BAB 44

1K 44 1
                                    

Yusuf meluru masuk ke bilik Aqil tanpa memandang siapa. Anaqi juga tidak kuasa hendak menghalang. Suka hatilah. Karang buat bergaduh saja.

"Ini apa hal pula? Datang-datang terus mengamuk," tegur Aqil.

Yusuf diam. Memilih untuk duduk di hadapan Aqil sambil berusaha sejukkan perasaan yang hangat menggila. Mustahil dia mahu cerita apa yang berlaku sebentar tadi. Nanti Aqil banyak tanya. Silap hari bulan, Aqil terhidu rancangan Yusuf untuk merosakkan hubungan di antara Anaqi dan Fattah.

Nanti Aqil pun sama fikir Yusuf cemburukan Anaqi.

"Tak ada apa-apalah..." jawab Yusf sambil menahan perasaan. Dia kembali berlagak selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Kalau tak ada apa-apa mustahil muncung tu boleh sangkut penyangkut baju." Aqil buat lawak.

"I nak ajak bi keluar makan aje." Jawapan Yusuf benar-benar tidak jujur.

"Hmmm, okeylah. Disebabkan orang tu dah angin semacam, terpaksalah I ikutkan. Jom kita pergi makan sekarang." Aqil menutup komputer ribanya lalu bangun.

Yusuf juga bangun kemudian mengekori Aqil dengan berjarak beberapa langkah.

"Abang nak keluar makan. Nak ikut?" soal Aqil sambil memegang bahu Anaaqi yang leka dengan komiknya.

"Anaqi diet," jawab Anaqi tanpa melihat wajah Aqil atau Yusuf.

"Hesy, badan dah cekeding, nak diet apa lagi." Aqil memegang pula pipi Anaqi. Anaqi menepis perlahan. Waktu itu darah Yusf sudah membuak. Marah melihat Aqil lebihkan Anaqi. Nampak benar sayang Aqil terhadap Anaqi. Mana boleh begitu. Anaqi mana boleh dapat perhatian lebih.

"Abang pergi dulu..." Aqil jalan perlahan selepas itu. Anaqi masih tidak mengendahkan kedua-duanya. Yusuf pula sempat lagi menjeling Anaqi.



                                    ***
"Bi, I rasa lelaki pilihan Anaqi tu memang tak boleh dipercayai la. Dia cuma mahu mengikis duit keluarga bi saja. I tak nampak ikhlas langsung pada muka lelaki tu." Yusuf mulakan semula rancangannya. Lebihkan anak manja. Sekarang mahu menghasut Aqil.

"Kalau itu boleh membahagiakan hidup Anaqi, I reda aje. Lagipun harta apa yang dia nak kikis? Harta benda bukan segala-galanya, yang penting rasa bahagia. Bila tengok Anaqi gembira, I pun rasa bahagia." Aqil menyambung makan.

Kali ini Yusuf memilih ayam penyet sebagai hidangan. Restoran di Kelana Jaya itu kelihatan penuh dengan pengunjung yang mahu menikmati makan tengah hari.

"Bi, jangan ambil mudah perkara ni. Buatnya memang dia nak kikis harta keluarga bi saja, Anaqi juga yang menderita nanti." Yusuf mula kecewa. Nampaknya Aqil juga susah untuk dipengaruhi.

"Tak baik you tuduh dia macam tu. Kita tak boleh berprasangka buruk dengan orang. You kena ingat, buat baik balasannya baik. Sentiasa berprasangka baik dengan orang."

"I tak nak bi sekeluarga menyesal aje nanti." Aqil tidak mengendahkan kata-kata Yusuf. Walaupun niat Yusuf itu kedengarannya sangat baik, namun kebahagiaan Anaqi lebih daripada segalanya. Suasana sepi seketika. Aqil makan dengan penuh berselera, tetapi Yusuf pula sudah hilang semua selera. Namun usaha Yusuf bukan setakat itu sahaja. Dia pasti akan lakukan sesuatu.

Si dia yang comelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang