"SAMPAI HATI ADIK ipar akak buat akak macam tu!" Ujar Haziq sambil menghirup air dengan straw.
Sakit juga hatinya mendengar cerita dari Afshin tentang kehidupan peribadinya. "Hm, kalau aku jadi kau Afshin dah lama aku hempuk dia guna kerusi pejabat. Biar dia ingat juga yang kau tu dah jadi isteri orang. Nak bantai isteri orang pun, isteri abang dia sendiri. Kurang asam betullah!" Hurai Ayeen marah.
Afshin tersenyum. "Amboi, sedap pula korang mengata adik ipar aku." Kata Afshin.
"Bukan mengatalah kak. Kita kan bercerita." Jawab Haziq.
"Betul tu, betul. Aku setuju." Ujar Ayeen.
Afshin senyum tak sudah melihat Ayeen dan Haziq saling melengkapi antara satu sama lain. "Hm, yelah. Aku nampak korang ni macam ada something je. Tak nak share dekat aku ke?" Tanya Afshin.
"Haish, kau ni. Tahu benar pasal aku eh!" Ayeen menampar tangan Afshin.
"Auch, sakitlah Ayeen. Share lah dengan aku. Aku pun nak tahu. Rahsia rahsia pulak korang ni." Pipi Ayeen blushing.
Haziq dan Ayeen berpandangan. "Kitorang couple je. Tak special sangatlah, kan sayang." Ujar Haziq.
"Heheh, ya. Tak special sangat pun." Ayeen tersipu malu.
Afshin gembira mendengar. Tak disangkanya hubungan Ayeen dengan Haziq menjadi sampai ke tahap itu. "Sweetnya, korang! Aku tumpang gembira." Ujar Afshin.
Haziq dan Ayeen tersenyum malu. Malu malu sukalah tu! "Eh, Afshin. Kau tak nak minum air kau ke? Minumlah, sia sia aku belanja." Ujar Ayeen.
Afshin menggeleng. Bukan apa, tapi bila fikir balik pasal bibir dia ni belum sihat sepenuhnya. Tambahan lagi kalau Ayeen nampak, mesti dia marah teruk dengan Azrul.
"Bukalah mask kau tu. Minumlah. Penat aku cari duit tau." Ayeen membuat muka comel.
"Ish, sudah sudahlah kau buat muka comel kau tu. Takde makna dekat aku!" Ujar Afshin.
"Takpe sayang. Muka comel sayang tu mahal dekat biy tau." Haziq tersenyum.
Ayeen sudah tersipu malu dengan pickupline dari Haziq. Afshin yang berada disitu meluat melihat mereka.
"Nak termuntah aku dengar." Gurau Afshin.
"Tak sayang mulut ke makcik oi. Baik kau minum sekarang sebelum aku paksa kau minum." Tegas Ayeen.
"Huwaa, tegas naw! Yelah aku minum!" Afshin membuka pelitup muka.
Wajahnya terdedah. "Ya Allah, Afshin! Kenapa dengan muka kau ni!? Bibir kau tu kenapa?" Ayeen membelek belek wajah Afshin.
Risau dia dengan Afshin yang kian lama kian menderita kerana Azrul. Kalau dia memberi cadangan supaya Afshin memfailkan penceraian mesti Afshin mengendahkannya. Sayang sangat sepupunya ni dengan suami dia yang buat dirinya menderita.
"Ayeen, aku tak apa apalah. Kau janganlah risau. Aku tahu apa yang aku patut buat dan aku tahu apa yang tak patut aku buat." Ujar Afshin.
"Akak kenapa tak lapor polis je. Kes macam ni biasanya boleh sampai mahkamah tahu tak kak? Macam mana nanti kalau family akak tahu? Tak ke naya nanti Azrul tu." Ujar Haziq.
"Betul tu, aku setuju. Kau janganlah balik balik nak mengalah dengan suami kau tu. Kalau kau nak report, serahkan dekat Haziq. Haziq ni inspektor tau." Kata Ayeen.
"Aku tak boleh buat semua tu. Aku dengan dia dah.." Afshin menghentikan kata katanya.
"Kau dengan dia kenapa? Terlanjur?" Tanya Ayeen.
Afshin mengangguk perlahan. Ayeen tidak puas hati. " Kenapa kau bagi diri engkau dekat dia?! Kau tahu kan yang lelaki tu tak sayang dekat engkau langsung. Kalau dia tak nak anak tu macam mana? Lagi lagi kes kembar dia dengan kau tu yang buat dia tak percaya dekat engkau. Engkau tak fikir ke semua tu, Afshin? Yang sudah nanti kau juga." Marah Ayeen.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA MR. COMPLICATED
Romantik"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...