BERSYUKUR KEPADA ALLAH , Afshin dan kandungannya tidak apa apa . Afshin menangis . Masih teringat tentang arwah Faisal yang sanggup menggadai nyawa demi kebahagiaannya dengan Azrul . Sebelum menghembuskan nafas terakhir , Faisal sempat lagi berbisik kepada Azrul agar menjaga Afshin dan anak anak yang bakal dilahirkan dengan baik . Sembap mata Afshin .
Azrul memegang tangan isterinya bagi menguatkan semangat isterinya . Tahu benar dia dengan isterinya . Mudah berasa kasihan terhadap sesama manusia .
" Af rasa , Af tak mampu tinggal dekat Teratak ni . Dah banyak perkara yang berlaku dekat sini . " Afshin mengatur nafas perlahan .
" Sayang , dah jangan nangis . Takmau nangis nangis macam ni . Okay , takpe . Buat masa sekarang ni , apa kata kita tidur dekat rumah mama papa . Kita cari rumah baru , jual teratak ni . " Jawab Azrul .
Ya , rumah inilah yang menjadi saksi penderitaannya selama ini . Kali ini , dia tidak dapat menahan . Emosinya seakan akan bertambah kacau . Asyik teringat sejarah hitam yang berlaku di Teratak 'AfRul' . Disinilah kali pertama dia di pukul oleh Azrul . Disinilah dia ditinggalkan berseorangan kerana Azrul sedang bernikah dengan Asyifa . Disinilah juga , dia mendapatkan zuriat pertamanya . Pahit . Tidak dapat dibendung lagi .
NEW HOUSE , NEW us . Rumah yang bertemakan vintage menjadi pilihan mereka . Pertama kali mereka mengunjungi rumah baru mereka , kembar tiga tersebut mulai melakukan beberapa pergerakan di dalam perut . Maklumlah , Afshin kini berada dalam fasa trimester ketiga . Sedang menunggu hari . Bayi lebih banyak bergerak tika ini .
Majlis kenduri sedang berlangsung di rumah baru mereka . Afshin menghidangkan makanan buat keluarga . Azrul pula menyambut kedatangan tetamu .
Dilihatnya Azrul sedang beramah mesra dengan seorang wanita . Rasa cemburu pula melekat di hati . Dah nak ada anak kembar tiga pun , masih lagi nak beramah mesra dengan perempuan lain . Azrul berjalan ke arahnya . Afshin menjeling lalu berjalan perlahan lahan ke dapur .
Belum sempat Afshin melangkah ke bahagian dapur , tendangan kembar tiga di dalam perut Afshin memberikan rasa sakit . tetapi dalam masa singkat sahaja terasa . Azrul yang melihatnya , langsung kearah Afshin .
" Sayang , sayang duduklah dulu . Biar abang yang buat . Kasihan anak anak daddy ni . Mama dia perlu rehat . " Azrul mengusap kandungan isterinya .
Afshin menolak lembut tangan Azrul . " Tak payah . Layanlah tetamu abang tu . Dia nak kena teman . "
Muncung mulut Afshin merajuk . Azrul tertawa . Lahaii cemburu pulak mak buyung ni !
" Ouu , okay . Abang layan tetamu abang dulu . " Azrul mengorak langkah berpura pura mahu mendekati tetamu perempuan .
Afshin menjeling lagi . Sakit di perutnya bertambah pula . Afshin melabuhkan punggung seketika diatas kerusi . Di tahannya rasa sakit . Mungkin kontraksi sementara sahaja . Azrul pula sengaja membuat isterinya cemburu . Padan muka lagi nak suruh orang layan tetamu , kan . Padan muka AHAAHHAAH .
AFSHIN MENGATUR NAFAS bagi mengurangkan rasa sakit di perut . Bahagian belakang juga sakit . Sejak semalam lagi dia berasa tidak selesa dengan keadaan nya . Sampai tidak tidur dia semalaman kerana keadaan yang tidak selesa . Azrul tidur dekat ruang tamu . Siapa suruh layan tetamu perempuan macam layan isteri sendiri ? Kena kunci lah jawabnya dari dalam bilik .
Tok .. tok .. tok ..
Ketukan daun pintu dari luar bilik . Afshin menggagahkan diri berdiri dengan keadaan yang tidak selesa . Bila daun pintu dibukanya , letupan kecil Afshin rasakan . Terkejut Afshin . Lelehan air mengalir ke lantai bercampur dengan darah . Ketubannya pecah !
