BAB 25

985 45 0
                                    

Aqil mengetuk perlahan pintu bilik Anaqi yang memang sudah sedia terbuka.

"Maaf pasal siang tadi," kata Aqil perlahan. Anaqi menbaca komik dengan selamba. Kata maaf daripada Aqil dibiarkan tanpa berbalas. Sebenarnya hati Anaqi masih sakit lantaran sikap Aqil pada siang tadi. Sebab tunang, Aqil boleh menengking Anaqi di hadapan semua pekerja. Mujur ada Fattah memujuk. Kalau tidak, Anaqi tidak akan bercakap dengan Aqil.

"Helo, abang tengah minta maaf ni," kata Aqil lagi bila Anaqi seperti tidak mengendahkannya.

"Kenapa pula nak minta maaf. Anaiq yang salah bukan? Anaqi yang suka cari pasal dengan tunang kesayangan abang tu, kenapa abang nak minta maaf pula. Bukan ke Anaqi ni memang suka cari pasal," sindir Anaqi.

"Anaqi, kenapa cakap macam tu. Memang Anaqi pun salah sama. Suka cari pasal dengan Abang Yusuf." Bukanlah niat Aqil mahu menangkan Yusuf, tetapi cara Anaqi itu Aqil cukup tidak berkenan.

"Abang menangkanlah tunang abang tu. Memang Anaqi yang salah. Okey, mulai sekarang Anaqi tak akan bercakap lagi dengan Abang Yusuf. Puas hati abang?" soal Anaqi. Dia masih memandang komik dan langsung tidak memandang wajah Aqil.

"Anaqi mana boleh buat macam tu. Abang Yusuf tu bukan ke bakal Abang ipar Anaqi. Mana boleh adik ipar dengan Abang ipar tak bercakap," pujuk Aqil. Kalau boleh tidak mahulah sengketa itu berpanjangan. Tidak baik untuk sebuah keluarga.

"Bukan Anaqi yang mulakan dulu, okey. Tunang kesayangan abang tu yang buat pasal dulu. Belum kahwin lagi dah pandai nak kawal abang. Lepas tu selamba aje cakap Anaqi ni gedik. Sakitlah hati Anaiq."

"Macam Anaqi juga bukan? Belum apa-apa lagi dah pandai kawal Fattah. Bukan abang tak tahu apa yang Anaqi buat kat Fattah tu." Aqil menjeling Anaqi.

"Anaqi lain. Anqi tak pernah kacau urusan Abang Fattah."

"Betul ke tak kacau? Mana Anaqi tahu Anaiq tak kacau dia?"

"Abang Fattah diam aje. Tak cakap apapun."

"Karang kalau abang cakap lebih-lebih, Anaqi juga yang terasa. Tapi Anaqi pun sama belum apa-apa lagi sudah mula mengawal."

"Abang datang bilik Anaqi ni nak minta maaf atau abang nak cari pasal dengan Anaqi?"

"Tadi abang dah minta maaf, tapi maaf abang tak diendahkan, jadi abang sambung cari pasallah." Aqil tergelak perlahan. Dengan siapa lagi dia mahu bergurau senda kalau bukan dengan Anaqi. Dia sajalah satu-satunya adik Aqil, teman bertekak dan teman meluah rasa.

"Abang memang suka sakitkan hati Anaqi."

"Habis hati siapa lagi yang abang nak sakitkan kalau bukan hati Anaqi."

"Dahlah. Kalau macam tu, tak payahlah masuk bilik Anaqi, buat sakit hati saja." Anaiq menolak badan Aqil perlahan.

"Kejap, abang ada perkara nak cakap ni," kata Aqil sambil mengeraskan badannya. Anaqi pula masih berusaha menolak badan Aqil.

"Tak ada perkara-perkara. Anaqi tahu abang nak sakat Anaqi saja." Anaqi masih juga menolak badan Aqil.

"Serius ni. Sebenarnya abang nak cakap pasal Tengku Zafrul." Anaqi berhenti menolak badan Aqil. Matanya memandang Aqil tepat.

"Kenapa pula dengan Abang Zafrul?" soal Anaiq terus. Pelik bila Aqil tiba-tiba saja mahu bercerita tentang Tengku Zafrul. Agak lama juga nama lelaki itu tenggelam timbul. Alih-alih pada malam ini Aqil sebut nama itu. "Tengku Zafrul dah putus tunang," beritahu Aqil.

