BAB 33

1.1K 50 2
                                    

"Jom kita pi tangkap ikan!" ajak Fattah apabila melihat Anaqi duduk termenung di tepi pokok jambu. Mata Anaqi tak lepas daripada memandang sawah padi di hadapannya. Fattah sendiri tidak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Anaqi. Mungkin dia rasa menyesal dengan keputusan untuk berkunjung ke rumah Fattah, atau anak manja itu mula rindukan rumahnya sendiri. Bukan Fattah tidak tahu dengan perangai Anaiq itu.

"Tangkap ikan?" soal Anaqi hairan.

"Hmmm, la ni musim ikan tengah banyak." Fattah tersenyum.

"Nak, nak," balas Anaiq penuh semangat. Cadangan Fattah seperti sangat menarik. Mana pernah Anaqi tangkap ikan.

"Tapi takkan nak pakai lagu ni takut Anaqi tak selesa je," kata Fattah lagi sambil melihat Anaqi dari atas ke bawah. Anaqi memakai baju T-shirt lengan panjang dan berseluar jeans

"Okay tunggu kejap Anaqi pergi tukar baju dulu"

"Kenapa, Anaqi? Nampak kalut saja ni," tegur Farah apabila melihat Anaiq berlari-lari anak menuju ke bilik tidur Fattah.

"Nak tukar baju kejap. Anaqi nak cuba tangkap ikan," balas Anaiq sambil tersenyum memandang Farah yang sedang menggoncang botol susu.

"Lalu ka? Sanggup harung selut? Kut tak biasa saja." Farah cuma bimbangkan keadaan Anaqi saja. Maklumlah, budak bandar seperti Anaqi mana biasa nak main dengan air sawah.

"Eh! Biarlah dia. Kenalah biasa-biasakanlah dengan cara kita. Mana tau boleh serasi," sampuk Puan Lisa.

"Anaqi memang nak cuba, sebab Anaqi tak pernah rasa pengalaman macam ni," jelas Anaqi. Yalah, seumur hidup mana pernah main air bendang. Memang mak Akim orang kampung dan Anaqi biasa ikut, tapi kampung nenek Akim cuma ada pokok getah.

"Bagus tu Anaqi. Macam tu la kalau nak jadi orang kampung. Kena biasakan." Puan Lisa tersenyum. Kalau muka sudah seperti kemaruk nak randuk lumpur bendang, Puan Lisa tak perlu risau apa-apa lagi. Markah penuh untuk Anaqi. Tak ada sebab mahu tolak Anaqi jadi menantu.

"Iman tukar baju dulu, ya," kata Anaqi bersama perasaan tidak sabar. Anaqi terus saja masuk ke dalam bilik untuk salin pakaian yang dicadangkan oleh Fattah.

"Mak ni, kawan tu baru lagi. Mana dia biasa. Si Fattah ni memang. Main paksa-paksa kasih pergi tangkap ikan. Buatnya budak Anaqi tu tak suka, kacau nanti. Langsung dia tak mau dah datang rumah kita." Farah membebel. Dia bukan apa, takut Anaqi hilang semangat saja nak menerima keluarga Fattah.

Puan Lisa termenung sekejap. Masuk juga kata-kata Farah ke dalam kepalanya.

"Mak, budak tu nampak baik, bersopan dan lemah lembut. Orangnya pun saya tengok tak banyak kira. Tak nampak muka sombong. Rugi mak, kalau tak jadi menantu mak. Mak tak tengok cara dia makan tadi? Kita ni mak nak tengok orang tu serasi ke tidak, tengok masa makan dia. Bukan saya tak tau dia tak berapa suka makan masakan kita, tapi ada dia ada cakap apa-apa? Siap cakap berselera lagi. Dia nak jaga hati kita aje, mak." Puan Lisa berfikir sekejap.

"Ingat menantu Cik Besah? Orang KL juga Sanggup suruh Cik Besah goreng telur sebab tak boleh makan masakan kampung. Emmm, baik mak sound sikit Fattah tu. Jangan nak dera sangat anak orang. Karang melepas, siapa yang putih mata," pesan Farah.

Termakan hasutan Farah, cepat-cepat Puan Lisa mengatur langkah menuju ke pintu. Dia hendak bercakap sikit dengan Fattah.

"Eh Fattah, mak nak cakap sikit dengan hang." Puan Lisa menarik tangan Fattah. Dia mengajak Fattah berdiri di tepi pokok nangka.

"Hang suruh Anaqi main selut?" soal Puan Lisa sedikit cemas.

"Main selut? Taklah. Saya ajak dia tangkap ikan saja."

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now