"MANALAH tempat ni," rungut Fattah. Sudah setengah jam dia hampir berlegar-legar di tempat yang sama, namun tidak berjumpa juga bangunan tempat tinggal Zahhar. Apa yang ada hanya deretan kedai. Fattah mula berasa resah. Betul ke tidak alamat yang zahhar beri ni? Betul ke zahhar tinggal di kawasan sini. Kalau mengikut alamat, memang betul.
Fattah tertinjau-tinjau lagi. Dia berusaha mencari tempat tinggal Zahhar sehinggalah mangkuk tingkat terlepas dari tangannya. Terkejut Fattah apabila tidak semena-mena ada seorang budak lelaki terlanggar badannya.
"Maaf, maaf, Anaqi tak sengaja," kata budak lelaki bernama Anaqi itu sambil mempamerkan wajah takut dan serba salah.
Mangkuk tingkat sudah berterabur di atas lantai bersama isinya sekali, nasi dan sepat ronggeng goreng semata-mata. Sengaja mak Fattah sediakan buat bekalan. Lepas untuk makan malam pun jadilah.
Bimbang benar kat sini tak ada kedai makan. setidak-tidaknya buat satu malam, Fattah tidak kelaparan.
"Tak apa. Saya pun tak nampak adik." Fattah tunduk mengutip mangkuk tingkatnya bukan kata rezeki Fattah, nak buat macam mana lagi Tuhan sudah tentukan begitu. Tapi putih juga mata Fattah melihat rezeki yang sudah bukan miliknya.
"Maaf, bang. Anaqi betul-betul tak nampak. Anaqi memang tak sengaja nak langgar abang."
Kelam-kabut Anaqi makin menjadi-jadi. Kenapalah dia cuai benar sampai tak boleh kenal tiang dengan orang. Bukannya gelap-gelita. Kalau sungguh pun tiang, gamak ke saja-saja nak langgar. Kesimpulannya, Anaqi memang tidak sengaja.
"Anaqi..." Seorang lagi budak lelaki melaung.
"Kejap," balas Anaqi sambil cuba membantu
Fattah mengutip mangkuk tingkatnya.
"Tak apa dik, saya boleh buat." Kalut juga Fattah mengutip mangkut tingkatnya. Sambil tu sempat lagi Fattah menjeling sekilas ke arah Anaqi. Dia nak tolong kutip mangkuk tingkat dengan seluar paras lutut lagu tu? Ketat pula, baik tak payah tolong. Satgi aku pandang benda lain pula, kata hati kecil Fattah. Jadi wayang percuma saja. Tak senonohnya. Fattah mengangkat muka lantas memandang ke arah Anaqi. Muka hensem. Tapi kenapa pakai seluar macam tu? lelaki tak cukup comel pakai lagu tu. Anak siapalah ni.
Kalut Anaqi mengeluarkan duit selepas itu. Dalam beg duit berwarna biru, hanya ada cukup-cukup seratus ringgit. Papa kata tak boleh minta duit sampai hujung bulan. Hujung bulan bukan dua hari lagi tapi ada tiga belas hari. Masalah besar nanti. Tak apa, Anaqi tak perlukannya. Lelaki yang nampak seperti baru turun dari bas, entah dari kampung mana itu, lebih memerlukannya. Beg pakaian dan beg plastik jadi saksi penting, Anaqi tak salah teka. Sah dari kampung. Mungkin mahu mencari kerja. Nasi putih dan ikan kering jadi saksi kedua. Itu yang buat Anaqi jatuh kasihan. Tetapi ada sesuatu yang benar-benar membuatkan Anaqi jadi kasihan. Wajah lelaki itu memang ada aura kasihan. Wajah dia lembut dan tenang.
"Abang ambil duit ni, ya. Sebagai ganti Anaqi jatuhkan bekalan abang." Anaqi menghulur juga wang kertas seratus ringgit yang tinggal. Kata papa kalau mahu bersedekah, jangan teragak-agak. Namanya tidak ikhlas kalau main agak-agak. Nak sedekah, bagi terus. Wajah lembut dan tenang itu Anaqi tatap tak sudah. Ya, ada manis yang susah Anaqi huraikan dengan kata-kata.
Mata Fattah memandang Anaqi. Mata kecil dan mata besar berlaga. Mata Anaqi kecil saja, mata Fattah yang terlebih besar. Fattah tak marah dengan huluran wang ringgit itu. Mana tau budaya orang di sini suka sedeka duit kalau buat salah. Fattah kena faham. Dia kena ikut rentak orang. Mana boleh masuk kandang rimau bunyi kambing. Tak lama hiduplah jawabnya.
