AFSHIN MENANGIS TERESAK esak bersendirian didalam bilik tetamu. Sudah tiga jam Afshin terperap didalam bilik. Tingkah laku Azrul sangat menyakitkan hatinya. Air mata jatuh mengalir tidak tertahan sakit dihati.
Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk. Tombol pintu dipulas ganas oleh si pengetuk pintu.
"Afshin, buka pintu ni." Dingin Azrul berkata.
Afshin bergegas membuka pintu. Sebaik sahaja pintu di buka olehnya, Azrul tangkas menarik rambutnya dan menutup rapat daun pintu. Afshin mengadu kesakitan.
"Boleh pulak kau tunjuk perasaan kau dekat rumah aku! Sebenarnya aku yang patut marah kau sebab kau ni perempuan yang jenis tak puas dengan satu! Kau dah jadi isteri aku, sekarang kau nak pula adik aku. Mesti kau ada plan nak bunuh aku kan? Yelah, aku kan selalu jahat dengan kau. Adik aku pula hero engkau. Betulkan apa yang aku cakap?" Azrul menolak tubuh Afshin dan mencengkam dagunya.
Tambah berjujuran air mata Afshin dibuatnya. Sakit dengan layanan teruk dari Azrul dan dituduh macam macam dari mulut suaminya. Afshin menggelengkan kepala untuk menidakkan semua perkara yang dilontarkan oleh Azrul kepadanya.
"Eih, kau ni menguji kesabaran aku betullah! Kau tahu tak aku tak tahan tengok muka kau ni. Jijik kau tahu tak!" Azrul meludah wajah Afshin.
Perasaan Azrul terlalu jijik dengan wanita yang ada dihadapan matanya. Sakit betul hatinya dengan Afshin. Perasaan egonya dan nafsunya semakin meninggi. Azrul mengucup bibir isterinya sekali digigitnya sehingga koyak. Afshin menahan kesakitan. Tidak mampu dia berbuat apa apa. Azrul terlalu kuat buatnya. Hanya air mata menjadi saksi kesakitannya.
Azrul menolak Afshin keatas katil. Afshin cuba melarikan diri, namun tidak dapat. Azrul Duluan merentap kakinya dan ditarik. Azrul mendekatkan dirinya dengan Afshin. Afshin tidak berdaya berbuat apa apa. Tangisannya berpanjangan.
JAM MENUNJUKKAN PUKUL tiga subuh. Azrul terbangun dari tidur melihat dia dan Afshin tidak memakai sebarang busana. Dikejutkan Afshin yang sedang lena disebelahnya.
"Afshin, bangun." Afshin mengesat matanya mencuba kembali ke realiti.
Afshin yang terkejut melihat Azrul dan dia tanpa busana lantas menarik selimut menutupi tubuhnya. "Kau guna baju engkau, balik sekarang." Arah Azrul.
Azrul kembali memakai bajunya dan berlalu pergi. Afshin ketakutan menangis teresak esak. Rasanya disebabkan peristiwa semalam, dia tidak lagi suci. Azrul sudah meragut jiwa sucinya. Afshin menangis seketika dan lantas memakai bajunya dan berlalu pergi. Dengan bibirnya yang luka kerana gigitan Azrul tidak seharusnya dilihat Datin Iza dan sekeluarga. Mungkin dia terpaksa mengambil cuti sakit buat masa sementara untuk merawat luka dari luaran mahupun dalaman. Perlahan lahan dia meninggalkan banglo milik keluarga suaminya.
Azrul pula jauh melihat Afshin dari tingkap biliknya. Memastikan isterinya benar benar pergi dari banglo milik keluarganya. Selesai dia melihat bayangan kereta Afshin menjauh dari banglo, Azrul kembali membaringkan tubuhnya bersebelahan Asyifa. Peristiwa semalam difikirnya sejenak. Namun menghilang selepas dia terlena dalam mimpi.
Afshin pula tidak habis habis menangis. Tidak dapat dia tidur dengan nyenyak memikirkan segalanya tentang Azrul. Tidak faham sungguh dia dengan Azrul. Segala tomahan yang Azrul lontarkan, kata kata yang menyakitkan hatinya segar dikotak fikirkan. Tambahan lagi dengan peristiwa semalam, dapat mengusutkan dirinya. Air mata menjadi penemannya dikala dia benar benar sedih.
Dengan cara Azrul melayannya, dia tahu Azrul tidak akan pernah mencintainya mahupun menyayanginya. Namun hatinya keras berkata Azrul adalah segalanya buatnya. Afshin berkeras mencintai Azrul sedangkan suaminya tidak pernah menyayanginya langsung.
Azan subuh mulai berkumandang. Afshin sebagai umat Islam lantas menyiapkan dirinya untuk sujud kepada Allah SWT diatas sejadah. Dalam doanya diselit nama Azrul. Segala keperitan dihati diluahkan kepadaNya. Menangis teresak esak Afshin. Berharap doanya akan dimakbulkan.
