'AKU MINTA SANGAT sangat. Jangan jatuh cinta dekat aku. Semua tu buat aku tersiksa.' Itulah kata kata terakhir dari Azrul untuk Afshin pada hari itu. Sungguh dia terasa hati dengan segala kata kata yang Azrul ucapkan padanya hari ini. Air matanya terus menerus jatuh. Seakan akan air matanya pada hari ini adalah teman baiknya.
"Afshin, janganlah nangis macam ni. Mak Mah risaulah." Ujar Mak Mah.
Macam mana dia tidak risau, lama Afshin menangis terperuk dalam bilik. Selepas mereka sibuk kemas kesemua barang Afshin dari bilik utama, Afshin hanya terperuk didalam bilik. Makanan pun tidak disentuhnya. Takut Kak Mah Afshin jatuh sakit.
Mak Mah mengusap kepala Afshin menenangkan hati majikannya daripada terus meratapi nasib. "Af, janganlah macam ni. Kalau Datin Iza tengok Af macam ni tambahlah rasa bersalahnya terhadap kamu." Ujar Mak Mah.
"Mak Mah, kenapa Af tak boleh cintakan laki Af sendiri. Apa salah Af." Ujar Afshin tersedu sedan.
"Tak salah, Af. Azrul yang salah dalam semua perkara ni. Af janganlah nangis." Pujuk Mak Mah.
"Terima kasih, Mak Mah sebab ada bila Af susah." Afshin memeluk tubuh Mak Mah.
"Ya, kamu janganlah sedih macam ni. Susah hati Mak Mah." Mak Mah membalas pelukan.
Lama mereka berpelukan. Air matanya diusap Mak Mah. Senyumannya mulai terukir.
"Macam nilah Afshin yang Mak Mah kenal. Senyum dia manis sangat." Puji Mak Mah.
Tambah tersenyum manis Afshin. "Dah, Af jangan nangis ye. Mak nak pegi masak untuk makan malam. Kamu rehatlah dulu. Nanti bila makanan siap dihidang, Mak Mah panggil." Afshin mengangguk laju.
Mak Mah berdiri dan lantas mengorak langkah ke dapur. Afshin yang kini bersendirian tinggal didalam bilik memikirkan tentang keluarganya. Macam mana kalau keluarganya tahu akan perkahwinan Azrul selepas dua minggu mereka berkahwin. Macam mana pula kalau Ayeen tahu? Semua soalan belum terungkai. Jalan buntu yang difikirkannya. Afshin mencapai telefon miliknya dan melihat teks pesanan dari Me.
Me; Kau dekat mana?
12:30amAfshin; Saya dekat rumah.Kenapa awak cari
saya? ada apa yang saya
Boleh bantu?
7:12pmMe; Ouh, kau dah makan?
7:13pmAfshin; Baru nak makan.
Majlis semua dah habis ke?
Mama dekat mana?
7:13pmMe; Dah, semua dah settle.
Tunggu habis tiga hari
Azrul dekat sana baru
Kita bincang pasal hal
Ni.
7:14pmAfshin; Ouh, okay. Yelah
saya nak tolong Mak
Mah memasak dulu,
bye. Assalamualaikum.
7:14pm"SO, AF MACAM MANA? Okay?" Tanya Datin Iza.
"Okay je ma. Mama tak payah risaulah." Jawab Me bersahaja.
"Me, Af tu manusia. Dia ada perasaan. Ingat mama tak tahu ke yang dia dah jatuh cinta dengan Azrul?" Ujar Datin Iza.
"Yes, I know it ma. Af memang dah jatuh cinta dengan Azrul. Sebenarnya dalam hal ni salah kita juga sebab mengiyakan syarat bodoh Azrul sebelum diorang kahwin. Last last, orang yang tak bersalah yang kena tempias. Kalau keluarga Af tahu pasal wedding of the year Azrul buat kali kedua macam mana? Mama tak fikir ke pasal perasaan diorang." Marah Me.
"Ya, mama tahu mama salah dalam hal ni. Mama yang setuju dengan syarat Azrul. Mama pun ada perasaan. Mama bersalah sangat dengan Afshin." Ujar Datin Iza dengan nada mendatar.
![](https://img.wattpad.com/cover/251941030-288-k465899.jpg)
YOU ARE READING
CINTA MR. COMPLICATED
Romance"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...