Azrul juga turut terkejut . Azrul bergegas mengangkat Afshin ke perut kereta . Perlahan lahan dia mengatur langkah . Kereta di pandu laju ke hospital bahagian kecemasan . Afshin menahan sakit . Azrul memegang kandungan isterinya . Sesampai di hospital , Afshin di masukkan ke dalam wad bagi menunggu bukaan rahim sehingga 10 cm .
Semakin besar bukaan nya , semakin Afshin merasakan kontraksi . Kekejangan berterusan . Afshin berjalan perlahan Lahan di dalam wad bagi memudahkan bukaan rahim dipapah Azrul .
" Sayang , istighfar ya sayang . sayang kuat , kan ? Untuk anak anak kita . " Azrul memberi kata kata semangat .
Mengalir air mata jantannya melihat Afshin dalam kesakitan . Pukul 3 petang , bukaannya baru sahaja 4 cm . Menggigil badan Afshin kesakitan . Azrul sedia berada di sebelah nya . Diikuti loya dan mual mual terasa seakan akan membuatkan dirinya merasa sangat letih . Tepat pukul 12 tengah malam , akhirnya bukaan rahim mencecah 10 cm . Afshin di larikan ke dewan bersalin .
Azrul turut sama berlari mengikuti Afshin . Afshin menggenggam kuat tangan Azrul . Beberapa kali meneran , Areeq Ayden Rafiqie bin Azrul Khalid akhirnya lahir . Azrul tersenyum gembira melihat anak lelaki sulungnya . Azrul memberi sokongan kata kata semangat untuk melahirkan anak kembar kedua mereka . Ateeq Aeyra Rafiqin , anak perempuan menjadi anak kedua . Akhir sekali , Areef Aryan Raqizi anak bungsu mereka berjantina lelaki .
Air mata Azrul bertambah lebat . Afshin bersalin dengan lancar . Dihadiahkan beberapa kucupan di dahi . Selepas 16 jam menunggu kelahiran kembar tiga mereka , akhirnya 2 lelaki 1 perempuan .
AZRUL MELAUNGKAN AZAN bagi kedua anak lelakinya dan iqamat bagi anak perempuan . Afshin menangis tanda gembira . Akhirnya , mereka mempunyai cahaya mata . Selepas bertahun tahun disertakan dengan 2 kali keguguran . Afshin mencium anaknya satu persatu .
Azrul pula menghadiahkan kucupan manis di ubun ubun isterinya . Ucapan terima kasih sambil menangis kegembiraan Azrul . Kedua belah keluarga datang melawat kembar tiga . Haira tersenyum lebar . Bakal ada adik lelaki dan perempuan . Ada teman bawa main nanti !
" Comelnya , macam muka mama dia . " Datin Aisyah menggendong Areeq Ayden Rafiqie .
" Ehh , taklah . Diorang sebijik macam Azrul . " Ujar Datin Iza tidak mahu kalah sambil menggendong Ateeq Aeyra Rafiqin .
" Takde takde . Semua nya sama muka dengan kitorang berdua . " Sampuk Azrul menggendong Areef Aryan Raqizi .
" Areeq , jangan jadi macam papa . Suka sangat menyampuk . " Balas Datin Iza .
Semua tergelak sakan . Comel . Mungil . Anak anak Azrul dan Afshin menjadi tumpuan keluarga . Jikalau menangis , pandai pula beri kepada Afshin .
Azrul memanjat kesyukuran . Akhirnya , dia menjadi seorang ayah kepada tiga beradik kembar . Ber bin dan berbinti kan Azrul Khalid . Terima kasih kepada Afshin yang selama ini bersabar dengan perangai Azrul sehingga ke hari ini .
Terima kasih , ya Allah . Memberikan kami peluang berbahagia bersama .
Keluarga kecil mereka sudah lengkap . Lepas ni , memang tutup kilang lah jawabnya . Azrul tidak mahu lagi melihat Afshin dalam kesakitan bersalin . Mahu sahaja menggantikan tempat isterinya .
Kebahagiaan akan sentiasa ada untuk manusia yang sentiasa bersabar . Ya Mujib , Ya Basir . Allah yang maha kuasa atas segalanya . Terima kasih ya Allah atas kebahagiaan kami sekeluarga .

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...