BAB 50

1K 44 0
                                    

Aqil memandang tepat wajah Fattah. Dia tidak rasa pelik apabila Fattah mengajak makan tengah hari bersama. Sudah dapat menangkap maksud yang tersurat.

"Ini pasti nak sebut pasal Anaqi, kan?" kata Aqil ketika mula-mula menjamu selera. Tidak mahu Fattah rasa serba salah untuk memulakan bicara. Lagipun bakal adik iparnya itu tidak bersalah, cuma mungkin tersepit di antara kedua-duanya.

"Sebenarnya saya ada bersama Anaqi masa tu. Memang saya juga nampak apa yang tunang Encik Aqil buat. Saya sudah nasihatkan Anaqi supaya jangan bertindak terburu-buru. Siasat terlebih dahulu perkara tersebut. Mungkin disebabkan terlalu sayangkan Encik Aqil, Anaqi bertindak begitu. Anaqi tak salah sebenarnya. Bukanlah niat saya mahu menangkan Anaiq, tetapi sebagai seorang abang, saya rasa Encik Aq bersalah sama dalam hal ni." Tenang saja Fattah berbicara.

Kemelut yang melanda di dalam keluarga bakal mertuanya harus diselesaikan dengan segera. Edisi masam muka di antara bakal suami dan bakal abang ipar perlu ditamatkan dengan segera memandangkan kedua-duanya sekarang ini sedang menjeruk rasa.

"Saya mengaku salah sebab terburu-buru bertindak. Mungkin sebab terlalu percayakan cakap tunang saya, saya jadi tak boleh berfikir dengan bijak." Suara Aqil bernada kesal. Benar, dia sangat menyesal ketika itu.

"Tak mengapalah. Sekarang semuanya sudah jelas. Ternyata Anaqi tak bersalah. Saya harap semuanya akan berakhir tidak lama lagi. Ahli keluarga tak elok bermasam muka terlalu lama. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih."

"Fattah tahu bukan perangai Anaqi. Kalau dia sudah merajuk, memang susah mahu dipujuk. Saya harap Fattah boleh pujuk Anaqi."

"Saya akan cuba pujuk dia."

"Untuk pengetahuan Encik Aqil, Encik Yusuf ada bercakap tentang Anaqi. Dia beritahu saya, Anaqi bukanlah seorang lelaki yang baik. Sering bertukar teman lelaki. Dan lebih mengejutkan, Anaqi tak suci lagi." Akhirnya Fattah bercerita juga perihal sebenar. Kalau selama ini dia menyimpan rahsia itu semata-mata tidak mahu mengeruhkan suasana tetapi kali ini Fattah tidak teragak-agak lagi untuk bercerita akan hal sebenarnya. Biar Aqil lebih jelas dengan keadaan sebenar.

"Yusuf cakap macam tu?"

"Ya."

"Kurang ajar. Kenapalah dari mula lagi saya tak yang dia tu memang sengaja mahu sedar memecahbelahkan keluarga saya. Selama ni dia memang selalu memburukkan awak di hadapan saya. Tak sangka dia memang ada agenda dari mula."

"Sava rasa dia cemburukan Anaqi. Dia kurang senang sebab Encik Aqil lebihkan Anaqi sebab itu dia berusaha untuk memusnahkan kebahagiaan Anaqi."

"Jadi Fattah percaya cakap Yusuf tentang Anaqi?"

Fattah gelak sekali, kemudian dia memandang wajah Aqil.

"Saya kenal Anaqi. Lagipun dia datang daripada keluarga baik-baik. Dia masih kenal mana buruk dan baik. Pasti sebab itu saya mula curiga dengan tindakan Encik Yusuf. Tapi saya tidak mahu memburukkan keadaan. Sebab saya pasti, Encik Aqil pasti tidak akan terima kenyataan kalau saya bercerita tentang Encik Yusuf."

