BAB 60

1.3K 41 0
                                    

"Selamat Pagi semua!" ucap Anaqi sewaktu sampai ke meja makan. Ketika itu hanya Akim dan Kak Alya saja yang ada. Mereka yang lain masih tidak kelihatan. Akim memegang rambut Anaqi.

"Mak, basahlah!" kata Akim sambil tergelak. gatalnya.

"Amboi, Budak-budak sekarang  memang gatal," kata Kak Alya.

"Memang betul tu. Akim pula yang melebih. Akim memang macam tu," kata Anaqi.

"Habis dah belajar, mestilah pandai." Akim pertahankan dirinya.

"Bab itu aje yang kamu rajin nak belajar, bab lain malas," balas Kak Alya. Akim tersengih nakal.

Geram aje Anaqi tengok dia ni.

"Errr... Kau nak berbulan madu ke mana?" soal Akim sambil memotòng bawang untuk dibuat nasi goreng. Nasi lebihan semalam.

"Belum rancang lagi," jawab Anaqi sambil membasuh tangan kerana ingin tolong meramas nasi sejuk. Dia teringat pada zaman kanak-kanak mereka. Suka benar main masak-masak. Tapi sampai sekarang, seorang pun tak pandai masak.

"Hmmm, nenek dengar dulu, Tengku Zafrul nak bawa kamu ke Maldives, tapi dah tak jadi. Kalau tidak, mungkin kamu merasa pergi Maldives." Hajah Faridah tiba-tiba menyampuk. Entah dari mana munculnya. Dia yang bercadang hendak tinggal di rumah Datin Roslina untuk memanaskan keadaan.

Akim terus memandang Anaqi. Tahu Anaqi memang kurang suka dengan neneknya itu. Akim nampak Anaqi macam nak bercakap tapi Akim mencubit tangan Anaqi. Tak mahu dia bergaduh dengan Hajah Faridah. Faham sangat dengan Anaqi yang memang pakar dalam mencari pasal. Akim tidak suka kalau Anaqi bersikap kurang ajar. Dari kecil mereka dididik agar menghormati orang tua.

"Tak fahamlah nenek dengan kamu ni, Anaqi.Dah boleh dapat hidup senang, saja nak tolak tuah!" Hajah Faridah seperti mengeluh. Anaqi terdiam juga tidak mahu cakap apa-apa. Yang penting sekarang ini, dia sudah menjadi suami Fattah. Mahu membina bahagia bersama Fattah. Suka hatilah mahu kata apa.

"Yang penting sekarang ni, hati mau senang. Tarak senang kalu tidur atas duit pun tak boleh senang ma!" Anaiq membuat lawak tiba-tiba. Tergelak Akim jadinya. Tahu Anaqi tu kalau bercakap akan cakap lepas saja. Bukan dia kira siapa. Masa itu juga Hajah Faridah menarik muka masam.

"Nenek memang nak tengok, kamu tu bahagia sampai mana. Sudahlah satu kerja rumah pun kamu tak pandai buat. Esok-esok kalau kamu menyesal, nenek akan tepuk tangan saja," tempelak Hajah Faridah.

"Tak apa, Anaqi akan pastikan nenek tak sempat tepuk tangan," balas Anaqi dengan perasaan geram.

"Assalamualaikum..." Tengku Zafrul muncul sambil tersengih. La, dia ni kacau betul. Pagi-pagi dah menyibuk datang ke rumah orang. Makin galak pula datangnya. Dulu bukan main susah. Dah tak ada kerja sangat ke? Bebel Anaqi dalam hati. Sejak akhir-akhir ini kerap benar Tengku Zafrul mengunjungi mereka.

"Waalaikumussalam." Hajah Faridah jawab sambil tersenyum mesra.

"Duduklah Zafrul. Dari rumah ke ni?" soal Hajah Faridah dengan ramah.

"Hmmm, ingat nak tolong apa yang patut, manalah tahu ada kerja ke," jawab Tengku Zafrul sambil duduk dekat dengan Anaqi. Anaiq mengangkat mangkuk nasi yang sudah siap dileraikan. Anaqi serahkan kepada Kak Alya. Dia yang bakal menggoreng nasi nanti.

"Dah tak ada apa-apa nak tolong. Bukannya buat kenduri depan rumah." Anaqi tolong jawab dengan perasaan kurang senang. Dia juga agak pelik dengan sikap Tengku Zafrul sejak kebelakangan ini. Lain betul perangainya.

"Kalau begitu, tolong tengok sajalah ya." Tengku Zafrul cuba buat lawak namun lawaknya tak bersambut.

"Tak kelakar pun," balas Anaqi sambil mencebik.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now