Senyum Fattah lebar sampai ke telinga. Macam-macamlah dengan budak seorang itu. Pelik betul. Nampak seperti berminat saja dengan Fattah. Tidak kut. Budak Anaqi itu memang begitu. Keletahnya semacam. Atau mungkin masih ditemani rasa bersalah akibat insiden tempoh hari.
"Amboi, senyum tak ingat dunia nampak?" tegur Zahhar.
"Tak adalah." Senyuman Fattah masih tak lekang. Makin lebar.
"Selalunya kalau senyum lagu tu, kalau tak menang loteri, mesti nak kahwin. Dah jumpa yang berkenan ka?" Zahhar serkap jarang sebab lain betul cara Fattah senyum tu. Kerang busuk boleh jatuh kalah.
"Hesy, merepek. Ni hah, anak teruna bos aku tu. Kalut tanya macam-macam."
"Anak bos hang? Comel ka?"
"Comel lah juga."
"Dengan Jebat mana comel?"
"Uiks, janganlah banding macam tu. Budak ni anak orang kaya. Lainlah gayanya. Tapi memang lebih budak ni la. Jebat tu baya-baya kita. Dia ni muda sangat lagi."
"Amboi, berkenan ka? Tapi jangan lupa cermin muka dulu. Padan ka tak padan dengan orang macam tu. Kita ni kena ingat asal kita dari mana. Takut nanti jadi bahan gelak orang saja." Zahhar memberi nasihat. Tak mahu Fattah terkena kejutan budaya. Mana tau tak biasa lagi hidup di bandar besar.
"Jangan bimbanglah. Aku bukannya budak- budak lagi. Memang sedar diri dari mula. Tapi sebenarnya budak ni bagus. Dialah yang langgaq aku hari tu. Siap minta maaf banyak kali. Tak sombong langsung. Tu yang aku boleh layan."
"Eloklah tu kalau tak sombong. Tak semua anak orang kaya ni kerek. Ada juga yang bagus perangai. Tapi yang bagus tu payah nak jumpa."
"Betul juga tu." Fattah mengambil sebiji bantal. Mahu tidur awal sebab mahu rasa segar pada esok pagi. Banyak kerja yang bakal menanti. Tapi dia tak boleh tidur juga. Wajah Anaqi datang menari-nari di ruang ingatan. Serupa sudah kena guna-guna pun ada. Tapi takkanlah.
"Hoi, tidoqlah. Tok sah nak berangan pula," tegur Zahhar yang berbaring sama. Mungkin sebentar tadi terpandang Fattah yang tersenyum sorang-sorang.
"Mana ada berangan." Fattah cuba nafikan.
"Kalau tak berangan apa bendanya? Dok sengih dari tadi."
"Mana ada..."
"Jangan jadi Mat Jenin la. Terjatuh pokok nyok pun tak sedag."
"Tu Mat Jenin. Aku lain."
"Lantak hanglah..."
Fattah memejamkan mata bersama senyuman yang panjang. Tak tau kenapa tiba-tiba buat perangai lagu ni. Entah apa petandanya, Fattah juga tak tau.

YOU ARE READING
Si dia yang comel
Roman d'amourAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...