Habis sahaja dia menunaikan solat fardhu dan solat sunat, perasaannya kembali tenang sedikit demi sedikit. Tenang dirinya selepas bersujud kepada Ilahi. Afshin melelapkan matanya dengan secara perlahan lahan. Diatas katil empuk, dia tertidur lena.
TERKEJUT AZRUL MELIHAT dirinya diikat. Dia cuba meleraikan ikatan tersebut namun tidak dapat. Tiba tiba datangnya seorang perempuan memegang kayu dan dipukulnya badan Azrul. Terasa sakit badannya dibuat sebegitu. Tiba tiba muncul lagi seorang perempuan. Sangat dikenalinya, Afshin. Afshin lantas berlari kearahnya dan membuka ikatan tali dibadannya. Mereka berlari bersama memegang tangan. Namun lama kelamaan, dia merasa Afshin terasa jauh. Semakin lama, bayangan isterinya mulai hilang.
MAINAN TIDUR MEMBUATKAN Azrul terbangun dari tidur. Dilihatnya Asyifa masih lagi lena disebelahnya. Risau Azrul dengan Afshin. Takut sahaja dia melarikan diri kerana layanan buruknya kepada isteri pertamanya. Azrul turun ke bawah dan melihat bilik tetamu mencari Afshin.
Kosong.
Telefonnya dicapai dan mendail nombor telefon Afshin. Tidak terjawab panggilannya. Dia lantas meninggalkan banglo keluarganya dan meninggalkan Asyifa bersendirian disana.
Pecut keretanya ke kondominium tempat Afshin tinggal. Diketuknya kuat daun pintu tersebut.
"Afshin, Afshin!" Jerit Azrul tidak kisah dengan orang disekelilingnya.
Afshin yang terdengar suara Azrul cepat cepat membuka daun pintu. Azrul memanjat syukur keatasNya dalam hati. "Kenapa kau lambat buka pintu?" Azrul melangkah masuk kedalam kondominium.
"Maaflah, saya tertidur. Awak nak sarapan? Saya boleh buatkan." Ujar Afshin.
"Boleh juga." Azrul melabuhkan punggungnya diatas sofa.
Afshin bergegas menyiapkan sarapan pagi. Tercalit senyumannya melihat Azrul kembali kepadanya. Tiada lagi rasa ego, amarah dan layanan buruk Azrul untuknya. Namun, itu takkan bertahan lama. Setiap hari, mesti ada sahaja Azrul akan melayannya dengan buruk, memarahinya secara tiba tiba dan egonya tiba tiba datang.
Tiba tiba tangan seseorang merangkul pinggangnya. Dilihatnya Azrul dari belakang memeluknya. Jantung Afshin berdetak laju. Azrul memusingkan badannya kearahnya.
Dilihatnya kesan gigitan dibibir Afshin. Terbit rasa bersalah. "Kan aku dah cakap, jangan buat aku benci engkau. Kalau kau nak aku sayang kau, kau kenalah buat aku sayang kau. Ini tidak, asyik buat aku naik hantu je." Azrul mengusap lembut pipinya.
"Maafkan saya, Azr.."
"Bukan Azrul, abang." Tambah berdegup jantung Afshin.
Bibirnya tercalit senyuman manis. Suka. "Betul ke ni? Terima kasih, abang." Afshin memeluk tubuh Azrul.
Azrul cuba menyembunyikan senyuman dibibir. "Dah, dah. Apakata kau masak dulu. Hangus kang mee goreng tu baru tahu." Azrul meleraikan pelukan isterinya.
"Hehe, baik bos. Abang rehat rehatlah dulu dekat ruang tamu. Nanti bila dah siap hidang, Afshin panggil abang." Azrul lantas bergerak kembali ke ruang tamu.
Siapa tidak suka kalau Azrul melayannya dengan baik sebegitu. Biar setitik kebaikan Azrul terhadapnya, Afshin tersenyum suka. Jarang sekali Azrul melayannya dengan baik. Itupun masih lagi dengan sifat dinginnya.
Hidangan siap terhidang diatas meja makan. Belum sempat Afshin memanggil Azrul, Azrul sudahpun terpacak diatas kerusi meja makan. Bau mee goreng dapat mengusik dirinya. Tidak tertahan dia menunggu Afshin memanggilnya, dia segera melabuhkan punggung. Afshin mencapai penyepit dan meletakkan mee goreng kedalam pinggan Azrul.
Azrul melahap mee goreng tersebut.
Sedapnya!Jatuh cinta dia dengan mee goreng Afshin. "Abang, jangan lahap sangat. Nanti tersedak." Ujar Afshin.
Mahu dikatakan hari ini adalah hari senyuman Afshin. Meskipun semalam adalah peristiwa yang sangat menyakitkan hati, hari ini Azrul kembali membawa sinar didalam hidupnya.
MAAFKAN AUTHOR SEBAB LAMA TAK UPDATE NOVEL CINTA MR. COMPLICATED🙇🏻♀️ HANDPHONE AUTHOR BARU BARU NI ROSAK 😉✨ namun bersyukur kita hari ini, AUTHOR dapat sambung semula novel kita💓 okaylaa salam Samyang dan assalamualaikum dari author dan Adilaaa16💕
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romans"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...