"Mana lagi cantik?." Akim tunjuk dua baju kemeja yang biru muda dan biru tua
"Yang ni" balas Anaqi sambil menunjuk baju kemeja yang berwarna biru muda
Masa itulah telefon bimbitnya berbunyi. Bakal suami dalam talian.
"Helo sayang..." Anaqi buat suara manja.
"Ya Tuhan, nak muntah aku dengar. Gedik betul," kata Akim. Memang dia rasa menyampah melihatkan gaya Anaqi.
"Hai sayang. Anaqi kat mana ni?" Suara Fattah juga kedengaran sangat manja di hujung talian.
"Anaqi shopping dengan Akim."
"Anaqi, boleh tak kurangkan tabiat shopping tu? Gají abang bukannya banyak."
"Anaqi tengah berusaha ni. Ini pun sebab Akim yang ajak Anaqi shopping," kata Anaqi sambil senyum.
"Hoi, aku pula!" Akim sudah terjerit.
"Oh, ya. tolong beritahu Akim, Zahhar kirim salam. Salam sayang," kata Fattah.
Masa itulah Anaqi dengar suara Zahhar menjerit. Tergelak Anaqi jadinya. Pandai juga bakal suaminya mengenakan orang.
"Eh, Akim. Abang Zahhar kirim salam sayang. Nak balas ke tidak?" soal Anaqi pula kepada Akim. Serta-merta muka Akim bertukar merah. Segan betul Akim.
"Nak balas ke tidak?" desak Anaqi.
"Yalah, kirim salam sayang juga," balas Akim.
"Abang, Akim cakap kirim salam sayang juga." Anaqi tergelak perlahan. Kemudian Anaqi mendengar Fattah mengulang ayat Anaqi kepada Zahhar.
"Hmmm, Zahhar nak ajak Akim keluar," kata Fattah lagi.
"Abang Zahhar ajak kau keluar," beritahu Anaqi kepada Akim. Tanpa menantikan jawapan Akim terus saja Anaqk cakap,
"Boleh, Akim kata dia okey aje. Bila nak jumpa?" Anaqi memandai sendiri.
"Weh, melampau dah ni," kata Akim dengan rasa terperanjatnya. Memandai saja Anaqi tu. Tetapi pada hujungnya, ada juga senyuman terukir pada bibir Akim. Zahhar itu lebih kurang Fattah saja. Mana nak cari lelaki seperti mereka sekarang ni. Sederhana dan punya keistimewaan sendiri.
"Zahhar kata akan diuruskan nanti," beritahu Fattah. Ada ketawa nakal menyusul selepas itu.
"Cantik," balas Anaqi pula.
"Okey, Anaqi. Sambung shopping tu."
"Nanti abang cakap tau bila Abang Zahhar nak ajak Akim keluar."
"Eh, apa pasal kita pula yang sibuk-sibuk. Mereka nak dating mereka buatlah sendiri. Tak ada kena- mengena dengan kita."
"Ya tak ya juga. Mereka yang nak bercinta. Biarlah mereka yang uruskan sendiri," balas Anaqi. Masa itulah Akim mencubit lengan Anaqi. Tahu Anaqi sedang menyindir Akim.
"Okey, abang. Ada ketam sesat kat sini. Mengepit orang aje kerjanya. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam," jawab Fattah.
Anaqi sambung gelak, kemudian dia berlari-lari
anak apabila merasakan Akim bakal mengamuk."Tak guna punya kawan. Dalam diam kau kenakan aku," kata Akim sambil mengejar Anaiq.
"Weh, aku tolong buka jalan aje bila tengok kau ni macam lemau semacam." Anaqi tergelak kuat. Memang tak sesuai perkataan lemau itu. Lebih sesuai meletakkan perkataan tak pandai. Tapi saja nak buat Akim lagi sakit hati.
"Tak gunaaa..." Akim tidak peduli. Terus- terusan kejar Anaqi. Anaiq tak tunggu apa lagi, buka langkah seribu sambil ketawa. Ah! Semakin seronok. Kalau boleh mahu kembali ke zaman kanak-kanak. Penuh dengan ketawa dan gurau senda. Tak perlu fikir apa-apa.
"Cukup," kata Anaqi sambil menahan Akim.
"Tadi kau ajak aku datang sini sebab nak beli baju tidur. Bukan main kejar-kejar, okey." Akhirnya Anaqi mengalah. Kalau dilayan karang, sampai petang mereka begitu.
"Kau tu yang mulakan dulu. Malu tau tak."
"Apa pula nak malunya. Tu perkara biasa. Dahlah. Jom sambung cari baju." Anaqi menarik tangan Akim yang masih bermasam muka. Dengan rasa malu dan marah yang masih berbisa, Akim ikutkan saja.
Anaqi gelak lagi apabila melihat muka Akim seperti itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...