.

"Hey, makcik guard tu makcik akulah pandai!" Tergelak mereka berdua.

"Siapa suruh, haritu dia yang cakap makcik guard tu makwe dia. Manalah aku tahu tu makcik kau!" Tambah tergelak Faisal.

"Kau percaya kata aku?" Faisal menyambung gelaknya.

"Hisy, dia ni! Kau yang cakap, aku iyakan jelah!" Marah Afshin.

"Chill lah woi! Yelah, yelah enjoy your meal. " sedikit redah sakit perut Faisal dek ketawa sakan.

JAM 3.12PM MENUNJUKKAN afshin harus bergegas pulang. Lama juga dia bercerita sana sini dengan Faisal.

"Yelah, thanks belanja aku makan!" Ujar Afshin.

"Ya, kau balik naik apa?" Tanya Faisal.

"Grablah apalagi?" Jawab Afshin singkat.

"Hisy, aku hantar kau balik nak?" Pelawa Faisal.

"Hisy, kau biar betul? Taknaklah aku." Ujar Afshin.

Tak manis pula dilihat orang apabila dia berdua duaan dengan Faisal. Yalah, dia sudah ada suami yang perlu dijaga.

"Hm, yelah. Otak kau ni bukan boleh dipaksa sangat. Be careful." Ujar Faisal berlalu pergi.

"Bye!" Faisal membalas lambaian Afshin dari jauh.

PINTU RUMAH DIBUKA Afshin perlahan lahan. Perlahan lahan dia menginap masuk kedalam 'TERATAK AFRUL'. Lama kot dia menghilang. Takut pula dia kena marah oleh 'singa' milik nya.

"Kau dari mana.."

"Eh mak kau ku - kucing." Melatah Afshin.

Terkejut dia mendengar suara garau suaminya. Kus semangat!

"Aku tanya.. kau dari mana?!" Semakin meninggi suara Azrul.

Berketar ketar badan Afshin. "Erm, ka- kan tadi dah bagitahu, pergi supermarketlah. Nak pergi mana lagi?" Jawabnya laju.

"Jawab betul betul! Kau pergi mana!?" Berdengung suara Azrul didalam rumah tersebut. Naik seoktaf suara Azrul.

"Saya pergi supermarket pastu jumpa..."

"Jumpa apa? Jantan? Bagus." Azrul menepuk tangan.

"Baguslah, baru seminggu kau jadi isteri orang dah jumpa skandal? Bravo miss Afshin!" Azrul menolak tubuh kecil Afshin ke dinding dan ditahannya supaya Afshin tidak pergi kemana mana.

Afshin yang sudah tersedan sedu menangis tatkala melihat keganasan Azrul terhadapnya. Salahkah dia hendak berjumpa kawannya sendiri?

"Kau memang perempuan tak guna!" Azrul menampar nampar muka Afshin.

"Az- rul." Serak suara Afshin.

"Apa? Perempuan macam kau ni tak patut nak dilayan dengan baik. Sebab apa? Sebab kau ni perempuan tak guna!?" Azrul menjerit dimuka Afshin dan kembali memukulnya.

Sungguh tak terfikir dia yang perkara tersebut akan terjadi. Azrul menarik rambut Afshin dan memanjat tangga satu persatu. Afshin mengerang kesakitan. Bertambah basah pipi gebunya oleh air matanya.

"Azrul, sudahlah tu! Kesian isteri kamu!?" Jerit Mak Mah yang sudah lama melihat mereka.

"Kau diam, sebelum aku pecat kau! Kau jangan cuba nak bagitahu orang!" Jawab Azrul.

Mak Mah tidak tahu mahu berbuat apa. Keluar air matanya melihat Afshin dibuat sebegitu.

"Awak, sakit." Adu Afshin.

"Ouh, sakit. Macam mana nanti orang nampak kau pastu buat cerita yang kau ada skandal? Kalau cerita tu sampai dekat parents kita macam mana? Kau ada fikir? Takda kan!" Azrul menolak kepala Afshin.

Azrul mengunci bilik mereka dan lantas mendapatkan tali pinggang yang cantik tersusun didalam almari. Dilibasnya tali pinggang tersebut ditubuh Afshin.

"Azrul, sakit rul. Saya janji saya tak buat lagi." Menangis Afshin penuh rayuan.

"Kau dengar sini, aku pegang janji kau. Sekali lagi kau buat, kau tahulah apa jadi!" Azrul menampar laju muka Afshin buat kali terakhir.

Azrul bergegas keluar dari bilik dan menutup pintu dengan kuat. Lega hatinya sebaik membuat rayuan terhadap Azrul. Di panjatnya katil dan menyandarkan tubuhnya di kepala katil(erm tak tahulah yang tahu ada besi untuk kita bersandar dekat tepi/ atas katil tu) sambil duduk mencangkung. Ditekupnya mukanya. Rasa sakit seluruh tubuh semakin menyengat. Tangisannya tidak berlagu. Lantas dia masuk kedalam bilir air dan melihat mukanya.

Ya allah terkejut dia melihat mukanya. Sungguh tidak percaya dia bahawa muka yang terpantul di cermin itu wajahnya. Penuh dengan bengkak, berdarah. Tambah berlinang air matanya.

Dibukanya paip singki dan mencuci mukanya. Sakit tak terhingga ditahannya. Dibukanya baju untuk membersihkan dirinya. Libasan dari tali pinggang pedih terkena air. Hanya sakit yang teramat dapat dikatakan. Air matanya keluar berderaian di kelopak mata.

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now