BAB 6

1.5K 57 3
                                    

AZRUL TERBANGUN SEBAIK sahaja menyedari lampu bilik masih terang menderang. Dilihatnya Afshin tertidur duduk diatas lantai bersandarkan katil mereka. Tersenyum dia melihat wajah isterinya.

"Af, bangun Af. Naik atas tilam." Azrul menggoncangkan tubuh isterinya lembut .

"Erm apa?" Ujar Afshin sambil tertutup mata.

Comel sahaja Azrul melihat Afshin. "Tidur atas. Sini aku papahkan." Azrul terus memapah Afshin keatas tilam dan membetulkan tubuh Afshin.

Diselimutnya badan Afshin. Dilihatnya beberapa beg bagasi yang sudah tersedia dikemas. Terdetik perasaan kasihan terhadap isterinya. Namun, egonya dapat menghalang perasaan tersebut. Tembok ego yang diciptanya sejak dia sudah bergelar suami kepada Afshin. Dia tidak boleh mencintai isterinya, Afshin kerana hatinya sudah dimiliki.

"Hmm, kau kena ingat kau tu kahwin paksa." Cepat cepat dia menghilangkan perasaan kasihan dilubuk hatinya.

JAM SUDAHPUN MENUNJUKKAN pukul 9.00am. Afshin masih lagi tidak berganjak dari katil. Masih tidur agaknya kerana penat mengemas barang keperluan mereka.

Azrul membiarkan isterinya meneruskan tidur. Lantas dia turun kebawah menikmati sarapan yang disediakan.

"Morning ma, pa." Azrul melabuhkan punggung.

"Mana Af?" Tanya Datin Iza.

"Tidur. Biarlah dia, penat semalam packing barang." Selamba Azrul.

"Rul, I hope this time your marriage bertahan. Jangan sampai kahwin ni terpaksa sebab saham syarikat je mama paksa apa semua . Rul tahukan kalau papa tahu yang Rul buat plan just nak acting depan papa, papa akan buat apa." Dato Azri memberi amaran.

"Ya, insyaallah Rul buat yang terbaik. Papa janganlah risau." Tipu Azrul.

AFSHIN MENGESAT MATANYA dan melihat jam sudahpun beralih ke pukul 9.30am. Lantas dia bergegas ke bilik air dan menyiapkan dirinya. Hari ini adalah hari dimana mereka akan tinggal sebumbung buat kali pertama.

"Hei, dah bangun. Ingatkan nak tunggu matahari tegak atas kepala baru ingat nak bangun." Perli Azrul.

"Awak dah mandi?" Azrul mengangguk.

"Kau pergilah sarapan dekat bawah." Arah Azrul sambil melabuhkan punggung dibirai katil.

"Taknaklah. Ni, pergi rumah kita jam berapa?" Tanya Afshin lagi.

"Lepas kau sarapan. Dah jangan nak buang tebiat, pergi sarapan sana! Nanti gastrik baru tahu!" Afshin menggeleng.

"Taknak. Saya juga yang gastrik, bukan awak!" Afshin tetap mengeras.

"Aih kau ni! Asal keras kepala sangat ni! I said, breakfast now!" Ujar Azrul dengan nada yang sedikit mengeras.

"No!" Afshin tetap menidak.

Azrul menarik tangan isterinya ke meja tangan. Panas hatinya akan kedegilan Afshin. Dicedoknya mee goreng bihun kedalam pinggan dan meletakkan dihadapan Afshin. Afshin merenung tajam wajah Azrul. Sakit hati kerana dipaksa sebegini.

"Eat now, nanti gastrik macam mana? Macam budaklah kau ni!" Bentak Azrul.

Afshin terus memasukkan mee goreng bihun kedalam mulut. Sedikit demi sedikit, akhirnya mee tersebut habis dimakan Afshin.

"Macam tulah, ni nak kena paksa baru nak makan. Bukan mee tu nak makan kau pun!" Afshin hanya memekakkan telinga.

Takut ada sahaja jawapan yang akan diberi suaminya nanti jikalau dia menjawab. Takkan habis peperangan mulut kalau nak berlawan dengan Azrul.

"Yalah, yalah. Dah jangan bebel bebel. Saya dah habis makan dah ni, kan?" Ujar Afshin lembut.

"Dah jom gerak. Dah jam berapa dah ni." Afshin mengangguk dan lantas mengikut jejak langkah suaminya.

Satu per satu beg bagasi masuk kedalam bonet kereta milik Azrul. Mereka menyalam tangan Datin Iza dan Dato' Azrie menandakan selamat tinggal.

"Ma, kami jalan dulu." Ujar Azrul.

"Ya, baik baik memandu tu. Afshin ingat pesan mama tau!" Afshin mengangguk perlahan.

Perlahan lahan kereta milik Azrul jauh dari perkarangan banglo milik keluarganya. Suasana didalam kereta sunyi sepi. Hanya radio sahaja yang memekak didalam kereta.

"Jadi, harini kita akan memainkan lagu daripada 'Alif Satar' yang berjudul 'Sesungguhnya aku'." Ujar penyampai radio tersebut.

Afshin tanpa segan silu lantas menguatkan suara radio tersebut. Yalah, lagu favourite ni! Takkan nak lepaskan peluang dengar lagu favourite woi!

Apa kurasa
Tak pernahku duga
Hadir dirimu
Merubah semua

Dan tanpa kusedari
Kau mengajar diriku
Membawa hidup
Erti baru

Sesungguhnya aku
Telah jatuh pada dirimu

"Bisinglah! Dahlah suara macam katak, ada hati nak menyanyi." Azrul mengecilkan suara radio.

"Hei apa awak ni! Cari pasal, eh?" Marah Afshin.

"Apa, kereta aku. suka hati akulah!" Ujar Azrul.

"Ee.. awak ni kan!?" Geram Afshin.

"Apa, eleh ingat aku takut! Jangan harap, dahlah pendek!" Ejek Azrul.

"Diamlah. Dahlah takda perasaan, acah hensem pulak tu! Ada ja otak tu berfikir nak sakitkan hati orang, kan?" Azrul tertawa.

Puas dia melihat Afshin geram terhadapnya. "Kesian, sakit benar hati engkau, ek?" Tambah geram Afshin dibuatnya.

"Suka hati awaklah! Poyo!" Malas dia mahu melayan karenah suaminya yang entah apa saja dilontarkan kepadanya.

Azrul masih ketawa berdekah, airpods milik Afshin dipasang dicuping telinga dan lantas menyambung rangkaian airpods dengan telefon bimbitnya. Lagu 'Salem Ilese' yang berjudul 'Mad At Disney' bermain digegendang telinga. Hilang sikit rasa geram Afshin terhadap suaminya mendengar dendangan lagu tersebut.

HAI WATTPADERS!
AMACAM? OKEE KE IDOK??
HEHE, SORRYLAH LAMBAT SANGAT
UPDATE!
SEBAB SEKOLAH DAH MULAKAN,
JADI AUTHOR SIBUK, HEHE:)
ADA YANG CAKAP DAH BERKULAT TUNGGU BAB SETERUSNYA😂
SORRY SANGAT" YER

BY THE WAY!
THANK YOU SINGGAH DEKAT NOVEL NI YANG TAK SEBERAPA!

SALAM SAMYANG DARI,
Adilaaa16
fardahk
fardahfk
IsmaHani126

BYE! gudluck untuk para pelajar, jangan stress" laa;) tapi yang memberi nasihat ni jugak stress AHAHAHA,
Tak, tipu je, Hehe
Bye!

CINTA MR. COMPLICATEDWhere stories live. Discover now