"KAU MASUK TIDURLAH dulu. Biar aku kemas." Arah Azrul.
"Eh, tak payahlah. Biar Afshin tolong abang." Afshin memberikan senyuman manis kepada Azrul.
"Tak payah nak senyum sangatlah." Azrul menutup wajah Afshin dengan telapak tangannya.
Afshin ketawa. " Yelah, takpe ke kalau abang kemas semuanya sendirian?" Tanya Afshin mahukan kepastian.
"Ya, takpe. Bukannya dapur tu nak makan aku pun. Aku kemas je pun." Tambah tergelak Afshin.
"Dah, kau masuklah bilik kau. Rehat rehat." Azrul memusingkan badan isterinya kearah biliknya.
"Okay, Afshin tidur dulu. Bye." Afshin berlalu pergi.
Tercalit senyuman dibibir Azrul melihat karenah Afshin. Senyuman dan tawanya membuatkan Azrul kembali ceria seperti dulu. Namun tidak terlalu ceria. Sedikit demi sedikit dia cuba untuk membuka hatinya dengan Afshin tetapi banyak sahaja halangan yang ditempuhnya.
"Oh, my god. Are you fall in love with her, Azrul Khalid?" Suara Asyifa terdengar dihalwa telinganya.
Dilihatnya Asyifa memeluk tubuh sambil memandangnya tajam. Sengaja Azrul memaling muka. Malas hendak layan amarah Asyifa.
"Hey, jangan buat I tak wujud dekat sini! I ask you again, are you fall in love with that bitch?!" Jerit Asyifa geram.
"Stop being childish, Asyifa! I dah bosan dengar you memekak hari hari?!" Bentak Azrul.
Asyifa mencuba mencium pipi Azrul namun ditepisnya. "Buat masa sekarang ni, I tak nak tengok muka you. You yang buat hal, you kena tanggung sendiri!" Pandangan tajam diberikan kepada Asyifa.
Azrul masuk ke dalam bilik Afshin.
Asyifa menghentak kakinya gedik sambil memanggil nama Azrul. Afshin didalam bilik masih lagi belum tidur. Mendengar pergaduhan kecil diantara suaminya dan madunya membuatkan dirinya kacau."Kenapa kau belum tidur lagi? Esok kau ada check up kan. Kau kenalah tidur awal." Ujar Azrul.
"Abang, Afshin nak tanya boleh?" Tanya Afshin.
"Tanyalah. Apa dia?" Jawab Azrul.
"Abang dengan Asyifa dah lama kenal ke?" Tanya Afshin.
"Kenapa kau nak tahu? Tu urusan aku dengan dia. Kau tak payahlah sibuk pasal orang lain." Jawab Azrul tidak senang dengan pertanyaan Afshin.
Afshin terdiam. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. "Esok Afshin ikut abang pergi kerja ke tidak?" Tanya Afshin lagi sengaja menukar topik.
"Kenapa? Kau dah penat ikut aku ke?" Pertanyaan dibalas pertanyaan.
"Taklah, Afshin tanya je." Senyuman kelat diberikan Afshin. Tersinggung dengan kata kata Azrul.
"Dah larut malam ni. Jom tidur." Ujar Azrul.
Afshin mengangguk dan membaringkan tubuhnya diatas katil. Tangan Azrul mendarat ke perut Afshin. Afshin hanya membiarkan.
"Aku tahu aku kasar dekat kau. Cuma, aku tak suka kau tanya tentang Asyifa. Kau jangan ambil hati. Aku cuma nak kau fokus pasal anak kita." Ujar Azrul.
Afshin tersenyum sambil mengangguk perlahan. Terubat hatinya daripada terasa tersinggung dengan Azrul. "Dah, dah. Tidur, esok kita nak jumpa mama lagi. Nak buat check up lagi. Rasanya banyak benda yang kena buat esok." Senyuman dingin Azrul berikan.
Afshin ketawa suka. Senyuman dingin terasa lucu buatnya. "Aku suruh kau tidur, bukan ketawa. Kenapa? Buruk sangatkah aku senyum?" Tanya Azrul tidak berpuas hati.
"Senyum abang tu, hensem sangat! Cair hati Af ni tau!" Jawab Afshin.
"Sudahlah, tidurlah. Kau nak aku dodoikan kau ke apa ni?" Tambah Afshin ketawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA MR. COMPLICATED
Storie d'amore"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I will make you suffer!" ~ Azrul Khalid "No matter what the situation, I will get you Azrul...