"Terima kasih sebab Fattah masih percayakan Anaqi dan tidak termakan hasutan Yusuf. Saya benar- benar tidak sangka. Mujur dia ditangkap buat maksiat, kalau tidak saya tidak tahu apa lagi rancangan jahat Yusuf. Benar-benar tak sangka." Aqil mengeluh panjang.

"Itu semua ada hikmahnya. Jadi kita harus bersyukur selalu." Aqil mengangguk. Belum apa-apa telefonnya berbunyi galak. Nombor telefon rumah nenek mereka. m

"Sekejap ya," kata Aqil.

"Tak apa," jawab Fatth.

"Assalamualaikum, nek." Aqil memberi salam.

"Hah, kenapa kamu suka-suka hati saja nak putuskan pertunangan tanpa berbincang terlebih dahulu?" Hajah Faridah seakan-akan menjerit dalam talian.

"Saya bukan suka-suka mahu putuskan pertunangan tu. Dah jelas saya ditipu hidup-hidup. Bertunang dengan saya, tapi rupa-rupanya sudah serahkan badan kepada lelaki lain. Apa nenek nak saya dapat hampas ke?" soal Aqil sambil menahan sabar.

"Apa yang kamu merepek ni, Aqil? Padanlah nenek tak senang hati baru-baru ni. Rupa- rupanya ada benda tak baik dah berlaku."

"Bukan saya yang mulakan, tapi jantan pilihan nenek tu tak pandai jaga maruah diri. Sudah bergelar tunang orang, tapi masih mencari yang lain. Saya tetap mahu pertunangan tu putus." Aqil menangkan keputusannya dan walau apapun yang berlaku dia tidak akan tunduk lagi dengan arahan neneknya.

"Kamu jangan buat keputusan sesuka hati kamu, Aqil. Pertunangan tu tetap diteruskan dan majlis perkahwinan kamu tetap berlangsung."

"Tidak. Keputusan saya muktamad. Saya tidak akan berganjak lagi. Apapun yang bakal berlaku kelak, saya tidak akan terima Yusuf lagi. Saya tak nak benda yang dah rosak."

"Kamu dengar dulu penjelasan Yusuf. Dia difitnah. Semua tu hanya mahu memburukkan Yusuf sahaja dan mahu memisahkan kamu berdua. Nenek rasa ada pihak yang merancang semua ni."

"Tidak nenek. Tak ada siapa yang merancang untuk perangkap Yusuf dengan teman lelaki dia tu. Nenek tak perlu dengar alasan karut-marut Yusuf memang dia ada hubungan dengan lelaki tu, Selama dia tipu saya bulat-bulat. Apapun keputusaninya, nenek tak perlu lagi masuk campur."

"Kamu kena dengar cakap nenek. Yusuf tak bersalah dalam soal ni."

"Maaflah nenek. Nenek tolong beritahu Yusuf, hubungan kami sudah berakhir. Dia tak perlu nak merayu-rayu lagi. Saya pun tak fikir apa-apa lag Sekarang ni saya hanya mahu fokus kepada perkahwinan Anaqi."

"Siapa cakap Anaqi akan kahwin"

"Memang Anaqi akan kahwin bulan depan. Kami sekeluarga dah rancang untuk langsungkan perkahwinan Anaqi secepat mungkin."

Fatth mengangkat muka lantas memandang Aqil.

"Eh, siapa pula yang memandai nak kahwinkan Anaqi?" soal Hajah Faridah.

"Anaqi tak akan kahwin dengan sesiapa melainkan dengan Tengku Zafrul."

"Kami sekeluarga juga sudah tetapkan, Anaqi tak akan kahwin dengan sesiapa melainkan teman lelaki dia. Kami sudah bersetuju," balas Aqil pula dengan tegas.

"Jangan harap." Suara Hajah Faridah hilang selepas itu dan Aqil mengeluh panjang

"Inilah masalahnya kalau hubungan keluarga rapat sangat," kata Aqil.

Fattah hanya mengangguk. Dia sebenarnya lebih mengerti dengan keadaan sebenar.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now