BAB 51

1.1K 44 2
                                    

"Semalam  Abang Aqil ada jumpa dengan abang. Dia dah mengaku salah dia." Fattah sekadar memandang wajah Anaqi yang tidak begitu ceria sejak akhir-akhir ini.

"Mengaku pula salah," rungut Anaqi.

"Anaqi, jangan cakap macam tu. Abang tak suka. Besar mana pun salah dia, dia tetap abang Anaqi. Lagipun bukan ramai abang Anaqi. Dia seorang sajalah. Kenapa nak dendam lama-lama. Tak baik tau tak."

"Abang tak faham perasaan Anaqi."

"Abang faham. Abang pun biasa bergaduh dengan adik-beradik abang yang lain. Memang masing- masing berat nak minta maaf sebab masing-masing tak nak mengaku kalah. Tapi dalam soal Anaqi dengan Abang Aqil ni, abang rasa eloklah Anaqi dulu yang mulakan. Anaqi kan adik."

"Tapi Anaqi tak salah."

"Beralah tidak semestinya kita salah. Kalau demi kebaikan bersama, apa salahnya Anaqi mengalah."

"Hati Anaqi sakit sangat. Sebab jantan tu, Abang Aqil tampar Anaqi."

"Anaqi, kerana cinta, orang sanggup buat apa saja. Macam Anaqi sukakan abang. Anaqi sanggup buat apa saja agar abang terima Anaqi. Anaqi tak rasa ke, sebab cinta, kita boleh jadi orang lain?"

Anaqi mengeluh panjang. Nampaknya dia yang perlu mengalah kali ini.

Anaqi membuka pintu peti sejuk perlahan. Baru dia mahu menuang air ke dalam gelas, Aqil muncul tiba-tiba. Anaqi menjeling dengan hujung mata. Pada waktu itu ringan saja mulutnya mahu menyapa, namun bila teringat semula pipi yang menerima tamparan Aqil, Anaqi mematikan hajatnya. Perasaan Anaqi masih berbekas. Mana mungkin dia boleh lupa begitu saja.

Selepas minum, Anaqi membasuh gelas, kemudian dengan selamba dia melangkah tanpa mahu melihat wajah Aqil.

"Abang minta maaf sebab tampar Anaqi dulu. Abang mengaku abang salah," kata Aqil Waqiah tiba-tiba. Tangan Anaqi ditarik perlahan.

"Abang salah. Abang minta maaf."

Anaqi memandang wajah Aqil. Air dicincang tak akan putus. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

"Anaqi pun minta maaf sebab terlampau busy body. Anaqi salah sebab campur tangan dalam urusan abang." Air mata Anaqi mula mengalir.

"Taklah. Abang yang salah. Sepatutnya abang tidak boleh ambil keputusan terburu-buru menghukum Anaqi. Abang perlu siasat perkara tersebut tapi abang hanya tahu menyalahkan Anaqi saja." Aqil memeluk Anaqi dengan erat. Inilah satu- satunya adik yang Aqil ada, kenapalah dia boleh bertindak kurang wajar.

Anaqi sudah tidak terkata. Dia menangis di dada Aqil semahunya.

"Ampunkan Anaqi bang, lepas ni Anaqi janji, Anaqi takkan sibuk-sibuk lagi."

"Hesy, mana boleh macam tu. Itu tandanya Anaqi tak sayangkan abang lagi." Aqil mencium rambut Anaqi.

"Ini dah berapa hari tak basuh rambut? Masam betul. Macam mana kalau Fattah cium nanti." Aqil menolak perlahan kepala Anaqi. Mahu bergurau seperti sebelum-sebelum ini.

"Abang jangan nak main tuduh-tuduh. Petang tadi baru Anaqi cuci rambut." Anaqi mencium hujung rambutnya. Masih wangi lagi.

"Tak adalah. Abang gurau aje," balas Aqil. Gembira dia kerana hubungan mereka sudah pulih seperti biasa.

Si dia yang comelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang