BERKALI KALI AYEEN mencuba mendail nombor kakak sepupunya , Afshin , namun tidak terjawab . Risau dia dengan Afshin selepas dia mendapat tahu bahawa Afshin sudahpun mendaftar keluar dari hospital semalam . Apa yang berlaku semalam , segalanya telah Ifgan beritahu kepada Ayeen . Tambah gelisah dia .
" Awak , kita balik dulu okay . In shaa Allah nanti kak Af ada balas . Kita tunggu khabar dari dia , okay ? " Ujar Haziq .
" Ya , betul tu . Baik cik dan encik pulang dulu . And then , tunggu khabar dari Afshin . Kita husnuzon dulu , okay ? " Tambah Ifgan .
Ayeen mengeluh berat . Berat dia mahu menunggu khabar dari kakak sepupunya . Kalau ikutkan hati , memang dia hendak terobos sahaja kondominium milik Azrul . Namun dia berfikir pula apa akan jadi jikalau dia terus menerobos masuk ke dalam kondominium . Mesti masalah Afshin semakin besar .
SEMENJAK KEJADIAN TEMPOH hari , Azrul kerap pulang ke kondominium . Sebabnya , Afshin tidak tahu sama sekali .
Afshin berada di ruang dapur menyiapkan makan malam . Manakala Azrul berlimpangan diatas sofa . Azrul memicit micit kepalanya . Sakit kepalanya sejak pagi tadi . Panadol dua tablet sudah juga dia telan , tetapi masih lagi sakit . Baginya , tambah berat pula kepalanya dirasa . Tidak tertahan , Azrul berdiri dan berjalan ke ruang dapur .
Dilihatnya figura Afshin sedang menggaru asam pedas diatas dapur gas . " Afshin ... " panggil Azrul sambil menyandarkan kepalanya ke dinding .
Afshin menoleh kearah Azrul . " Iya abang . Abang nak apa apa ke ? "
" hmm , kau urutkan kepala aku ni . " Ujar Azrul malas .
" Abang , abang kenapa ni ? Abang ada sakit dekat mana mana ke ? Abang dah makan ubat ? " Bertubi tubi pertanyaan dari Afshin .
" Shh , bingit telinga aku ! Kau nak tolong ke tak nak ni ! " Rimas Azrul mendengar pertanyaan Afshin .
Afshin mematikan dapur gas dan mencuci tangan . Selepas itu , tangan Azrul dicapainya masuk ke ruang tamu .
" Abang baring dekat sini dulu . Afshin ambil minyak angin , okay ? " Afshin berlalu pergi .
Namun , cepat tangan Azrul menyambar tangan Afshin . " Aku baring dekat sofa ni tambah pening aku , bahlul . Kau nak aku mati cepat ke apa ni ! "
Afshin menelan liur . " Maafkan Afshin , abang . "
Azrul menjeling tajam Afshin dan berlalu pergi ke bilik . Afshin hanya menundukkan pandangan dan mengikuti jejak langkah Azrul dari belakang . Azrul membaringkan tubuh sasa nya diatas katil . Afshin pula mengambil minyak angin . Afshin membuka minyak angin dan menyapukan minyak angin ke tangannya .
Azrul yang menghidu bau minyak angin tersebut lantas terduduk . Tidak suka dia dengan bau minyak angin tersebut . Rasa loya ditekaknya . Azrul lantas berlari ke tandas dan mengeluarkan segalanya yang berada di perut . Perit tekaknya dirasa .
Afshin berlari mengikuti Azrul . " Astaghfirullahalazim , abang ! Abang okay tak ni ? "
Bertambah risau Afshin melihat suaminya sebegitu rupa . Di usapnya belakang Azrul .
" Minyak angin apa kau pakai ni ? Bau kau tahu tak ! " Azrul menyambung rasa loyanya .
Afshin mengerut dahi . Selama ini , Azrul baik baik sahaja menghidu bau minyak angin tersebut . Entah kenapa hari ini Azrul begitu sedemikian .
" Kau ni ! Tak pernah nak buat aku tenang ! " Bertambah pening Azrul .
" Afshin minta maaf sangat sangat, abang . Takpe , meh Afshin papahkan abang masuk bilik . "
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...