BAB 48

927 42 4
                                    

Beberapa hari Selepas kejadian itu, Aqil langsung memandang muka Anaqi. Marahnya terhadap Anaqi masih belum reda. Anaqi pula buat tidak kisah. Dia sudah tidak mahu mengambil tahu tidak tentang semuanya. Biarlah.

Sampai sahaja di rumah, Aqil nampak Datin Roslina sudah menangis. Bersungguh Datin Roslina menangis.

"Mama, kenapa ni?" soal Aqil ingin tahu.

"Yusuf," jawab Datin Roslina sepatah.

"Kenapa dengan Yusuf?"

"Dia ditangkap buat maksiat bersama seorang lelaki di sebuah bilik hotel di Kuantan," jawab Datin Roslina.

Aqil terduduk tanpa bersuara. Mukanya pucat. Seperti ada sesuatu yang mencucuk jantung Aqil. Dia benar-benar tidak sangka akan menerima khabar seperti itu. Jadi, Anaqi tidak berbohong? Anaqi tidak cuba untuk merosakkan hubungan Aqil dengan Yusuf, sebaliknya mahu beritahu perkara yang sebenar?

"Yusuf macam mana sekarang, mama?" soal Aqil setelah terkaku seketika.

"Dia dah balik rumah dia dah" balas Datin Roslina. Masih bersama esakannya.

"Mama betul-betul tak sangka," kata Datin Roslina lagi. Retak seribu perasaan Datin Roslina sewaktu menerima berita tersebut. Lebih menyakitkan hati Datin Roslina, apabila khabar memalukan itu diterima daripada salah seorang kenalan rapat Datin Roslina sendiri sedangkan keluarga Yusuf langsung tidak menjelaskan keadaan sebenarnya.

"Apa yang perlu saya lakukan, mama?" soal Aq sambil meraup wajah. Ada seribu sesalan sedang mendatangi diri Aqil ketika itu.

"Sabar ajelah dulu. Kita dengar penjelasan daripada Yusuf."

"Tapi saya benar-benar sudah tawar hati, mama."

"Mama faham. Tapi mama tidak mahu Aqil buat keputusan terburu-buru. Takut nanti-nanti Aqil akan lebih menyesal lagi."

Aqil benar-benar tidak boleh fikir apa lagi. Dia memang buntu.




                                    ***
Anaqi lihat hanya Dato Johan dan Datin Roslina saja yang menanti di meja makan. Aqil tiada bersama seperti selalu. Anaqi menarik kerusi makan tanpa mahu bertanya tentang Aqil.

"Sampai bila nak perang dingin macam ni?" soal Dato Johan sambil menghulurkan mangkuk nasi. Anaqi hanya diam saja. Malas nak jawab. Kelak dia juga yang bakal disuruh beralah. Ikut hukum adat yang muda harus mengalah dengan yang tua, walaupun memang jelas nampak yang tua bersalah.

"Mama pun tak tahu nak cakap apa lagi. Anak mama bukannya ramai. Anaqi dengan Aqil saja. Tapi kalau dah masam muka berminggu-minggu macam ni, mama pun tak tahan." Datin Roslina menyampuk.

Anaqi diam juga. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Cakap salah tak cakap lagi salah. Akhirnya Anaqi memutuskan untuk berdiam diri saja. Bukan mahu tunjuk keras hati, tetapi mahu pertahankan kebenaran.

"Anaiq tahu tak Abang Yusuf ditangkap kerana buat maksiat?" soal Datin Roslina.

"Hah?" Bukan sedikit rasa terkejut Anaqi.

"Tu la..." Anaqi menepuk tangan sekali.

"Anaqi dah cakap, mama dengan papa tuduh Anaqi tabur fitnah. Hari tu memang Anaqi nampak sendiri Abang Yusuf dengan lelaki lain. Bukan Anaqi sorang saja yang nampak. Abang Fattah pun nampak sama. Hah, sekarang padan muka."

"Anaqi, tak baik cakap macam tu," tegur Dato Johan.

"Bukan apa papa, abang langsung tak nak dengar cakap Anaqi. Percaya bulat-bulat cakap Kak Bahiyan. Takkanlah Anaqi nak burukkan bakal Abang ipar Anaqi Memang Anaqi tak berapa berkenan dengan Abang Yuusf tapi tak bermakna Anaqi nak halang hubungan abang. Asal abang bahagia, dah cukup buat Anaqi."

"Emmm, mama mahu Anaqi jadikan kisah Abang Aqil ni sebagai pengajaran. Cinta tidak semestinya membuatkan kita hilang pertimbangan dan tidak boleh membezakan buruk dan baik. Ingat tu, sebab Anaqi pun dah tergila-gilakan Raees tu. Jangan disebabkan cinta, putus hubungan adik-beradik."

"Baik mama Anaqi ingat tu. Errr, macam mana dengan keadaan abang sekarang?"

"Kecewa sangat. Jadi mama minta Anaqi berbaik semula dengan Abang Aqil."

"Tidak. Anaqi tak akan tegur Abang Aqil selagi Abang Aqil tak tegur Anaqi. Anaqi tak salah dalam hal ni. Anaqi bercakap benda yang betul," tegas Anaqi.

"Anaqi kan adik. Sepatutnya adik kena beralah dengan abang."

"Oh, macam tu ke? Kalau orang yang lebih tua buat salah, tak apa. Tengokkan aje. Tegur tak boleh, apapun tak boleh. Memang tak adillah!" Anaqi bangun. Selera untuk makan terus hilang.

"Anaqi!" panggil Dato Johan. Namun Anaqi terus tidak peduli.

"Kita tak boleh biarkan budak-budak ni terus- terusan perang dingin, bang. Kita kena lakukan sesuatu," kata Datin Roslina. Pilu hatinya melihat anak-anak begitu.

"Masalahnya masing-masing keras kepala. Tak nak mengalah," balas Dato Asri. Dia mula menjamah nasi tanpa mahu menghiraukan kekusutan yang melanda.

"Abang cuba minta tolong dengan Fattah. Minta dia pujuk Anaqi. Tak pun minta dia pujuk Aqil ke. Saya rasa Fattah tu boleh tolong kita."

"Betul juga tu. Harap Fattah dapat tolong dalam hal ni," keluh Dato Johan

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now