Tergesa-gesa Jebat berjumpa dengan Haziq. Tidak sabar mahu menyampaikan berita hangat yang dia dengar. Fattah bawa calon suami jumpa Puan Lisa. Kalau Haziq tahu, mesti Haziq rasa kecewa. Itu yang Jebat mahu tengok. Anak teruna bajet bagus di kampung mereka itu harus disedarkan sesuatu. Fattah sekarang sudah ada pilihan sendiri. Haziq harus berputih mata.
"Fattah bawa colan suami?" Bulat mata Haziq ketika mendengar pengkhabaran itu. Terhenti seketika menyapu daun-daun rambutan yang kering berhampiran halaman rumah. Perasaan Haziq jadi kacau. Fattah sudah ada calon suami? Kenapa cepat benar? Sedang Haziq sendiri kenal siapa lelaki bernama Fattah Najmi itu. Pintu hati Fattah tidak akan mudah terbuka untuk mana-mana orang. Alih-alih sudah bawa calon suami. Bagus benarkah lelaki yang dibawa pulang itu?
"Emmm, aku cuma nampak dari jauh saja senja semalam. Tengah tangkap ikan kat sawah tepi rumah Mak Cik Lisa. Comel orangnya. Putih melepak. Padanlah Fattah berkenan habis. Tapi macam lurus bendul pun ada aku tengok." Bersungguh Jebat bercerita.
"Lurus bendul?" Makin bulat mata Haziq. Takkanlah calon suami Fattah lurus bendul.
"Pelik sungguh. Mau pula Fattah lelaki macam tu. Ke memang taste Fattah lagu tu. Patutlah orang macam kau ni dia tak pandang." Makin galak Jenat bercerita. Saja mahu menambah rasa cemburu Haziq. Tahu benar perasaan Haziq terhadap Fattah.
"Nampaknya hang kena simpan sajalah niat nak berlakikan Fattah," hasut Jebat lagi. Kali ini Jebat gelak jahat pula. Suka tengok muka Haziq begitu.
"Kawan dia saja kut. Takkanlah Fattah nak yang lurus macam tu. Kita tau Fattah macam mana kan. Haziq cuba meredakan gelora yang sedang melanda perasaannya. Mana boleh jejaka idamannya jatuh ke tangan orang lain.
"Kawan apa. Mak Cik Lisaa dah pukul canang kata Fattah dah ada calon. Macam suka pula dapat calon menantu." Jebat semakin berusaha mahu mencalarkan perasaan Haziq.
"Takkanlah..." Perlahan Haziq bersuara.
"Betullah tu..." Jebat senyurm lagi. Kemudian día terpandang Fattah sedang mengayuh basikal menuju halaman rumah Haziq.
"Hah, panjang umur dia. Kalau hang nak kepastian, baik hang tanya Fattah sendiri," kata Jebat.
"Assalamualaikum, amboi awainya bersidang," ujar Fattah sebaik sahaja menghampiri mereka berdua. Tak ada lain, sah mnengumpat. Cara Jebt pandang semacam saja, Fattah sudah tahu.
"Waalaikumussalam." Serentak Haziq dan Jebat menjawab. Kedua-duanya kalut memandang Fattah yang kelihatannya semakin segak. Maklumlah, sudah jadi orang KL.
"Hmmm, nak jemput semua datang rumah tengah hari nanti. Nak buat kenduri sikit. Jemputlah semua seisi rumah. Hang pun sama, Jebat. Jangan lupa jemput Mail Lambung sekali."
"Kenduri perkenalkan calon suami ke?" soal Jebat. Ada nada menyindir di situ. Tapi sebenarnya lebih kepada mahu menyakiti hatí Haziq.
"Macam tu jugak lah," jawab Fattah sambil pamer senyuman segak.
"Hmmm, jadi betullah khabar angin tu? Siapa namanya?" Makin galak Jebat bertanya ketika Haziq diam seribu bahasa. Perasaan Haziq sudah retak seribu ketika itu.
"Anaqi Amran."
"Amboi sedapnya nama. Ini kira cinta habislah?" Jebat gelak suka.
"Kira macam tu la, cinta pandang pertama,' balas Fattah. Dia memandang sekilas wajah Haziq yang sedang tunduk. Harap Haziq faham, jadi tidak perlulah menaruh sebarang harapan lagi buat Fattah.
"Aku pergi dululah. Ramai lagi orang yang tak dijemput. Assalamualaikum," kata Fattah. Mana boleh berborak lama-lama. Nanti macam-macam soalan yang di tanya. Susah pula nak jawab.
"Waalaikumussalam." Jebat seorang saja yang menjawab salam Fattah. Sedangkan Haziq sudah diagah rasa bimbang yang amat sangat. Mana boleh lepaskan Fattah begitu saja. Mana boleh berputih mata dan berdiam diri. Itu bukan jenis Haziq.
"Aku tak boleh biarkan macam tu saja, Jebat. Aku mesti bertindak. Aku tak mau berputih mata," kata Hazuq tiba-tiba.
"Hang nak buat apa, Haziq. Takkan hang sanggup pinang Fattah?"
"Kalau perlu, aku sanggup buat apa saja."
Fahamlah kini Haziq itu jenis orang yang bagaimana. Mujur Fattah tidak tertipu dengan topeng yang dipakai oleh Haziq, kalau tidak kasihan Fattah.
"Fikirlah baik-baik, Haziq. Jangan sampai memalukan diri sendiri. Terang-terang Fattah cakap dia dah ada calon, takkan hang berani nak potong jalan. Tak malu ka?" kata Jebat.
"Aku tak peduli."
"Tak baik lagu tu. Hang tu cikgu. Mana boleh buat tak tentu pasal. Kalau orang macam aku ni lainlah..." Jebat tersenyum sinis.
"Dahlah, jangan fikir apa lagi. Jomlah siap-siap, kita pi rumah Fattah. Mana tau hang boleh ambik semula hati Mak Cik Lisa. Lagipun aku rasa, hang boleh kalahkan budak lurus tu. Hang kan cikgu. Berebut orang nak buat menantu. Budak tu pula entah apa-apa." Jebat merasuk lagi.
Haziq diam sekejap. Ada betulnya kata-kata Jebat itu. Kelebihan pasti saja berpihak kepada Haziq. Jadi inilah peluang untuk Haziq tunjuk kelebihannya.
"Hang, tunggu sat, kita pi sama-sama," kata Haziq sambil berlari-lari anak naik ke rumah. Mahu tukar baju.
Sementara itu Jebat sekadar tersenyum sinis. Sudah mula nampak bunga-bunga kehampaan pada wajah Haziq. Ah, pandainya Jebat cucuk jarum. Berlalu beberapa ketika, Haziq muncul.
"Hang tak tunggu mak ayah hang balik dulu ka?" soal Jebat sewaktu mengayuh basikal. Dia dapat tahu ayah dan emak Haziq ke Alor Setar melawat saudara sakit.
"Mesti lambat balik tu. Mau petang nanti baru balik," jawab Haziq.
"Hang jangan buat Sinetron pula kat rumah orang. Malu nanti," pesan Jebat, tapi tak berapa ikhlas.
"Aku taulah," jawab Haziq.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
Любовные романыAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...