BAB 68 END

1.9K 50 2
                                    

"Kenapa?" soal Anaqi sambil memandang muka Akim yang cukup berseri- seri mengenakan baju melayu berwarna merah jambu.

"Betul ke aku nak bertunang ni?" soal Akim.

"Entah, aku pun tak tahu. Betul ke kau nak bertunang?" soal Anaqi main-main. Lagi mahu tanya.

"Macam tak percaya saja aku nak bertunang," jawab Akim tentang keraguannya. Susah dia mahu percaya dia bakal bertunang pada hari itu. Ceritanya mudah saja. Fattah dan Anaqi buat rancangan untuk satukan Zahhar dengan Akim. Pada hari pertama mereka berjumpa atau boleh dikira semasa dating kali pertama, Zahhar cuma bertanya, nak bertunang dengan dia tak? Akim menjawab, bolehlah. Jadi, hari ini bakal berlangsungnya sebuah lagi majlis pertunangan selepas sebulan majlis pertunangan Aqil dan Aiman.

"Tak apa, aku yakin, kau akan jadi pasangan yang paling romantis selepas ni sebab kau orang terus bertunang. Tak ada cinta-cinta langsung. Tapi aku rasa kau lagi hebat daripada aku sebabnya kau memang tok guru aku dalam semua hal, bukan?" balas Anaqi.

"Sajalah nak perli aku tu."

"Apa pula aku perli. Aku cakap yang betul. Dalam hidup aku, apa yang kau tak ajar? Dari malam pertama sampai sudah semua kau ajar. Yang ini pun kau juga yang ajar, kan?" Anaqi memegang perutnya. Syukur, Anaqi disahkan hamil dua minggu.

"Yang ini aku tak ajar. Yang ni kau memandai- mandai sendiri." Cepat Akim memegang perut Anaqi. Dia tumpang gembira dengan berita tersebut. Anaqi hamil semula selepas empat bulan keguguran.

"Ya, yang ini memang aku memandai-mandai sendiri," jawab Anaqi sambil tergelak.

"Hesy, apa ni gelak sampai luar boleh dengar. Tak baik untuk baby. Terkejut dia dengar ayah dia gelak macam tu," tegur Aqil.

"Akim buat lawak bodoh!" Cepat-cepat Akim menyalahkan Akim.

"Aku pula. Aku tak ada kena-mengena dalam ini cerita. Jangan nak tuduh aku bagai."

"Hesy, samalah kau orang berdua tu. Kalau dah jumpa tak ingat orang lain. Tak kiralah dah nak jadi ayah budak atau baru nak jadi tunang orang. Hah, nampak abang aiman tak?"

"Ngeee... Datang sini nak cari tunang dia rupa- rupanya." Anaqi mencebik muka.

"Buatlah muka macam tu. Esok baby pun suka buat macam tu."

Anaqi menampar perlahan bahu Aqil. Suka cakap yang bukan-bukan.

"Ingat, cakap tu pun satu doa. Abang nak ke anak saudara asyik buat muka cebik aje bila tengok pak long dia." Aqil menolak perlahan kepala Anaqi.

"Pandai aje dia jawab." Kemudian Aqil meninggalkan mereka berdua. Dia mahu mencari Aiman.

"Aku nak tengok kat luar kejap," kata Anaqi. Dia mengatur langkah meninggalkan Akim keseorangan. Di halaman rumah, ada dua buah kanopi disediakan untuk tetamu yang datang daripada pihak Zahhar. Demi menghargai ayah dan emak Akim, Dato Johan meminta majlis pertunangan diadakan di kediamannya saja. Lebih mudah.

Anaqi nampak Fattah sedang membantu di bahagian kanopi. Senang hati Anaqi melihat Fattah. Anaqi mengangkat tangan apabila Fattah memandang ke arahnya.

Fattah mengatur langkah perlahan lalu menghampiri Anaqi.

"Kesian abang, berpeluh-peluh." Anaqi menyapu peluh Fattah. Fattah mencium sekali pipi kanan Anaqi. Nampak semakin tembam.

"Ngeee, malulah orang tengok," Anaqi menolak perlahan badan Fattah.

"Hujan rintik-rintik, air bergelombang, Anaqi yang sangat comel, abang sangat cinta..." Fattah berpantun pula.

Anaqi hanya ketawa perlahan. Senang hatinya. Anaqi harap Fattah akan menyayangi dirinya untuk selama-lamanya.





                                                   TAMAT

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now