"Tak apa. dik tak salah. Saya yang tak perasan."
Ya, Fattah pun sama salah. Dia jalan sambl membaca alamat rumah Zahhar. Jadi sama-sama salah. Sama-sama tak nampak.
"Ambillah, Anaqi ikhlas ni."
"Tak apa." Kalut Fattah mengambil beg pakaian, beg plastik dan juga mangkuk tingkat sekali.
"Assalamualaikum," ucap Fattah sebelum mengatur langkah. Tapi sebelum itu, matanya memandang nasi dan sepat ronggeng goreng yang jadi habuan lantai. Itulah masakan terakhir emak yang tidak sempat dijamah. Sayu pandangan Fattah lemparkan buat bekalan tersebut
Anaqi tahu lelaki dari kampung entah mana itu sedih melihat nasi dan ikan masin yang berterabur di atas lantai. Cara pandangannya juga Anaqi dapat merasakan kesedihan lelaki berkenaan. Mana tahu dia tak ada duit mahu makan. Mana tahu itulah bekalan makanan yang dia ada. Mana tahu dia memang orang susah. Dan satu-satu air mata Anaqi jatuh.
"Anaqi, kenapa kau menangis?" Akim gelak. Tengok air mata Anaqi, rasa macam tengok muka Mr. Bean. Lawak habis. Tiba-tiba boleh menangis. Apa hal pula.
"Aku tak boleh tengok orang miskin." Gelak Akim mati. Akim mula tidak kenal siapa Anaqi yang sebenarnya. Selalunya Anaqi tidak begitu. Selalunya Anaqi main redah saja. Mana ada belas kasihan. Bukan Akim tak kenal siapa Anaqi. Tapi ada sesuatu yang Akim nampak dan sebenarnya baru kejap tadi dia ternampak.
"Anaqi," panggil budak lelaki bertubuh kurus dan berkulit putih. Budak lelaki itu sebaya dengan Anaqi, berumur 23 tahun. Dia berasa pelik dengan sikap Anaqi. Seperti mahu tergelak, tapi sungguh tak sampai hati. Jatuh kesian pun ada
Anaqi memandang wajah Akim. "Kau percaya tak cinta pandang pertama?" soal Akim.
"Tanya aku soalan tu kenapa?" soal Anaqi balik sambil menyapu air matanya.
"Aku rasa kau jatuh cinta kat lelaki tadi tu." Akim bantai gelak dengan kuat. Lawak betul Anaqi ni.
"Karut!" bantah Anaqi.
"Aku kenal kau bukan sehari dua. Sejak aku kenal dunia ni lagi aku dah berkawan dengan kau. Dan seumur hidup aku, aku tak pernah tengok kau macam ni. Tapi dengan lelaki tu tadi, kau berikan satu respons yang sangat pelik," kata Akim lagi, namun ketawanya sudah mula reda.
"Sebab aku kesian, okey." Anaqi membulatkan matanya. Geram melihat Akim. Entah apa yang lucu sehingga boleh ketawa sampai macam Macamlah lawak sangat. itu sekali. "Nak ribut taufan ke kejap lagi sampai Anaqi Amran boleh berubah macam tu sekali. Setahu akulah, Anaqi yang aku kenal memang hati kering, mana pernah kasihan kat orang."
"Aku kesian, okey." Anaqi masih mempertahankan kata-katanya.
"Serius?"
"Seriuslah. Takkanlah bodoh sangat nak jatuh cinta dengan orang yang entah siapa-siapa tu. Dahlah. Jom kita balik." Anaqi menolak bahu Akim. Geram sudah. Kut ya pun nak buat lawak, agak-agaklah.
Akim menurut. Dia mengatur langkah sedangkan Anaqi masih lagi terpandang nasi yang berterabur di atas lantai. Dia menarik nafas perlahan. Kemudian dia tertanya sendiri, kenapa tiba-tiba saja dia ditimpa perasaan begitu?
Pelik dan ajaib.
"Weh, ajak aku jalan, tapi kau masih tercegat kat situ," laung Akim. Memang dia tak faham dengan perangai Anaqi pada hari ini.
Cepat-cepat Anaqi mengatur langkah, takut Akim menjerit lagi
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...