PERUT AFSHIN YANG masih lagi belum membuncit diusap Datin Aisyah dan Datin Iza. Tidak sabar mereka mahu menimang cucu.
"Azrul jaga Afshin baik baik. Jangan biarkan dia tinggal sorang sorang." Pesan Datin Aisyah sebelum mereka berangkat pulang.
"Baik, mama." Azrul menyelam lembut tangan mertuanya.
"Afshin pun jaga diri, jaga pemakanan. Jangan aktif sangat." Nasihat Datin Iza.
Afshin mengangguk dan menyalam lembut tangan mertuanya. "Kami balik dulu, ya. " Datin Aisyah melambaikan tangannya.
"Baik mama. Hati hati bawa kereta tu papa." Ujar Afshin.
Kereta milik keluarga Afshin meluncur keluar dari perkarangan teratak 'AfRul'. Kini tinggallah Afshin, Azrul dan keluarga dari pihak Azrul. Datin Iza memeluk tubuh Afshin dan mencium pipinya dengan penuh kasih sayang.
"Azrul jangan biarkan Asyifa dekat dengan Afshin. Mama tak nak dengar apa apa lagi pergaduhan diantara kamu, Afshin dan Asyifa. Kalau mama dengar juga hal hal yang tak bagus mama dengar, Azrul yang mama salahkan." Datin Iza memberi amaran.
Bukan apa, takut sahaja dia Afshin diapa apakan oleh Asyifa. "Ma, jangan risaulah. Anak mama ni tahu juga apa yang patut dibuat. Asalkan Me tak ganggu Afshin, takkan adalah perkara buruk terjadi." Ujar Azrul.
"Hm, yelah. Mama balik dulu. Afshin, jaga cucu mama baik baik ye." Pesan Datin Iza.
"Baik mama. Bye, Assalamualaikum." Afshin melambaikan tangannya.
Kereta Alphard milik keluarga Azrul juga bergerak balik ke rumah masing masing. Afshin merenung lama wajah Azrul yang tampan.
"Terima kasih, abang jemput semua keluarga datang ke teratak." Afshin memeluk tubuh Azrul tetapi tidak terlalu lama.
Azrul yang tidak puas hati dipeluk sekejap sahaja oleh isterinya, lantas menyambung pelukan tersebut lama. Afhsin yang tidak boleh menghidu bau suaminya meronta ronta dilepaskan.
"Abang, lepaslah. Afshin tak boleh hidu bau badan abang." Afshin mulai menahan loya ditekaknya.
"Biarlah, aku tak boleh jauh dengan kau. Kalau kau jauh dari aku, aku rasa kau tak selamat." Ujar Azrul.
Afshin yang menahan loya menolak Azrul dan berlari laju ke bilik air. Azrul turut mengikutinya dari belakang. Azrul mengusap belakang Afshin bagi memudahkan muntah Afshin keluar. Azrul berasa serba salah dengan Afshin.
"Maaf, aku tak tahu pun kau boleh muntah teruk macam ni." Azrul memapah Afshin ke bilik nya.
Afshin tersenyum. "Takpe, maaf juga sebab tertolak abang tadi." Ujar Afshin.
"Alah, kau tolak semut pun tak lari tau tak." Perli Azrul.
Afshin ketawa. "Abang, nak tanya boleh?" Tanya Afshin.
"Tanyalah." Jawab Azrul.
"Tapi janji jangan marah Afshin, okay?" Ujar Afshin.
"Hm, straight to the point please." Kata Azrul.
"Asyifa mana?" Takut takut Afshin berkata.
Azrul mengeluh besar. Azrul dan isterinya melabuhkan punggung diatas katil. "Afshin, buat masa sekarang ni kau tak payah fikir pasal orang lain. Kau fikir pasal kau dengan anak kita je. Asyifa tak penting buat masa sekarang ni." Ujar Azrul.
"Tapi abang. Dia pun isteri abang. Takkanlah sebab saya mengandung je abang abaikan dia . Ingat abang, isteri abang ada dua. Abang kenalah layan isteri abang sama rata. Tak boleh nak lebihkan dengan yang satu, yang kedua pula kesian diabaikan." Nasihat Afshin.
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...