BAB 62

1.2K 42 1
                                    

Selesai sudah majlis menyambut menantu. Meriah dalam suasana persaudaraan. Apa yang tinggal hanya kerja-kerja mengemas. Di halaman rumah, kerja-kerja menurunkan kanopi sedang giat berlangsung. Fattah turut sama membantu manakala Anaqi kalut membantu mengelap pinggan di ruang tamu.

"Hmmm, pengantin tok sah buat kerjalah kut." Farah datang sambil mencuit bahu Anaqi. Kesian pula tengok adik ipar.

"Lap pinggan aje kak long," jawab Anaqi tenang.

"Fattah nampak satgi bising dia. Dia warning kak long jangan suruh Anaqi buat kerja," kata Farah lagi.

"Mengada-ada Abang tu," kata Anaqi perlahan.

"Hmmm, sesuka hati dia cakap abang mengada- ada." Fattah duduk bersebelahan Anaqi memerhatikan Anaqi mengelap pinggan.

"Takkan lap pinggan pun tak boleh? Melampau."

"Kesianlah suami abang yang comel ni kena buat kerja." Fattah mencubit pipi Anaqi.

"Mula dah drama gatai depa!" Farah bercakap sambil meninggalkan ruang tamu.

Fattah tergelak. Suara gelak Fattah sampai ke telinga Haziq yang juga sedang mengelap pinggan bersama Jebat.

"Bahagia sungguh aku tengok depa tu," kata jebat  sambil melihat Fattah dan Anaqi yang saling bergurau senda. Sebenarnya Jebat sengaja mahu memanaskan keadaan.Tahu  Haziq masih lagi menaruh harapan buat Fattah.

Haziq diam untuk mententeramkan perasaan. Orang berilmu tidak cepat melatah dan orang berilmu tidak cepat marah. Orang berilmu kena bersabar banyak-banyak. Jadi Haziq pilih untuk mendiamkan diri.

Diam Haziq buat Jebat tidak berpuas hati. Haziq sudah mengalah? Kalau mengalah mana seronok. Tak ada yang panas lagi.

"Kau tak rasa apa-apa ke?" soal Jebat lagi.

Haziq bertenang lagi walau perasaan sudah bergelora semacam.

"Tapi kata orang, lelaki boleh kahwin empat bukan? Kau cubalah mana tau boleh jadi nombor dua." Jebat gelak jahat selepas itu.

"Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana, kan. Tak kiralah suami nombor berapa." Jebat menambah lagi bara perasaan Haziq.

"Eh, Jebat aku ada nampak Mail Lambung kat Giant Sungai Petani Sabtu lepas dengan seorang laki. hensem juga budak tu. Kalau nak kata adik Mail dak kut sebab budak tu putih melepak." Shera, sepupu Fattah duduk bersebelahan dengan Jebat untuk tolong sama mengelap pinggan.

"Hang jangan buat fitnah, Shera. Satgi aku cabai mulut tu, baru tau. Mail mana biasa buat perangai macam tu. Dia baik," marah Jebat.

"La, aku bukan buat fitnah. Siapa yang tak kenal Mail Lambung yang sebiji Bangla tu. Kat Sungai Petani ni. dia sorang saja yang macam tu. Tu yang aku kenai sangat. Bukan main mesra lagi aku tengok dia. Kalau betullah, aku ingat hang kena beli tisu banyak-banyak." Shera makin suka menyampaikan berita.

"Hesy!" Jebat mencampak tuala lap pinggan. Kemudian dia bangun.

"Awat pula ni?" soal Fattah bila nampak Jebat jalan sambil menghentak kaki.

"Berlatih kawat pula ka?" soal Fattah lagi.

"Buah hati dah dikebas orang." kata Shera.

"Uiks, takkanlah lagu tu kut," balas Fattah.

"Hesy, janganlah sibuk hal orang." kata Anaqi

"Daklah. Kalau Anaqi nak tau, depa tu la couple paling intim kat kampung abang ni. Tiba-tiba jadi macam tu, memang gempaqlah."

"Shera nampak Mail Lambung dengan laki mana entah kat Giant Sungai Petani. Bukan main mesra lagi," sambung Shera.

Raees bangun.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now