Wajah Anaqi masam sehingga sampai waktu makan tengah hari. Untuk meredakan ketegangan yang Anaqi alami, Fattah pelawa Anaqi makan bersama. Tahu Anaqi perlukan seseorang untuk memujuknya.
"Tak baik tau masam muka macam ni. Bukan saja pintu rezeki boleh sempit tapi pintu jodoh juga boleh tertutup sama," usik Fattah sambil membawa sebiji pinggan yang sudah berisi dengan makanan. Anaqj yang ikut dari belakang membawa pinggan yang berisi sama. Wajah Anaqi masih begitu. Sentap perasaannya masih tidak surut-surut.
"Anaqi, abang tegur sikit, boleh?" soal Fattah sebaik sahaja duduk. Tengah hari itu Fattah memilih lauk ikan keli sambal dan tumis kacang bendi. Sambil dia mengelap sudu dan garpu dengan tisu, Fattah memandang muka Anaqi. Masih masam dan kesan menangis masih kelihatan. Dasar anak manja. Kena marah sikit dah menangis. Macam mana nak jadi suami Fattah nanti. Gamaknya kena sediakan kotak tisu banyak-banyak.
Anaqi memandang wajah Fattah tanpa bersuara. Hilang keinginan Anaqi untuk bercakap.
"Abang tak berapa setuju dengan cara Anaqi tegur tunang abang Anaqi tu. Nak tegur boleh, tapi biarlah bersopan," kata Fattah lagi. Kemudian dia membaca doa makan.
"Anaqi geram sangat. Belum apa-apa dah nak kawal Abang Aqil," rungut Anaqi.
"Abang tahu, sebenarnya Anaqi tu jealous," kata Fattah perlahan.
"Apa pula nak jealous?"
"Walau apa pun, Anaqi tak boleh tunjuk perandai macam tu. Tak sopan namanya. Kalau nak jadi kekasih abang tak boleh perangai macam tu. Abang tak suka," kata Fattah. Setelah Fattah timbang betul-betul, Fattah jumpa satu jawapan. Biarlah semuanya bergerak mengikut arahan takdir. Kalau ditakdirkan memang Anaqi itu tersedia untuk a
Fattah, Fattah akan terima dengan rasa syukur. Jadi Fattah tidak mahu semakkan kepalanya dengan fikirkan benda yang bukan-bukan. Apa yang penting, beri Anaqi peluang.Anaqi tunduk dan memandang meja. Hatinya berdebar bukan main lagi.
"Jadi sekarang Anaqi dah jadi kekasih abang?" Bersungguh Anaqi bertanya. Tiba-tiba saja Fattah cakap macam tu, mana tak Anaqi rasa berdebar. Sedangkan semalam cakapnya lain. Minta waktulah, nak minta izin mama dan papa Anaqi la, alih-alih dah cakap lain. Ngeee... Tak faham Anaqi.
"Kenapa? Nak tarik balik? Dah tak nak jadi buah hati abang?" Fattah sambung mengunyah makanan. Perut sudah meronta minta diisi.
"Nak!" Cepat Anaqi jawab.
"Kalau nak jadi buah hati abang, kenalah jaga tingkah laku. Tak boleh nak bad mood tak tentu pasal. Malu abang nanti. Sebabnya, bukan semata-mata jadi buah hati abang, bahkan kalau boleh jadi suami abang. Itu yang lebih penting," kata Fattah dengan yakin. Mana tahu dengan cara begitu dia boleh membimbing Anaqi.
Anaqi masih kurang percaya. Benar-benar memeranjatkan Anaqi. Itulah kata-kata yang Anaqi mahu dengar sejak mula tetapi kenapa terlalu cepat Fattah buat keputusan? Tidak terlalu tergesa-gesakah? Atau Fattah sekadar mahu menjaga hati Anaqi saja?
"Maksud abang, abang terima Anaqi?" soal Anaqi dengan bersungguh. Penuh harapan juga agar Fattah tidak main-main seperti selalu. Anaqi perlukan keputusan yang sangat pasti.
Fattah tersenyum kemudian dia menyambung makan semula.
"Tapi dengan syarat, Anaqi kena ikut cakap abang. Jangan ikut kepala Anaqi saja. Dan kalau boleh abang mahu Anaqi berubah. Berubah untuk menjadi lebih baik dan lebih bersabar dalam menghadapi apa juga keadaan." Fattah meletakkan syarat. Yalah, mana boleh suka-suka mahu menjadi kekasih Fattah. Kenalah letak banyak syarat.
Anaqi tersengih. Kalau setakat dengar cakap saja, Anaqi tak ada masalah. Boleh aje. Insya-Allah Anaqi akan berusaha untuk menjadi lebih baik. Langsung berbunga- bunga perasaan Anaqi. Terlalu gembira.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...