BAB 66

1.4K 18 3
                                        

AZRUL MELEMPAR KERTAS keputusan hasil DNA ( deoxyiribonucleic acid ) di wajah Asyifa . Benci dia melihat muka Asyifa . Ujian menunjukkan seratus peratus anak dalam kandungan Asyifa bukanlah anaknya .

Asyifa hanya bersahaja sambil memeluk tubuh

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Asyifa hanya bersahaja sambil memeluk tubuh . " I still wife you . You kenalah tanggungjawab . "

" Nak tanggungjawab apa lagi ?! Bukti dah ada depan mata ! " Jerkah Azrul .

" Habis tu , you nak ceraikan I ? Hey , you ingat sikit . Walaupun anak dalam kandungan ni bukan anak you , you tetap kena tanggungjawab dengan apa yang you dah buat dekat I selama ni . You tinggalkan I sorang sorang , pergi dengan perempuan tak guna ni , ingat I tak sakit hati ke ? I taknak dengar apa apa lagi , ceraikan I ! " Balas Asyifa .

" Kerja gila apa yang kau cakap ni hah ?! Aku takkan tanggungjawab . Pandai pandailah kau dengan kekasih gelap kau tu . Kikis harta jer kerja korang ! I tak sangka . Selama ni I dah buat benda salah . Kahwin dengan you selepas seminggu nikah dengan Afshin , is the biggest mistake I've ever had . " Amarah Azrul bertambah .

Kata kata Asyifa menambahkan marak api yang menyala dalam dirinya . Tidak tersangka , wanita yang di percaya nya seratus peratus menipunya selama ini . Rasa bersalah terhadap Afshin juga membukit dalam hati . Deritanya Afshin sepanjang mereka menjadi suami isteri akibat Asyifa yang licik dalam mereka cerita .

" Asyifa , aku ce.. "

" Abang , cukup . Abang tak patut ceraikan Asyifa . Dia masih lagi mengandung . Nanti apa pula kata orang kalau dengar pasal hubungan abang dengan Asyifa ? Bertambah masalah jadinya . Kalau nak cerai sangat , tunggu Asyifa habis berpantang . " Afshin memotong percakapan suaminya .

Kasihan juga dengan Asyifa dan anak yang belum lahir . Sebagai suami , Azrul tetap kena tanggungjawab . Mahu tidak mahu , itulah kenyataannya walaupun pahit ditelan .

" Are you kidding me , Afshin ? Dia dah buat hubungan kita kucar kacir tapi masih lagi kasihan dekat Asyifa ? Tolonglah , Afshin . Jangan nak baik sangat . " Geram Azrul dengan kata kata Afshin .

Tidak sakitkah hati Afshin selepas segala yang dilakukan Asyifa ? Kenapa perlu bertanggungjawab lagi sedangkan itu bukan zuriatnya ?

" Asyifa pun manusia . Takkan kita nak kejam dengan sesama manusia ? Please , abang . " Rayu Afshin .

Azrul mengeluh berat . Ujian apakah ini ? Kenapa dia perlu menghadapi semuanya ? Ya Allah , hambamu penat ya Allah . Bantulah hambamu ini ya Allah .

" WOI ! " Panggil Asyifa .

Afshin berhenti dari terus melangkah turun dari tangga . Berpaling kearah Asyifa .

" Kau jangan nak jadi baiklah , Afshin ! Aku tahu , kau saja kan nak kata macam tu dekat Azrul . Nak jadi acah acah baik . " Sengaja Asyifa berkata sedemikian .

" Dah habis cakap ? Aku jalan dulu . " Afshin menyusun langkah pergi .

Asyifa cuba menolak Afshin dari belakang . Tetapi sempat Afshin mengelak . Asyifa jatuh tersungkur dari tangga kerana tolakannya tidak mengena Afshin .

CINTA MR. COMPLICATEDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang