BAB 34

1.5K 64 113
                                    

AFSHIN TERKEJUT MELIHAT bajunya berselerak dihadapan pagar utama Teratak 'AfRul' . Loceng ditekan berkali kali . Asyifa yang melihat Afshin terkial kial menekan loceng berkali kali tersenyum suka . Langkahnya terhenti dihadapan pagar Teratak .

" Hm . Like I said , he's mine . " Ujar Afshin sambil memeluk tubuhnya .

" Apa awak dah buat , Asyifa ! Berhentilah buat saya dan Azrul merana . Saya tahu awak ada orang lain . Awak tak sayang pun Azrul . Awak cuma memperalatkan Azrul ! " Ujar Afshin .

" Diam ! " Jerit Asyifa .

" Aku benci kau ! Aku benci tengok kau dengan Azrul bahagia . Aku tak suka kau gembira . Aku benci kau setiap kali kau dekat dengan Azrul ! Aku benci kau ! " Tambah Asyifa .

" Awak nak benci saya , bencilah Asyifa . Tapi kenapa awak bunuh anak saya ? Anak saya tak bersalah sekalipun . " Gugur air matanya .

Asyifa tertawa jahat melihat air mata Afshin berguguran . " Kesian kau , Afshin . Anak kau yang aku gugurkan tu memang tak guna . Macam mak dia juga ! Tak guna ! Cukup kau rampas Azrul dari aku , takkanlah anak kau yang dah mati tu aku biarkan dia rampas Azrul ! No , Afshin no ! Aku tak bodoh macam kau . " Asyifa gembira berkata .

Geram Afshin dengan kata kata Asyifa . Lantas dia menarik rambut Asyifa . Geram tidak terkata didalam hatinya . Asyifa pula tertawa suka .

" Kau dah buat silap , Afshin . " Asyifa tersenyum sinis melihat kereta Azrul datang mendekat dengan mereka .

" Afshin ! " Jerit Azrul .

Azrul keluar dari perut kereta dan lantas menolak Afshin jauh dari Asyifa . Asyifa berpura pura menangis .

" You , dia serang I . I kata dengan dia yang you halau dia dari rumah tapi dia serang I . " Gedik Asyifa berkata .

" Ya , aku yang halau kau keluar dari rumah ni ! Kau dah takde apa apa lagi aku nak ! Semua harta mak bapak kau , aku dah ambil ! Kau keluar dari rumah ni . " Ujar Azrul .

" Abang , tolonglah jangan buat Afshin macam ni . Bukan Afshin yang bunuh anak kita . Asyifa yang bunuh anak kita . Tolonglah , abang . " Rayu Afshin teresak esak .

" Ahh , aku muak kau tuduh Asyifa berkali kali ! Kalau dah salah tu , salahlah ! Jangan nak tuduh orang je kerja engkau ! " Jerit Azrul .

" Abang , tolonglah percaya Afshin . " Afshin memegang tangan Azrul penuh dengan keraguan .

Azrul menarik kasar tangannya daripada pegangan Afshin . Benci dia melihat Afshin merayu kepadanya . Benci dia pada Afshin . Tiada satu pun perasaan kasihan terhadap Afshin dihatinya . Matanya melihat Afshin penuh dengan perasaan benci dan dendam .

" Cukup , Afshin ! Aku benci kau . Kau baliklah ke kondo ! Kau jangan sesekali keluar dari kondo tu ! Sekali lagi aku tengok kau keluar dengan mana mana jantan , aku takkan bagi kau peluang lagi . " Azrul menolak tubuh Afshin sehingga tersembam jatuh ke lantai .

Azrul masuk ke dalam teratak 'AfRul' tanpa melihat belakang walau sekalipun . Asyifa tersenyum sinis melihat Afshin dibuat sebegitu . Segala tangisan Afshin menjadi kegembiraan dihati .

MALAM YANG SUNYI menemani Afshin bersama tangisannya . Apalah nasibnya sebagai seorang isteri kepada Azrul sehingga menyebabkan dia menderita sebegini . Kenapa bila dia dan Azrul bahagia mesti ada sahaja orang sekeliling mereka tidak berpuas hati . Segala pertanyaan difikiran disimpan kemas dihati .

Mesej dari Me dan Farid dibiarkan tidak terjawab . Bertalu talu nada dering mesej masuk . Diambilnya telefonnya dan ditekannya mod senyap . Ikut hatinya , malam ini dia mahu melepaskan segala derita yang ada dihati . Namun bertambah kusut dirinya dengan setiap kata kata yang Azrul lontarkan kepadanya mahupun Asyifa .

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now