"Saya berasal dari Sungai Petani," jawab Fattah tenang. Wajah Aqil yang bersih dengan janggut sejemput dipandang dengan penuh harapan. Harap tidaklah cerewet benar lelaki yang nampak baik ini. Kata orang kalau muka bersih begitu tak lekang dari air wuduk.
Aqil mengangguk beberapa kali kemudian memandang Fattah dari atas ke bawah. Emmm, wajah nampak suci. Memang betul wajah kampung.
"Datang dari Sungai Petani semata-mata nak mohon kerja ni? Sebelum ni kerja apa?" soal Aqil. Bukan rasa ragu tetapi sekadar mahu tahu. Kelulusan bagus. Penampilan juga nampak baik, mustahil tak ada kerja yang sesuai di Sungai Petani.
"Sebelum ni saya cuma guru sandaran." Jujur Fattah memberi jawapan.
Aqil mengangguk lagi. Kalau pernah jadi guru, mesti keperibadian juga baik. Disiplin juga kuat. Susah mahu cari pekerja begini. Inilah peluang yang terbaik.
"Saya terima Fattah untuk jawatan marketing kita orang. Untuk permulaan, saya hanya mampu tawarkan gaji sebanyak tiga ribu setengah. Harap dapat bekerja dengan baik." Kemudian Aqil menutup fail yang mengandungi semua maklumat mengenai Fattah dan menyerahkan semula kepada Fattah.
Aqil tidak mahu banyak cerita. Apa yang penting, dapat beri tumpuan terhadap tugas yang diamanahkan sudah cukup.
"Alhamdulillah, terima kasih encik. Bila saya boleh mula kerja?" soal Fattah dengan perasaan yang cukup gembira. Tidak sia-sia dia datang dari jauh. Rupa- rupanya rezeki memang sudah tersedia untuknya.
"Fattah boleh mulakan kerja esok. Selepas ni Fattah jumpa dengan Cik Nagentehinii, di depan tu. Dan berikan semua butir peribadi kepada dia. Selamat menyertai kami."
Aqil menghulurkan tangan tanda mengalu- alukan kedatangan Fattah sebagai pekerja baru.
Fattah sambut tangan Aqil dengan penuh rasa gembira dan syukur. Nampaknya memang rezeki Fattah sudah tertulis di sini. Bersama perasaan gembira, Fattah keluar dari bilik Aqil yang sederhana besar itu. Difahamkan Aqil adalah ketua di situ. Anak kepada pemilik syarikat tersebut.
"Bos suruh saya jumpa cik," kata Fattah sebaik sahaja menghampiri meja Nagentehinii. Satu-satunya pekerja berbangsa India di situ. Jadi tidak hairanlah Fattah mudah mengecamnya.
"Oh, bos dah terima awak bekerja di sini?" soal
Nagentehinii dengan ramah"Ya." Fattah mengangguk
"Emmm, tahniah. Panggil saya Nagen sudahlah. Sila isi borang ni dengan lengkap, lepas tu pulang balik Kepada saya," kata Nagentehinii sambil tersenyum.
"Terima kasih." balas Fattah sambil tersenyum sama.
"Saya Fattah Najmi ." Giliran Fattah pula memperkenalkan diri. Nagentehinii angguk. Kemudian membiarkan Raees melengkapkan borang tersebut.
"Assalamualaikum. Saya Ali." Ali datang menghulurkan tangan.
"Waalaikumussalam," sambut Fattah. Sangat senang hati melihat keramahan bakal rakan sekerjanya.
"Kamal." Kamal pula melaung dari tempat duduknya. Nampak sibuk sikit jadi dia cuma mengangkat tangan dari tempat duduknya.
"Mila." Mila yang duduk bersebelahan Nagentehinii turut memperkenalkan diri.
"Dan belakang saya ni, Aiman" kata Nagentehinii, memandangkan Aiman agak malu orangnya.
Aiman angkat kepala dan tersenyum. "Selamat menyertai kami," kata Aiman dengan lembut dan sopan. Fattah angguk.
"Saya Fattah Najmi ." Fattah perkenalkan diri sambil tersenyum. Sungguh dia tidak menyangka bakal rakan sekerja sangat baik dan ramah belaka.
"Selamat menyertai kami," kata Ali. Kata-kata aluan untuk rakan sekerja yang baru.
"Terima kasih. Harap dapat beri tunjuk ajar kepada saya," kata Fattah merendah diri.
"Insya-Allah. Kita sama-sama membantu antara sama lain untuk kebaikan kita bersama."
"Insya-Allah," jawab Fattah sambil terangguk- angguk.
"Bila Fattah mula kerja?" Makin galak Ali bertanya.
"Esok."
"Emmm, baguslah." Ali kembali ke tempatnya selepas itu. Fattah pula terus mengisi borang dan bila selesai, dia menyerahkan borang tersebut kepada Nagentehinii. Kemudian dia minta diri untuk beredar.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomansAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...