"Hah?" Mata Anaqi pula yang bulat. Seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Tak salah Iman, dalam minggu lepas Tengku Zafrul ada menghubunginya dan beritahu majlis kahwinnya bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Terus Aqil rapatkan badannya ke sisi Anaqi. Hendak menyambung cerita yang baru sebentar tadi didengarnya.

"Abang dengar mama berbual dengan mak long kejap tadi," jelas Aqil bersungguh.

"Hesy! Abang janganlah buat andaian sendiri. Entah apa yang putus, cakap orang tu putus tunang. Minggu lepas Abang Zafrul ada call Anaqi, cakap nak kahwin bulan depan," beritahu Anaqi.

Waktu itu Anaqi jelas mendengar suara gembira Tengku Zafrul. Bukan main seronok lagi bercerita dia mahu kahwin. Walaupun Anaqi tahu sebenarnya Tengku Zafrul mahu menyakiti hati Anaqi. Memang tak logik langsung. Anaqi hanya gelakkan saja. Nampak benar tak betulnya Si Tengku Zafrul itu.

"Betul ni. Abang dengar dengan telinga abang sendiri, Tengku Zafrul dah putus tunang. Kalau Anaqi tak percaya, pergi tanya mama."

"Ah! Tak naklah Anaqi. Biar dialah. Dia nak putus tunang ke, putus apa ke, putus nyawa sekalipun bukan masalah Anaqi. Lantak dialah!" balas Anaiq. Langsung tidak berminat hendak mengambil tahu apabila kepalanya lebih berminat untuk mengingati lelaki yang sudah berbulan-bulan kekal bertakhta dalam ruang ingatannya.

"Pelik juga. Kenapa tiba-tiba putus. Tak sampai dua bulan. Kata bercinta bagai nak rak. Lepas tu pilihan nenek lagi." Aqil mengerutkan dahi. Dia pula yang nampak terlebih ingin ambil tahu.

"Biasalah bang. Abang bukan tak kenal siana sepupu kita tu. Kalau boleh semua orang kena ikut dia saja. Mana orang tahan kalau macam tu."

"Betul tu. Perangai macam Tengku Zafrul tu siapa yang tahan," kata Aqil pula.

"Hmmm, jom kita makan," pelawa Anaqi. Tangan Aqil dipegang kemas dan diajak berjalan.

"Ngeee... Makan saja yang dia ingat." Aqil menolak kepala Anaqi sambil tersenyum. Keruh dari siang tadi sudah mula jernih. Ah, adik-beradik kalau tak bertekak sekali sekala bukan namanya adik- beradik.

Waktu makan malam tiada siapa yang bertanya perihal Tengku Zafrul. Cuma Datin Roslina yang mula membuka cerita.

"Anaqi tahu tak Tengku Zafrul putus tunang?" soal Datin Roslina.

Anaqi mengangkat muka dan memandang Aqil. Kemudian pandangan berpindah pula ke wajah Datin Roslina.

"Putus tunang? Kenapa?" soal Anaqi. Buat-buat terperanjat.

"Hmmm, tak tahulah mama nak cakap macam mana. Tak faham sangat cerita mak long kau orang tadi. Bercerita sambil menangis manalah nak jelas. Tapi apa yang mama tahu, tunang Tengku Zafrul yang minta putus," jelas Datin Roslina.

"Tengku Zafrul buat hal kut mama? Yalah, kan Tengku Zafrul tu buaya juga. Pantang lepa sikit. Nampak saja yang bergetah, mulalah mengayat!" kata Aqil selamba. Itulah yang dia tahu tentang Tengku Zafrul. 

"Tidak, kali ni tunang dia yang minta putus. Katanya dah ada yang lain." Datin Roslina cuba meyakinkan Aqil.

"Uiks, bertunang tak sampai dua bulan dah ada orang lain? Biar betul." Aqil seperti terperanjat benar.

"Hmmm, elok sangatlah tu. Baru kena buku dengan ruas!" tokok Aqil lagi.

"Biarlah. Bukan masalah kita pun. Tak payahlah kita sibuk-sibuk. Kita ni tengah mengadap rezeki. Janganlah kita cakap perkara bukan-bukan pula. Tak elok. Apa-apapun yang berlaku tetap ada hikmahnya. Jangan kita pandai-pandai nak menghukum orang lain mengikut pandangan mata kita," kata Dato Johan tiba-tiba. Dia tidak suka mendengar perkara-perkara begitu ketika makan.

Datin Roslina terdiam. Tidak meneruskan kata- kata. Tahu suaminya tidak gemar bercerita tentang orang lain, terutama waktu makan.

Sementara itu Aqil dan Anaqi terus sambung makan tanpa mahu bercakap lagi.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now