BAB 28

898 43 0
                                    

Anaqi tetap tidak berpuas hati. Semasa makan tengah hari, dia mendesak Fattah untuk beritahu hal yang sebenar. Namun Fattah hanya tersenyum saja. Biarlah rahsia. Itu saja jawapan selamat daripada Fattah.

"Emmm, minggu ni abang nak balik kampung. Anaqi nak ikut abang?" soal Raees, menutup segala desakan Anaqi. Rasanya Anaqi sudah perlu dibawa balik untuk diperkenalkan kepada ibu bapanya.

"Nak." Laju saja Anaqi memberi jawapan tanpa berfikir apa-apa lagi.

"Betul nak ikut?" soal Fattah lagi.

"Yalah, abang ingat Anaqi main-main?"

"Manalah tahu rasa terpaksa pula nak ikut abang balik. Maklumlah, abang kan orang kampung. Takut Anaqi tak biasa masuk kampung. Kampung banyak nyamuk."

"Tak biasa, biasakan. Ke mana saja abang bawa Anaqi, pasti Anaqi ikut. Abang jangan bimbang pasal tu. Lagipun Anaqi nak kenal keluarga abang." Fattah menjeling sekilas. Sebenarnya dia sendiri rasa sangat berbesar hati dengan kesungguhan Anaqi apatah lagi dengan harapan Dato Johan. Fattah benar-benar tidak menyangka dia bakal bertemu dengan orang yang baik dan mempunyai berbudi pekerti yang amat tinggi. Semua itu adalah rezeki. Bertemu dengan orang yang baik-baik juga adalah rezeki. Alhamdulillah. Fattah rasa sungguh bertuah

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now