Puan Rosliza menangis tak sudah. Sejak tadi dia begitu.
"Mana mama nak letak muka ni, Zafrul? Semua orang tahu kamu nak kahwin tak lama lagi. Kalau tak jadi, malu besar mama nanti," rengek Puan Rosliza.
"Saya pun tak tahu jeff akan buat macam ni. Dalam diam dia buat hubungan dengan suami orang!" balas Tengku Zafrul. Benar-benar tidak sangka, Tengku Zafrul tewas dengan lelaki yang sudah berusia. Sudah bergelar suami pula tu. Memang hati Tengku Zafrul sakit sangat. Entah apa kelebihan lelaki tersebut sehingga Jeff Erwin boleh terpikat.
"Malu mama tahu tak. Baru lagi bertunang dah minta putus. Memang memalukan betul." Air mata Puan Rosliza jatuh mencurah.
"Hah! Padanlah dengan muka kamu Zafrul ikut lagi cakap nenek kamu tu. Entah lelaki mana yang dia sapu. Kau orang main ikut saja. Sudahnya dapat malu. Dari dulu lagi ayah cakap tak payah nak ikut cakap nenek kamu tu," sampuk Encik Tengku Sofian dengan nada sinis. Sejak mula dia sendiri memang tidak berkenan dengan lelaki pilihan mertuanya itu.
Tengku Zafrul terdiam. Puan Rosliza masih merengek.
"Mana saya nak letak muka saya bila majlis tu tak jadi? Malu tahu tak? Kawan-kawan saya semua orang besar-besar, orang ternama. Malu! Malu!" marah Encik Tengku Sofian.
"Manalah kita tahu benda ni akan berlaku macam ni. Kita ingat Si Jeff tu baik tingkah lakunya. Tak sangka boleh buat Tengku Zafrul macam ni," balas Puan Rosliza bersama tangisan yang tak sudah-sudah.
"Hah! Padanlah muka kita. Anak tak jadi kahwin sebab tunang lari ikut suami orang. Tak malu ke? Dah nampak sangat anak awak ni tak bagus. Tunang pun tak pandai nak jagal" marah Encik Tengku Sofian lagi.
Tengku Zafrul sudah tidak tahu untuk berkata apa. Dia hanya tunduk dan terdiam. Benar-benar tidak sangka nasib buruk itu akan menimpa dirinya. Dia bukan saja malu dengan saudara-mara lain, tapi dia lebih malu dengan Anaqi. Bukan main lagi dia bercakap dengan Anaqi, rupa-rupanya inilah balasan yang dia bakal terima. Terang-terang dia dimalukan.
"Macam ini sajalah. Untuk tutup malu, baik kita pujuk Anaqi. Kamu kahwin sekejap saja dengan dia. Keadaan dah reda, kamu cerailah dia. Janji malu kita dapat ditutup," cadang Puan Rosliza.
"Saya tak nak masuk campur dalam urusan ni.Kau orang berdua buatlah apa yang patut. Asalkan majlis tu berlangsung, kau orang nak guna lelaki mana pun saya tak kisah. Pandai-pandailah kau korang rancangkan," kata Encik Tengku Sofian sebagai pemutus kata.
"Anaqi nak ke mama?" soal Tengku Zafrul Cadangan Puan Zalina itu kedengarannya boleh menutup keaiban yang ada. Budak tak berapa nak betul itu boleh dipergunakan.
"Nak aje. Bukan ke Anaqi tu tergila-gilakan kamu dulu? Inilah peluang dia nak kahwin dengan kamu. Mesti dia tak tolak punya," balas Puan Rosliza.
Tengku Zafrul tersenyum nakal. Sudah tidak sabar-sabar untuk mempermainkan Anaqi. Inilah masanya dia melihat hidup sepupunya itu porak-peranda.
"Mahu ke adik awak setuju dengan rancangan gila awak ni?" soal Encik Tengku Sofian lagi.
"Alah, bang... Saya tahulah adik saya. Mata duitan suami isteri. Mereka tu memang ada hati nak menumpang senang keluarga kita. Kalau saya cakap benda ni, mereka memang tak ada bantahan. Mesti terus terima!" kata Puan Rosliza berkata dengan angkuh sekali.
"Awak jangan memandai. Mereka juga ada harta mereka sendiri. Tak ingin mereka nak menumpang harta kita. Awak saja yang suka berprasangka buruk terhadap adik awak tu. Saya bimbang rancangan ni tak berjaya. Awak cari sajalah orang lain. Anak kawan-kawan awak masih ramai. Awak pilih saja." Encik Tengku Sofian rasa keberatan untuk bersetuju dengan rancangan Puan Rosliza itu.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...