Anaqi tersedar apabila kedengaran bunyi ayam sedang berkook. Sudah pagi rupa-rupanya. Perlahan dia bangun dan berjalan untuk mengambil beg kecil yang berisi alat keperluannya seperti berus gigi dan ubat gigi. Selepas itu dia berjalan perlahan menuju ke ruang tamu. Kalau rumah sendiri punyalah liat mahu bangun. Rumah orang senang pula. Anaqi terus menuju ke bilik air yang terletak bersebelahan rumah. Lampu sudah siap terpasang menerangi bilik air. Anaqi membasuh muka dan memberus gigi
"Sejuknya..." Anaqi menggigil. Air di kampung Fattah itu sangat sejuk. Macam mana mahu mandi macam ni. Ingat Anaqi, mahu jadi pasangan Fattah kena hadapi semuanya dengan rasa ikhlas. Jadi terpaksa jugalah Anaqi mandi walaupun menggigil.
Selesai mandi, Anaqi terus memakai pakaian di bilik mandi. Kemudian Anaqi terus naik ke rumah. Anaqi terus ke dapur. Hendak melihat Puan Lisa. Datin Roslina pesan banyak kali. Akim pun sama. Mesti tolong emak Fattah di dapur. Jangan sesekali sambung tidur. Nanti mak Fattah tolak Anaqi sebagai menantu. Jadi untuk tidak mahu kena tolak, Anaqi gagahkan kaki menuju ke dapur walaupun perasaannya sangat berat. Dia mana tahu masak apa-apa. Kalau lempeng kelapa tu bolehlah sebab dah banyak kali masak.
"Eh, kenapa ke dapur pula ni. Sambunglah tidur." Puan Lisa senyum melihat Anaqi.
Anaqi tersenyum. Kalau boleh tidur memang Anaqi mahu sambung tidur, tapi mana boleh.
"Mak buat apa ni?" soal Anaqi apabila melihat Puan Lisa memerah kelapa parut.
"Mak nak masak nasi lemak. Si Fattah dah merengek minta mak masak nasi lemak."
"Air ni nak bancuh air apa?" soal Anaqi walaupun hatinya sudah mula berdebar. Dia mana biasa bancuh air. Semua Datin Roslina yang buat. Dia tahu minum saja.
"Eh! Tak payah susah-susah. Anaqi belum lagi jadi menantu mak. Kalau dah jadi menantu nanti baru boleh tolong mak." Puan Lisa senang sekali dengan sikap Anaqi. Walaupun Puan Lisa tahu, Anaqi itu tidak tahu buat apa-apa. Namun kesungguhan Anaqi buat Puan Lisa terharu. Dia tidak minta lebih-lebih pun menyenangkan hati Fattah sudah. Dapat membahagiakan hidup Fattah, Puan Lisa rasa sangat beruntung
"Mana boleh macam tu..." Lembut suara Anaqi.
"Bukan mak tak nak Anaqi tolong, tapi kalau balik kampung, Fattah suka kalau mak yang masak. Sampai buat air pun dia tak benarkan siapa buat." Mujur Puan Lisa tahu helah tersebut. Bukan apa, Puan dan Lisa tidak mahu Anaqi rasa terpaksa menyusahkan.
"Betul ke mak?" soal Anaqi.
"Betul. Fattah memang tak benarkan orang lain masak. Mesti mak yang kena masak. Anaqi duduk saja kalau tak mahu sambung tidur." Bagusnya kalau dapat mak mertua seperti Puan Lisa. Sangat menyenangkan. Seorang dalam seribu. Rasa terharu sudah menjengah Anaqi. Betapa bertuahnya Anaqi. Akhirnya Anaqi pilih untuk melihat Puan Lisa buat kerja. Mahu belajar memasak daripada Puan Lisa.
"Tengah hari ni kita buat kenduri sikit.," beritahu Puan Lisa sambil mencural pati santan ke dalam periuk yang agak besar. Nasi lemak tersebut bakal dijadikan hidangan untuk jiran-jiran dan kaum keluarga yang bakal menolong pada pagi itu. Puan Lisa hanya perlu sediakan nasi lemak sebab sambal ikan bilis dan bahan lain Farah sudah sediakan.
Anaqi hanya mengangguk. Mata masih tertumpu kepada tangan Puan Lisa yang ligat membuat kerja. Daun pandan disimpul dan dicampak ke dalam periuk. Kemudian Puan Lisa campak pula sesudu garam. Ingat Anaqi, masak nasi lemak untuk Fattah nanti mesti ada daun pandan dan letak garam sebab nasi lemak emak Cik Alya lain caranya. Cik Alya selalu letak serai dan halia. Selalu Anaqi perhatikan Cik Alya buat kerja, tapi tolong tidak juga.
"Hmmm, eloklah tu. Belajar dengan bakal mak mertua masak." Farah yang muncul, tiba-tiba bersuara.
"Mak memang pandai masak. Kak long pun belajaq dengan mak," kata Farah lagi.
