Fattah tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya. Syukur alhamdulillah. Orang pertama yang wajib diberitahu tentang berita gembira itu ialah emaknya, Puan Lisa. Sudah tentu berkat doa seorang ibu, termakbul hajatnya mencari rezeki jauh dari kampung halaman. Sebaik sahaja meninggalkan pejabat tadi, Fattah terus menghubungi Puan Lisa. Tidak sabar-sabar lagi untuk berkongsi berita gembira.
"Mak, saya dah dapat kerja ni. Esok saya mula kerja," beritahu Fattah dengan rasa girang sebaik sahaja salamnya dijawab oleh Puan Lisa.
"Alhamdulillah. Senang hati mak dengaq. Kerja elok-elok tau. Bukan senang nak dapat kerja sekarang ni." Pesanan seorang ibu.
"Insya-Allah mak, saya akan berusaha untuk bekerja dengan baik. Nak habaq mak benda tu aje. Saya nak pi bank ni, nak buat kad. Nanti malam saya telefon mak lagi. Kirim salam kat ayah. Assalamualaikum mak." Kelam-kabut saja bunyi suara Fattah. Gembira berbaur rasa tidak percaya. Disebabkan masih ada kerja yang mahu dibuat, terpaksa Fattah memendekkan perbualan mereka Kalau boleh, mahu sembang lebih lama lagi.
"Waalaikumussalam. Pi la. Hati-hati." Lega perasaan Puan Lisa. Doanya sudah dimakbulkan. Puan Lisa menyimpan telefon bimbit ke dalam poket baju kurung kemudian sambung menyapu daun-daun kering yang jatuh bertaburan di halaman rumah.
"Mia, anak kak dapat kerja!" laung Puan Lisa ketika Puan Mia, jiran yang betul-betul bersebelahan rumahnya kalut bagi makan ayam.
"Ya ka? Alhamdulillah. Tak sia-sia Fattah tinggalkan kampung. Dapat juga dia kerja tu. Bila dia mula kerja?"
Puan Mia mula melangkah menghampiri halaman rumah Puan Lisa. Beberapa ekor anak ayam masih mengekori langkah Puan Mia. Minta ditabur lagi dengan dedak.
"Fattah cakap, esok dia mula kerja."
Tak sudah senyuman menghiasi bibir Puan Lisa. Ada juga rezeki buat anak lelaki tunggalnya. Puan Lisa duduk pula di pangkin bawah pokok pelan yang sedang berbuah lebat untuk melepaskan rasa penat. Angin dari sawah bertiup membawa rasa yang nyaman. Pokok-pokok padi yang mula terbit buahnya menari-nari mengikut rentak angin.
"Lega perasaan kak," kata Puan Lisa lagi.
Puan Mia tumpang duduk sama di atas pangkin.
"Tapi kak teringat dia. Risau perut sejak dia pi." Puan Lisa menyapu pula peluh di dahi.
"Dia dah besag. Taulah jaga diri. Kak tok sah dok ingat sangat. Susah hati sangat nanti darah naik lagi. Kak doakan dia baik-baik sudahlah." Puan Mia Cuba memberi nasihat Masing-masing sudah ada. Penyakit pula susah diramal.
"Tu anak, Mia. Hati mak mana yang tak risau." Selari hanya suara Puan Lisa.
Bibit-bibit rindu itu sudah mula menjengah. Siapa yang tidak rindukan anak? Walau sudah lama, anak tetap. Tetap juga bimbang. Tetap juga teringat selalu.
"Macam tu la masa Zahhar pi dulu. Tak lalu juga makan dalam masa. Tapi kita nak buat macam mana, depa dah besaq. Mana kita boleh halang. Lagipun sampai bila nak duduk bawah ketiak kita. Depa pun kena ada kehidupan sendiri, "pujuk Puan Mia dengan bersungguh.
Puan Lisa menarik nafas dalam-dalam. Perasaan lega bercampur bimbang. Masa yang diperlukan, Puan Lisa nampak Jebat sedang mengayuh basikal menghala ke arah rumahnya.
