Hendak atau tidak, Anaqi terpaksa masuk kerja juga. Dato Johan tidak main-main pada kali ini. Memang serius. Datin Roslina ada juga sedikit kendur tahap keseriusannya, tapi atas ugutan Dato Johan. Datin Roslina akur juga. Aqil pula memang sokong tindakan Dato Johan. Semua itu untuk kebaikan Anaqi juga.
"Hari ni adik saya akan masuk ofis. Harap semua beri kerjasama walaupun saya tahu kamu semua sedia maklum macam mana perangai adik saya ni. Harap dapat bersabar dengan kerenah dia," kata Aqil sambil memandang keenam-enam orang pekerjanya.
Perasaannya jadi gembira melihat Anaqi bersarapan bersama tadi. Selalu Anaqi akan bergabung dengan makan tengah hari. Lebih gembira apabila Anaqi beritahu akan mula bekerja pada hari ini. Bermakna tindakan Dato johan meninggalkan sedikit kesan.
"Dia cuma jadi receptionist saja buat sementara waktu. Itupun saya tak pasti berapa lama. Harap-harapboleh bertahan dalam seminggu." Aqil gelak perlahan.
Memang lucu, tapi itulah hakikatnya. Sebenarnya, kalau Anaqi tidak bekerja sekalipun, Aqil mampu memenuhi kehendak Anaqi, tetapi memandangkan adik comelnya itu perlu diajar sesuatu, maka Aqil akur dengan arahan papa mereka .
"Encik Aqil jangan bimbanglah. Kami akan buat tak tahu saja nanti." balas Kamal. Kamal gelak sama. Sudah terbayang budak gedik tahap tak ingat itu masuk ke ofis. Sah, huru-hara nanti.
"Harap begitulah," kata Aqil.
Sebelum masuk ke biliknya, dia sempat menjeling ke arah Aiman yang sedang menyusun beberapa buah fail ke dalam almari. Cantik pula baju dia hari ni. Warna ungu. Sedap mata memandang. Ah! Tidak-tidak saja perasaannya itu. Ingat Aqil, kau sudah ada tunang. Jangan rambang mata lagi. Namun senyuman di bibir terukir juga.
"Kamal, siapa yang Encik Aqil maksudkan tu?" soal Fattah sebaik sahaja Aqil hilang. Dia juga ingin tahu.
"Anak lelaki bungsu kesayangan Dato Johan dan Datin Roslina." Mila jawab bagi pihak Kamal yang kelihatan sibuk .
"Serius, kalau Dato Johan bagi free pun aku tak nak." Kamal gelak besar tanpa memandang sesiapa.
“Aku lagi tak nak. Kalau Dato Johan menangis guling-guling pun aku tak nak juga. Tak sanggup!" Ali yang duduk bersebelahan meja Kamal tumpang menyampuk. Kemudian mereka gelak beramai-ramai.
"Masa aku jumpa anak bujang Dato Johan tu buat kali pertama aku ingatkan alien mana entah yang datang nak serang bumi. Memang terkejut.Tapi nak cakap apa lagi, dia anak orang kaya. Apa dia nak semua dapat," tokok Ali.
"Kalau aku bawa balik jumpa mak aku, mahu mak aku terus masuk wad." Kamal tumpang sekaki dan ketawa pecah lagi.
Waktu itu dia Fattah sekadar senyum. Terbayangkan budak lelaki bernama Anaqi. Mungkin trend masa sekarang. Ramai benar yang terikut-ikut. Dia tidak mahu gelak lebih-lebih. Bimbang nanti hati kata lain. Soal hati, susah mahu diuruskan.
Gelak tawa mereka terhenti seketika apabila terdengar tapak kasut Dato Johan. Masing-masing ke posisi asal. Berbanding Aqil, Dato Johan sedikit digeruni. Bukan saja sikap tegasnya, bahkan sikap seriusnya di dalam pejabat.
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua," ujar Dato Johan dengan suara seperti selalu. Suara yang mampu saja buat setiap pekerja berasa gerun.
Bahu Anaqi dipaut erat. "Hari ini Anaqi Amran mula menyertai kita. Harap dapat beri kerjasama kepada Anaqi," kata Dato Johan lagi.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
عاطفيةAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...