"Mana ada pandai. Main campak-campak saja." Puan Lisa merendah diri. Santan dikacau perlahan. Mahu sebatikan rasa garam.
"Sambal ikan bilis dan teluq rebus dah siap. Anaqi boleh tolong kupas teluq rebus?" soal Farah.
"Kak nak pi ambik kuih sat," kata Farah lagi.
"Boleh," jawab Anaqi. Kalau kupas telur pun tak pandai, melampau sangat, Anaqi. Jangan jatuhkan air muka. Laju langkah Anaqi menuju ke singki. Basuh tangan sebersihnya. Kemudian Anaqi duduk bersila mengadap periuk berisi telur rebus.
"Kupas semua ke?" soal Anaqi kepada Puan Lisa. Farah sudah beredar. Nampak kalut benor tadi.
"Kupaslah bagi perabih. Budak-budak sini ramai. Memang depa suka makan teluq," jawab Puan Lisa. Sekilas dia menjeling Anaqi. Tangan halus itu nampak lambat buat kerja dan nampak sangat kekok. Habislah hang Fattah kalau macam ni. Mahu kebulur nanti. Tapi tak apalah, kalau sudah suka nak kata apa.
"Hmmm, pandai ke kupas telur tu?" Fattah muncul sambil memandang yang manis tersimpuh. Bila melihat Anaqi begitu, Fattah seperti melihat budak yang ayu dan bersopan. Bukan seperti Anaqi sebelumnya.
Anaqi tak jawab. Leka kupas telur. Puan Lisa pula layan nasi lemak. Bimbang mentah. Sudahnya Fattah duduk di hadapan Anaqi. Mahu tolong Anaqi mengupas telur. Melihatkan gaya, sampai petang pun tak siap.
"Barang-barang semua dah beli ka, mak?" soal Fattah, tapi matanya masih memandang Anaqi yang sedang tunduk. Aduhai, comelnya. Bergetar saja rasa dada Fattah bila melihat Anaqi begitu.
"Pak lang hang dah siap tolong beli semua," jawab Puan Lisa.
"Ramai ka ayah jemput orang? Jangan serupa majlis nak nikah. Naya nanti." Fattah buat lawak.
Masa itulah Anaqi mengangkat mukanya. Memandang tepat ke arah Fattah. Fattah pula hanya mengangkat kening. Tahu Anaqi mesti nak tahu, kalau betul nak nikah, nak nikah dengan siapa? Bukannya Fattah tak faham.
"Taklah ramai. Kaum kerabat saja," jawab Puan Lisa.
"Sekejap lagi Anaqi boleh jumpa mak long dan mak ngah abang. Salbiah," kata Fattah perlahan di tepi telinga Anaqi.
"Abang, janganlah mainkan Anaqi. Anaqi dah seram sejuk ni," kata Anaqi sambil menggigil tangannya.
"Mereka tak makan orang pun. Cuma abang bimbang mereka berlumba pula nak Anaqi jadi menantu dorang comel macam Anaqi pasti menjadi rebutan.'
"Abang jangan nak sedapkan hati Anaqi."
"Nak sedapkan apa pula. Kata Kak Farah, satu kampung dah kecoh cakap abang bawa balik model."
"Hah?"
Fattah tersenyum sendiri. Aduhai, nak gelak pun ada. Memang terkejut bila Farah cakap, ada orang kampung bawa mulut Fattah bawa balik model. Puan Lisa juga tersenyum simpul. Bukan dia tidak tahu buah mulut jiran tetangga. Tetapi yang Fattah bawa ini memang gayanya macam model.
"Assalamualaikum." Suara orang memberi salam di pintu dapur.
"Waalaikumussalam," jawab Puan Lisa.
"Hmmm, baru abang sebut dah sampai Mak long." Fattah ke muka pintu dapur bagi menyambut emak saudara belah Puan Lisa.
"Apa khabar mak long?" soal Raees sambil bersalaman dengan Puan Latifah.
Anaqi yang juga berdiri di belakang Fattah turut menghulurkan tangan untuk mencium tangan Puan Latifah.
"Kenapa comel sangat ni? Ini kalau lima puluh ribu pun tak cukup," kata Puan Latifah.
"Siapa nama ni?" soal Puan Latifah.
"Anaqi," jawab Anaqi sepatah.
"Anaqi Amran." Fattah menokok.
"Sedap nama. Hah, hang kena hafal betul-betul. Senang nak sebut nanti," usik Puan Latifah lagi.
"Memang dah lama hafal," jawab Fattah. Menjeling Anaiq yang wajahnya seperti tidak berdarah. Pucat. Mungkin takutkan Puan Latifah.
Puan Latifah bergerak menghampiri Puan Lisa.
"lina tak boleh mai. Mak mertua dia jatuh sakit. Dia kirim salam kat semua," kata Puan Latifah.
"Tak pa la. Tak kisah. Majlis kecik saja," balas Puan Lisa. Anaqi kembali menyambung kupas telur sementara Fattah beredar meninggalkan dapur.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
Любовные романыAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...