"Kalau kak tak pi pinang Jebat dulu , rasanya Fattah tak merajuk sampai bawa diri lagu ni, "kata Puan Lisa lagi.
"Taklah kak, Fattah memang nak mintak kerja kut. Bukan pasai Jebat."
"Tu la, kak yang gatai pi pinang Jebat tak habag kat Fattah. Sudahnya Fattah malu." Menyesal sungguh Puan Lisa kompilasi itu kerana memandai-mandai sendiri. Sudahnya Jebat tolak bulat-bulat.
"Kak tak tau ka, dia dok bergila dengan Mail. Satu kampung dah tau," bisik Puan Mia apabila Jebat sudah hampir benar dengan mereka.
"Mail cucu Odah soget ka?"
"Ha la, budak tu la. Mana segak pun. Hitam legam. Nak banding dengan Fattah jauh sangat. Serupa langit dengan bumi saja." Galak Puan Mia. Geram sebenarnya sebab dia pernah impikan Jebat jadi menantu.
"Dah dia berkenan yang punya warna tu, kita nak buat macam mana. Selera masing-masing," kata Puan Lisa sambil jauh rasa marah dan dendam. Sudah tertulis Jebat bukan jodoh Fattah. Mahu diapakan lagi. Takkan hanya kerana perkara sekecil itu yang mahu hidup dalam dendam. Hidup juga bukan lama mana.
"Assalamualaikum, awai parlimen bersidang. Ada isu tergempaq ka?" Jebat menongkat basikal. Kemudian bersalaman dengan Puan Lisa dan Puan Mia.
"Parlimen kami biasalah, bersidang selalu," perli Puan Mia.
"Hang tak kerja ka hari ni?" soal Puan Lisa.
"Cuti, mak nak pi hospital. Jebat kena hantaq mak. Adik-beradik lain payah sikit. Errr, sebenarnya Jebat nak mintak daun kunyit sikit." Jebat terus saja beritahu hajat dia bertandang ke rumah Puan Lisa.
"Daun kunyit rumah hang mana pi?" soal Puan Mia
"Habis siput babi makan," kata Jebat sambil berjalan ke arah rumpun kunyit milik Puan Lisa yang tidak jauh dari pangkin.
"Tak sekolah betui siput babi rumah hang tu, Sampai daun kunyit pun balun habis." Puan Mia belum lagi. Terus Puan Mariana menarik baju Puan Mia. Tidak mahu Puan Mia menyindir lagi. Cukup sudah.
Puan Mia terdiam.
"Err ... Fattah mana? Dua hari tak nampak," soal Jebat sekembalinya mengambil beberapa helai daun kunyit.
"Mak cik ingat Jebat tak perasan Fattah tak dak," kata Puan Lisa perlahan. Huh, ada hati lagi nak tanya anak orang tu.
"Perasan ... Tu yang tanya."
"Fattah dah dapat kerja kat Kuala Lumpur. Esok dia mula kerja," jelas Puan Lisa. Lelaki tinggi lampai dan berkulit hitam manis itu dipandang lama.
"Emmm, baguslah," kata Jebat. Dalam hati berbisik juga. Sampai hati Fattah tak cakap apa-apa. Marah sangatkah pinangan ditolak? Bukankah Jebat sudah jelaskan semuanya. Masih tidak faham-fahamkah?
"Balik dululah, mak nak pi hospital sat lagi. Terima kasih daun kunyit ni," kata Jebat sambil mengayuh basikal semula. Tinggalkan kedua-dua orang wanita itu tanpa salam. Berbekas juga hatinya sebab Fattah tak cakap apa-apa. Bukan apa, mereka tetap kawan.
"Kak harap nanti, Fattah dapatlah jodoh orang sana. Senang hati sikit," kata Puan Lisa penuh harap. Kalau boleh biarlah Fattah kahwin dulu daripada Jebat.
"Mudah-mudahan. Kita doa sama-sama," balas Puan Mia sambil melihat Jebat yang semakin menjauh.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...